Kisah Penipuan Aku

Hari ini anniversary perkahwinan aku yang keenam.

Sebelum ni, aku tak pernah terfikir pun aku akan ada keluarga, aku akan berumahtangga.

Sebabnya, aku terlalu low confident dengan diri aku. Membesar dalam keluarga agak sederhana.

Bab pendidikan memang out. SPM aku cukup-cukup makan saja.

Rupa pula? Aku berkulit gelap dan gempal.

Pun begitu, aku ada sambung belajar di IKBN buat sijil.

Mungkin kelebihan aku sebagai lelaki, biarpun di mata aku banyak kekurangan, tapi kawan-kawan aku terima saja aku.

Zaman kolej aku biasa-biasa saja la. Ada time happy, ada time stress, ada time sunyi.

Kenapa sunyi? Sebab kawan-kawan aku semua ada pacar. Aku saja tak ada. Sebab tak ada perempuan nak aku.

Walaupun aku ada bagi surat ke, kawan tolong kenen ke, tapi tak ada pun yang terima cinta aku.

Aku tahu pembaca akan rasa, pergi nak belajar, bukan bercinta.

Tapi naluri aku time tu tak boleh lari dari perasaan ingin dikasihi dan diberi perhatian.

Jujurnya, aku cemburu dengan kawan-kawan aku. Setiap masa SMS, calling, cuti pergi dating, lunch ke dinner pergi makan dengan awek.

Best rasanya ada orang tanya dah makan ke, sihat ke. Pagi-pagi awek tolong kejut untuk pergi kelas by call. Aku? Harapkan alarm saja la kejut.

Ada kawan aku tu, awek dia siap tolong iron baju bagai. Rasa macam ada bini terus.

Lepas tu malam-malam buat study group dengan awek masing-masing.

Aku? Main game untuk hilangkan kesunyian. Kadang-kadang aku join juga group tu walaupun aku saja tak ada partner.

Dalam hati ada rasa panas juga dengan babak-babak romantik kawan-kawan aku tu.

Tapi sebab ada benda yang aku tak faham dan assignment perlu disiapkan, so aku butakan mata dan hati demi kerja aku.

Zaman tu adalah satu zaman FB sedang naik. Aku pun tak terkecuali dari media sosial. Aku add ramai orang perempuan.

Ada yang approve, ada yang tak. Ada yang awal-awal ok saja chat, lepas tu senyap. Pendek kata, aku tak dapat apa yang aku nak.

Lepas habis study, aku pergi kerja. Kerja dengan satu syarikat supply aircond. Tempat kerja semua lelaki.

Tapi kalau ada perempuan pun, belum tentu diaorang nak aku.

Aku masih aktif mencari cinta melalui media sosial. Aku kerja macam office hour saja. So, petang sampai malam memang tak ada benda nak buat.

Kadang-kadang lepak mamak dengan member kerja. Kadang layan bola. Macam tu saja la.

Kadang-kadang cuti nak ajak member lepak pun serba salah. Sebab masing-masing ada keluarga dan awek. Mestilah nak spend time dengan diaorang.

So, aku habiskan masa kat rumah saja la. Tidur, main game, main FB, tengok TV. Macam tu saja la.

Satu hari macam tu la, FB tak boleh buka sebab lupa password ke, macam mana tah la. Tak ingat la apa masalah FB lama tu.

Tapi aku buat FB baru. Entah kenapa, masa tu aku tak letak muka aku. Aku letak gambar satu lelaki ni. Lelaki yang kacak. Aku cari dalam Google saja.

Aku juga tak letak identiti sebenar aku. Nama tu nama samaran aku. Tapi pekerjaan dan pendidikan aku letak yang hebat-hebat.

Esoknya, tak sangka, aku terima puluhan request dari perempuan. Laki pun ada la. Terus aku rasa hidup aku berubah.

Sebab ramai yang mesej aku, ucap thanks la apa la. Aku pun mula la chatting dengan semua orang tu.

Sedar tak sedar, aku dah jadi macam playboy di alam maya. Tapi aku tak memilih orang. Siapa yang layan aku, aku pun layan saja.

Tak kira perempuan tu cantik ke tak ke, sebab aku suka perhatian yang aku dapat dari perempuan-perempuan tu. Even laki pun ada yang bagi hint suka aku. Tapi aku suka perempuan saja.

Yang mana dah agak-agak macam serius tu, kami on phone pula. Akhirnya, aku merasa juga awek tolong call, awek tanya dah makan ke, dah balik kerja ke.

Time tu aku rasa happy sangat. Tapi tu la, bila benda menipu ni, tak boleh lama-lama. Awal-awal boleh la kelentong macam-macam.

Tapi lama-lama, diaorang pun macam fed up. Sebabnya, diaorang minta gambar la, nak VC la, ajak jumpa la. Aku mana boleh. Diaorang tak tahu rupa aku sebenar. Kantoi la kalau tahu.

Time tu, tak salah aku, aku serius dengan tiga orang perempuan. Aku memang pandai makan, pandai simpan. Kadang-kadang diaorang akan tag aku.

Yang lain ternampak, akan tanya perempuan tu siapa la apa la. Sebab susah juga nak maintain relationship tu. Tapi aku mampu maintain dengan penipuan aku.

Makin hari aku makin belajar banyak benda. Tapi perempuan yang desak-desak aku, aku minta putus. Aku play victim seolah-olah diaorang yang salah.

Aku nak maintain hubungan ni tenang-tenang saja. Tak nak serabut-serabut. Yang serabut tu semua aku pangkah.

Lepas tu aku mula cari awek yang jauh negeri dengan aku. Baru la kalau nak jumpa susah. So boleh maintain on phone saja. Boleh bagi alasan jarak.

Tapi hidup tak seperti kita bayangkan. Ada saja perempuan yang tiba-tiba datang tempat aku, konon nak buat surprise. Macam-macam drama juga masa tu.

Sebenarnya, kalau nak cerita satu-satu, sangat panjang pula kan. Aku ringkaskan untuk penutup saja la.

Lama aku hidup dalam rahsia. Bertahun-tahun. Tak pernah jumpa atau share gambar. Aku pandai Photoshop sikit-sikit. So gambar dalam FB tu aku buat PS update sesekali.

Bagi rasa macam akaun ni bukan fake acc.

Sebenarnya aku pernah juga reveal pasal diri aku pada orang yang aku betul-betul sayang.

Tak sangka diaorang sangat kecewa. Bagi sesetengah orang, rupa sangat penting. Ada setengah orang, kejujuran tu penting. Ada yang hina-hina aku. Yang ugut pun ada juga.

Aku depressed gila masa tu. Aku delete akaun tu. Tapi hidup aku macam sunyi balik. Aku buat akaun baru. Lepas tu aku nekad, jangan cerita benda sebenar walaupun sampai kiamat. Kononnya, belajar dari kesilapan.

Kalau perempuan tu tak nak, putus saja. Cari pula perempuan lain. Macam tu la aku bersikap kejam dengan perempuan-perempuan tu.

Kekasih aku bukan calang-calang juga. Lecturer ada, kerja-kerja pejabat ada, semua kerja bagus-bagus. Cikgu pun ramai. Tak kurang bini orang pun ramai yang PM aku untuk hilangkan kesunyian.

Bila kawan dengan orang profesional ni, banyak benda aku belajar. Perempuan kan suka share banyak benda.

Dari perkara ni juga, aku pun belajar banyak benda pasal perempuan. Apa yang diaorang suka, apa yang tak…

Aku belajar cara fahami jiwa mereka. Cara hormat perasaan mereka. So makin bertambah la awek-awek aku. Sebab aku jenis suka chat. Orang rasa aku lelaki yang perfect.

So, satu hari aku kenal seorang cikgu ni. Dia agak baik. Paling baik yang aku pernah jumpa. Aku betul-betul sayang dia. Rasa nak kahwin dengan dia.

Dia pun sama… Jauh kami menyimpang masa tu. Dia selalu cerita impian-impian dia berumahtangga. Kadang aku rasa sedih. Aku tahu aku salah. Aku rasa saja guilty tu.

Satu hari, entah kenapa, aku macam tergerak hati nak cerita hal sebenar kat dia.

Aku ingat dia akan terima aku sebab dia pun dah sayang aku.

Mula tu dia agak confuse. Dia persoal dan pertikai banyak benda. Macam-macam konflik juga kami masa tu. Berbulan juga bergaduh. Dia sangat kecewa.

Tapi satu nasihat dia yang aku ingat sampai bila-bila, dia cakap jadi saja la diri sebenar.

“Dengan fake account awak ni, mungkin sejuta orang akan tertarik dengan awak, termasuk saya. Tapi semua tu tak akan kekal lama. Bila orang tahu awak siapa, orang akan tinggalkan saja.

Dan awak nak hidup seperti bayang-bayang sampai bila? Awak tak nak ke merasa secara real apa yang awak rasa di alam maya sekarang ni?”

Dia cakap lagi,

“Kalau awak pakai identiti sebenar, mungkin tak akan ada orang yang tertarik pun dengan awak. Tapi ada kemungkinan satu orang akan tertarik dengan awak, asalkan awak jujur.

Sebab perempuan yang sukakan kejujuran masih banyak lagi dalam dunia ni berbanding rupa paras. Mungkin awak belum jumpa. Mungkin bukan di dunia kalau itu takdir awak.

Tapi kalau awak nak hidup macam ni sampai bila-bila pun, terpulang pada awak. Sebab saya tahu, awak rasa saja sakit tu. Cuma awak menafikan dan pura-pura ok dengan dunia fake awak tu.”

Macam-macam lagi la nasihat dia.

Mula-mula aku diam saja. Lama-lama, entah la. Mungkin petunjuk dari Allah ke, apa ke.

Aku delete FB tu… Aku buat FB baru, the real me. Aku add kawan-kawan yang aku kenal. Kawan sekolah, kawan IKBN…

Dia memang putus terus dengan aku. Dia sangat kecewa. Tapi dia maintain kawan sebab katanya aku baik.

Aku ada ego aku juga, aku rasa malu sebenarnya. So aku pun tak nak dengan dia.

Dia pun dah kahwin dengan pasangan dia yang sepadan dengan dia dari segi rupa, kerjaya dan education. Anak dia pun dah dua sekarang.

Awal tu sunyi memang sunyi. Nak berubah bukan senang. Sebab bertahun aku hidup dengan perhatian dari perempuan melalui alam maya.

Aku perbaiki diri aku banyak benda. Dekatkan diri dengan Tuhan. Ada perempuan-perempuan yang aku game tu, aku minta maaf dengan diaorang.

Alhamdulillah, ramai yang maafkan aku. Ada yang aku tak dapat contact pun ada. Sebab kan ada yang aku putus macam tu saja.

Tapi ramai dah kahwin. Aku tumpang gembira untuk mereka.

Aku aktif mencari jodoh masa tu secara real. Aku main apps dating. Aku jumpa isteri aku dalam tu.

Isteri aku sangat cantik… Tak padan langsung dengan aku. Putih, tinggi.

Dulu dia pernah kerja pramugari. Lepas tu kat pejabat kebudayaan apa tah. Dia pandai menari.

Tapi sekarang dia kerja kat pejabat menteri lepas dia sambung master.

Awal-awal dia tak cerita perkara sebenar pun pasal dia. Gambar dia memang ada. Tapi aku pula rasa mungkin dia pun pakai fake acc.

Aku fikir kalau one day dia bagitahu diri sebenar dia, aku akan terima saja walaupun dia hodoh macam mana pun.

Tapi tak sangka, tu memang diri dia.

Aku berjujur semua benda kat dia pasal sebelum ni aku buat apa semua.

Dia memang terima aku seadanya la. Asalkan aku tak ulang lagi perbuatan tu.

Aku masih ingat first time kami berjumpa. Tak akan hilang pun memori tu. Sampai bila-bila aku kenang. Kadang saja aku cerita kat anak-anak. Nak usik dia.

Dia pandai gayakan aku. Aku rasa aku sangat handsome sekarang asbab dia.

Malam-malam letak masker la, krim la. Aku dah cerah sikit la. Rambut ke jambang ke, semua dia trim. Asal sedap mata dia memandang.

Aku dah tak gemuk. Sebab dekat rumah kami bersenam sama-sama.

Tapi tak la kurus kering. Sekadar perfect di mata dia.

Dia memang sangat jaga badan dan kesihatan. Segala benda tentang diri aku, aku biarkan dia saja urus.

Aku pun suka macam tu. Sebab aku kan nak orang jaga aku. Nak perhatian.

Akhirnya aku merasa secara real apa yang aku bayangkan. Aku dapat apa yang aku nak.

Setiap pagi dia akan kejut aku penuh manja. Semua benda dia siapkan untuk aku.

Hari cuti kami jalan sama-sama. Walaupun sekarang kami ada anak kembar sepasang umur 4 tahun.

Tapi sekali pun dia tak pernah lepaskan pelukan kat lengan aku bila jalan kat mana pun walaupun heret anak-anak sekali.

Anak kami agak buas juga. Biasa la dua akal.

Tapi lepas settle anak-anak, dia akan sambung peluk lengan aku.

Satu tangan pegang anak lelaki, aku akan pegang anak perempuan.

Macam tu la aturan dia.

Aku selalu rasa dia tak nak aku rasa down ke apa. Dia sangat menjaga hati aku.

Sebab dia tahu kadang-kadang aku cemburu.

Awal-awal kahwin dulu, kerap juga kami gaduh. Semuanya sebab aku.

Mujur dia sabar saja. Kalau tak, itu la benda paling menyesal dalam hidup aku kalau aku hilang dia.

Semalam pun kami ada cakap pasal awal-awal kahwin tu.

Dia kata dia pernah saja terfikir nak tinggal aku. Sebab dia sangat stress dengan sikap cemburu buta aku ni.

Tapi lama-lama aku belajar faham dia. Aku muhasabah diri aku.

Akhirnya kami sama-sama bahagia sekarang ni.

Dah tak pernah gaduh dah.

Aku harap kami kekal bahagia selamanya.

Terima kasih sudi membaca.

– Dahlan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *