Aku Yang Paling Ketinggalan Berbanding Yang Lain

Ni luahan aku. Seorang lelaki, umur 30an, anak tengah dari 5 beradik semuanya lelaki. Yang nombor 1 dan no 4 dah kahwin dan bekerluarga.

Tiga siblings yang terakhir ni masih duduk sekali dengan parents sebab banyak faktor macam dekat dengan tempat kerja. Dan mereka yang masih duduk sekali dengan parents ni juga menyumbang sesuatu untuk keluarga, bukan duduk free goyang kaki.

Apa yang aku luah mungkin nampak remeh tapi sangat bagi kesan pada aku – sebagai seorang anak, berlima beradik yang lama aku pendam sorang sorang.

Pertama sekali, kami berlima beradik ni semua ada degree. Tapi berbanding dengan abang adik aku, aku yang paling tak berjaya dalam bidang pekerjaan.

Abang sulung dan bongsu pegawai di syarikat GLC. Nombor 2, pegawai sumber manusia dan adik bawah aku, pegawai pertanian. Kalau aku ni, hanya bekerja freelancer bebas sendiri yang mana, gaji aku tu, kalau ada kerja, dapatlah bayaran.

Kadang kadang, dalam seminggu waima sebulan sekalipun, boleh jadi tak de bayaran sebab takde income. Tak perlu aku explain lebih pasal kerja aku, cuma boleh difahamkan, ni je kerja yang mampu aku buat sekarang since pada umur sekarang,

Takde lagi offer interview yang aku dapat dan ni dah tahun ke 5 aku bekerja macam ni. Sebelum ni, aku pernah kerja dengan syarikat mcm-mcm, dan yang terakhir, hanya sebagai tele pemasaran insurans. Tapi tak bertahan lama, sebab aku tak minat kerja macam tu.

Aku dah lalui zaman cari kerja sana sini, tukar job sana sini, hantar resume sana sini, iv sana sini, jadi jangan cakap aku memilih kerja. Tuhan dengan aku je yang tahu macam mana aku survived hidup mencari peluang kat pusat bandar KL ni.

Aku tak minta duit ihsan orang lain untuk hidup dibandar ni. Cuma aku menumpang rumah parent je. Dan kadang kadang aku support kewangan family, kadang kadang tidak, memandangkan sumber kewangan aku sendiri terhad. Tapi aku tak pernah ambil kesempatan.

Kalau parents atau siblings aku nak belanja something, aku tolak, aku cakap tak lapar, tak dahaga, padahal sebenarnya memang lapar dan haus,tapi aku rasa tak perlu ambil kesempatan atas kebaikan orang lain.

Jangan salah faham, parents & siblings aku semua memang baik, tak berkira nak belanja,boleh sangat kalau nak minta pinjam duit pun. Tapi prinsip aku, taknak susahkan orang dan tak suka meminta.

Lagi pulak, aku paling kurang memberi. Takkan asyik nak menerima. Kawan kawan selalu jugak belanja aku kalau pegi ngeteh. Tapi lama lama aku akan rasa tak best. Aku bukan jenis yang ambil kesempatan atas kebaikan orang.

Yang kedua, dalam soal harta, semua masing- masing ada kereta sendiri, ada rumah. Bukan maksud aku nak kata aku tengok kejayaan tu sebagai ukuran tapi dia penentu hidup kau selesa atau tak je.

Yang no 4 dan no 5 ni, walaupun masih duduk sekali dengan parents, tapi mereka ada beli rumah dah. Sorang rumah dia, kat negeri lain, sorang lagi, rumah tengah develop sebab tu tapak perumahan baru. Semua masing masing pulak ada kenderaan. Sama ada kereta baru local & juga import.

Aku ni pulak kalau kemana mana, sama ada saing dengan membe atau grab atau paling tak pun, public transport je. Aku selesa macam tu sebab aku cukup benci terikat dengan komitment bulanan selagi belum ada keperluan mendesak.

Kalau ada kenderaan, aku kena fikir komitment bulanan, duit maintainance atau, insurans atau kerosakan. Jadi bagi aku, takde keperluan untuk ada kereta atau motor. Hidup kat kl pulak yang sentiasa jem dan saman.

Cuma kalau untuk urusan keluarga, atau balik kampung, aku menumpang kereta mereka sebab mereka yang ada aset pengangkutan. Tapi masing masing dari yang sulung ke bongsu ada aset rumah dan kenderaan. Aku je yang takde dua tu mahupun aset duit tabungan sekalipun.

Last sekali, aku sedikit kecewa sebab aku tak dapat nak bahagiakan parents aku ketahap maksimum. Parents aku tak pernah minta apa pun. Rumah dia pun aku duduk, cuma kadang kadang, mereka teringin nak beli sesuatu.

Macam barang kat rumah kebetulan habis, atau mereka teringin nak makan sesuatu, tapi aku tak mampu nak beli sebab kewangan aku terhad. Simpanan pun aku terkapai, ni pulak pasal extra belanja. Jadi aku mampu diam je.

Ada beberapa kali sebelum tu, meraka berhajat nak beli barangan perabot sebab dah rosak, last last, nasib baik adik aku yang bantu sponsor untuk 3,4 perabot yang dah rosak tu. Parents nak bayar semula pun mereka tolak.

Dalam hati, aku rasa aku lah terpaling looser sebab tak mampu nak belanja bila mereka memerlukan. Sedih bai.

Aku memang bersyukur je seadanya. Aku punya keluarga yang baik, takde hutang peribadi. Hutang komitmen pun setakat coway, belanja prepaid, dan belanja sendiri yang kadang kadang tak mampu juga.

Kadang nak reward diri nak beli sesuatu, aku diamkan je dan pujuk hati untuk tak fikir pasal apa yang aku nak. Bagi belanja kat parents pun jarang sejak dah freelance ni. Sebab tu, aku cuba sedaya upaya untuk jadi anak yang baik & tak perlu untuk mereka risaukan.

Aku selalu kemas rumah, beli barangan keperluan setakat yang aku mampu, ringankan beban parents yang mana yang aku mampu, doakan mereka sambil doakan kemurahan rezeki aku sendiri.

Selain tu juga, aku ada minta mak doakan rezeki aku, tapi sampai sekarang, tahap kewangan aku masih macam tu je. Dan mungkin agak merosot tahun ni kalau tengok bajet dalam simpanan aku. Nasib baik jugak, sebab aku takde tanggungan komitmen yang banyak.

Sampaikan hati kecil aku taknak kahwin walaupun aku ada je rupa paras yang baik, tapi sebab aku tak rasa aku boleh penuhi tanggungjawab sebagai suami lagi lagi pasal nafkah yang mencukupi.

Jadi kahwin tu bukan dalam impian aku sekarang ni. In relation memang pernah, tapi untuk lebih serius, maaf lah. Impian aku cuma untuk aku ada kemampuan berbelanja, dan mampu bahagiakan parents aku dengan belanja apa yang mereka perlukan.

Memanglah parents tak cakap apa pun kalau aku tak bagi duit belanja konsisten pun sebab mereka masing masing ada pencen. Tapi rasa hati tak sedap sebab aku tak mampu bantu lebih dari segi kewangan, atau bawa mereka jalan jalan bercuti atau tolong dari segi lain.

Aku cuma mampu beri mereka doa, pertolongan kerja rumah fizikal atau emosi support je. Tapi dari segi duit yang mana segalanya didunia adalah mengenai duit, aku memang tak mampu. Dan sangat beri kesan mendalam untuk aku.

Rasa down sangat bila compare dengan kemampuan siblings yang lain. Bukan saja aku nak compare. Tapi bila tak mampu buat sesuatu, rasa useless tu tetap ada.

Aku mohon pembaca tolong doakan supaya aku dimurahkan rezeki. Diberi kelancaran urusan dunia & akhirat. Semoga ada doa kalian yang diangkat dan moga berbalik beribu kali ganda pada yang mendoakan. Thanks sebab membaca.

– Hamba Yang Hina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Saya pun lebih kurang seperti situasi TT, cuma versi perempuan. Syukur juga dapat family yang memahami dan tidak kisah saya nak buat apa asalkan benda halal, asalkan jangan lupa Tuhan.

    Jangan terlalu down TT, perjalanan dan ujian setiap orang tak sama. Ada hikmah disebalik kita macam ni. Dan rezeki bukan hanya datang dalam wang ringgit harta benda, kesihatan yang baik pun rezeki, dapat family yang baik pun rezeki. Jadi freelancer pun satu rezeki sebab ada masa yang fleksibel, jadi boleh guna untuk banyakkan amal ibadah dan tambah ilmu agama. Jadi teruskan kehidupan dengan tenang2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *