Hi semua. Aku namakan diri aku sebagai Kuntum berumur 32 tahun dan suami muda dua tahun.
Kami telah berkahwin hampir setahun dan masih belum dikurniakan anak.
Sebulan selepas perkahwinan, hubungan kami biasa2 dan jarang bersama. Boleh dikatakan dua minggu sekali kadang2 sebulan sekali.
Pernah kami dua bulan tidak bersama walaupun kami hidup bersama.
Kami sama seperti pasangan lain kerap bergaduh dan terus berbaik. Sekarang kami jarang bergaduh. Aku tidak bekerja kerana masih tidak mendapat rezeki bekerja dalam bioteknologi.
Suami dan aku mempunyai hobi berlainan. Dia gemar bermain game dan menonton youtube di dalam bilik. Manakala aku suka menonton hiburan di TV di ruang tamu.
Aku pernah persoalkan dekat suami normal ke perlakuan kami berdua dengan jarang bersama.
Bila aku mintak bersama Suami cakap dia penat kerja. Kami berdua juga semakin gemuk dan kurang stamina selepas berkahwin asbab aku sering memasak.
Aku mungkin salah banyak kerana aku meletakkan banyak peraturan sebelum bersama seperti harus gosok gigi, tak boleh bersama selepas makan kerana perut penuh dan lain2.
Semalam suami mengaku dia telah melan*ap sendiri sambil menonton video l*c*h. Bertapa kecewanya aku sebagai seorang isteri.
Aku persoalkan kenapa tidak mintak semua tu dari aku sebagai isteri yang sah.
Suami cakap dia taknak menyusahkan aku dan ini merupakan hobi dia sebelum berkahwin. Aku tau dia pernah jujur dulu namun aku ingatkan dia telah berubah.
Dia juga mengatakan aku meletakkan banyak syarat dan selalu reject dia apabila dia ingin bersama.
Malah aku mengaku aku tidak pandai dibilik tidur dan selalunya suami yang buat semua. Aku faham ini salah aku dan aku nekad untuk belajar puaskan suami aku balik.
Namun aku sangat prihatin dengan kebersihan. Suami tak suka gosok gigi dan menyebabkan aku turn off bila bersama dengannya.
Sebelum tidur aku akan tanya samada dia dah gosok gigi atau belum sebelum menciumnya. Suami gosok gigi waktu pagi sahaja dan balik dari kerja tidak mandi dan gosok gigi.
Manakala aku berwangi wangian dan kadang kala pakai baju tidur seksi untuknya. Tapi waktu kami teransang selalunya tidak sama.
Aku juga megaku dengan suami selama bersama amat jarang aku puas. Biasa aku hanya pendam dan pura2 puas.
Mungkin kami kena belajar lagi. Suami dan aku saling meminta maaf dan kami ingin perbaiki kesilapan masing masing.
Suami mengaku kesalahannya mel*n*ap kerana dia rasa berdosa dan sering mendapat ujian hidup.
Ye suami sering mendapat masalah setiap hari. Ada ja benda yang tak elok berlaku seperti gaji lambat, kereta pancit, bos marah. Report kena reject.
Suami juga suka lambatkan solat dan kadang2 tidur lambat bermain game sehingga terlepas solat.
Dari segi nafkah zahir dan batin yang lain semua sempurna. Suami selalu membelai aku dan menjaga aku cuma kami gagal ketika bersama. Janganlah kecam kami. Kami sudah sedar kesilapan kami dan ingin berubah.
Kepada isteri diluar sana, ada tips tak untuk membahagiakan suami?
– Kuntum (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
tgk porn, belajar dari situ macam mana nak puaskan suami.
Takde tapis² lgsg kau ye? Hahaha!! Straight je gitu. Tp betul apa kau ckp. Bnd tu bunyi mcm teruk tp tu je cara nak belajar.
Well to TT, semua org suka bersih². As long as nafas laki kau tak bau, why not kau bend down sikit and not too strict on your rules? Kita kena tolak ansur. Bkn fikir selesa kau sorg je. Bila dah berlawan atas katil tu, dgn kau² skali berbakteria dan berbau. So jgn la penggeli melampau sampai laki kau kecik hati dgn kau.
tak bole tengok aurat bukan mahram. Jgn ajar yg tak elok. Nanti ketagih susah nak lepas.
Kalo suami tu lum gosok gigi, sis pimpin lah dia ke toilet tolong gosokkan. Buat dengan gaya2 manja mengorat. Omputeh kata roleplay. Alang2 tu mandikan dia terus wangi2 kan dia. Pastu kuar toilet tu terjah je lah katil sambung.
Pastu jangan putus asa ajak solat jemaah walpun dia menolak. Satu hari nnti mbgkin dia bersedia imamkan. Kat umah pasang zikir2 volume sayup2 sama2 bole dengar
Psst..sis..psst..foreplay sis..foreplay. roleplay tu lain sis.