Salah Ke Jadi Yang Ke-2? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/salah-ke-jadi-yang-ke-2/).

Salam, haha terkesan saya baca komen sister-sister. Memang meng-insafkan.

Yang mempersoalkan B tu duit tak cukup etc. Salah.. duit dia lebih dari cukup. Kan saya cakap saya kerja sama bidang. Bidang kami bidang professional. Pendapatan Alhamdulillah.

2 tahun lepas saya kenal B, usia perkahwinan dia tak sampai dua tahun pun lagi. Dia cakap dia tengah ada masalah (bukan masalah duit, ada masalah pengurusan emosi dan masalah kerja), yang membuat dia terjerat main dating apps,

Saya pun faham rasa tu, kadang jiwa memberontak, saya tak berminat nak tanya sebab saya pun ketika itu dan saat itu ingat dia hanya datang singgah sahaja dalam hati untuk masa yang sekejap tapi tak sedar dah dua tahun. Mungkin sebab sibuk kerja.

Bukan nak minta justifikasi. Tapi, ya, saya pun kesian dengan isteri pertama dia, sebab dia tipu isteri dia.

Saya boleh tinggalkan dia, dan saya yakin saya akan patah hati, tapi kalau saya tinggalkan dia, dia proceed balik main dating apps macam dulu,

Tak ke rugi entah budak mana dalam dating apps tu akan goda dia. (Haha ini saya tak tipu dia elok rupa paras). Saya tahu saya tak perlu kisah pun sebenarnya.

Tapi saya kesian juga dengan isteri dia. Atleast kalau dia kawen dua. Masa dia akan ketat. Akan terkawal. Saya tak ada niat nak rampas tamak haloba. Cuma nak berkongsi masa.

Saya pun kenal dengan dia sebab putus cinta. Entahlah, dah nak masuk 40an buat saya sedikit terbuka pemikiran.

Saya taknak pun contact dengan isteri dia sebab saya rasa tak perlu pun. Bagitahu perangai B main dating apps.

B ni pun kawin lambat juga, 30an jadi dia cakap dalam tempoh tu banyak dah perempuan di kecewakan dan mainkan. Saya tengok dia pun terkedu juga rasa.

Betul lah, kedua akan dibenci. Lebih sudi tengok yang pertama ditipu. Biar nampak bahagia padahal sebaliknya. Tiba2 teremosi. Mungkin sebab saya sayang si B ni. Mungkin saya buta.

Tak apalah. Saya pun takut juga cederakan emosi orang lain. Saya selalu juga doa ada keajaiban. Doa baik2 untuk saya sebab saya memang dilanda rasa kekesongan hati.

Saya pula bukan jenis nak travel ke mana2, kawan2 semuadah berumahtangga, saudara mara pula ada keluarga masing2, ibubapa saya dah lama tiada, adik beradik pun tak ada, balik memang tengok dinding je.

Bak kata B, dia pun kesian dengan hidup saya. Saya pun rasa kesian dengan diri saya. Terperangkap macam ni. Haha

Saya sebenarnya cringe juga dengan penulisan saya ni. Hahaha harap semua bersabar. Tapi dah taip. Post jelah.

– Penyondol ke? (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

15 Comments

  1. macam nak maki…. macam tak…

    tapi sebab dah type, post je lah.
    cakap je lah ko mmg nak jadi penyodol.
    pastu acah acah suci. orang macam ni memang elok dipijak berjemaah.

    get a life lah perempuan. pehal nak suami orang?
    ko rasa tu satu achievement ke sundel?

    • Statement win… Really like it..
      kalo gentle jumpe wife dia.. sembang dah sedia jadi no2, knp rase tak perlu jmpe wife dia dulu?? Kecut ??

  2. lelaki ni sebelum dapat, camtu la, ada masalah la, bini tk layan la, bla bla bla, bila dah dapat nanti, awak tengok la mcm mana, bukan senang bermadu ni, terlalu banyak perbezaan sebelum dan selepas, jadi fikirkan semasak-masaknya, awak dh memang tahu yg dia dah ada isteri, buat apa la gatal pi layan suami org, klu dah ada kerjaya stabil, cari je lah calon bujang yng lebih sesuai buat awak, tk perlu nak rosakkan rumahtangga org lain untuk memenuhi keninginan awak

  3. Waahh tahniah awak. sebelum apa2 sy nk ucapkan selamat pengantin baru kat awk. nnti racun kan dia lagi suruh ceraikan bini 1st dia. biar padan muka dia. xperlu nk kongsi2 hak awak!

  4. jadi kita nak kena kesian kan sis pulak ke sebab balik tengok dinding je? dahtu bini first takyah kesian pulak?????????????? lahmakkk malas lah komen tp tulah geram ekkkkkkkk. kalau nak juga pergi borak dengan isteri dia. okbye sis. semoga urusan sis dipermudahkan ya.

  5. Bukan nak kecam tapi ada sebab kenapa lelaki boleh berkahwin empat. Kita ni bukan empunya badan yg terlibat dlm kes ni xperlu lah kecam lebih2. Nanti kena kat diri sendiri atau keluarga sendiri mcm mana? Untuk confessor, xperlu cari validation drpd org luar ni. Confront the first wife kalau rasa ready nak bermadu… confront ‘bf’ ko kalau ko rasa dia yakin akan pilih ko dan bertanggungjawab cakap dgn bininya. Kalau ko pun takut2 mahu confront dua2, maknanya ko pun xyakin dia akn pilih ko…

  6. Gila dia nih. Memang sah2 lah penyondol. Tak kahwin lagi sedap la kata begitu begini, dah kahwin nanti baru boleh faham perasaan isteri tu macam mana. Boleh rasa nak bunuh diri tahu tak kalau si suami kahwin lain. Emosi orang, hidup orang. Memang kacau habis la dia ni. Pentingkan diri sendiri je. Cari je lah yg lain. Main je apps dating berlambak tu sampai jumpa. Tak payah rosakkan hidup orang lain.

  7. Sis. Justifikasi kau invalid sis. So what if boipren kau x reti kawal diri n keep on main dating apps? Dia bkn lelaki yg baik. Caye la. Byk lg cara lain utk dia distract diri dari masalah other than swiping on dating apps. G la memancing ke, travel bwk bini ke, food hunting ke. Kata professional. So komfem² la org² bijak laksana. Berduit pulak. Fikir la aktiviti lain yg matang sikit. Ni..? Dating apps? Childish gila. Well again..delulu la kau ni sis. Wake up. Jgn sbb terdesak nak kawen, kau sibuk himpit laki org dgn alasan dia je nak kat kau. Kekosongan hati? Ramai je bujang dlm apps kau main tu. Esok² dia cari yg ke3, ganti tempat kau, tau pulak kau nk meroyan. Halahhh..

  8. Kawin jela dik tapi jgn tuntut apa2 termasuk waktu kalau KO ikhlas hanya tak mahu jantan tu main apps lagi. Jgn bgtau ko dah kawin..hiduplah mcm biasa, mcm yg KO lalui skrg. Insyaallah aman dan xde sape marah. Berlakonkah spt KO ni masih bujang dan jgn pkenalkan suami KO pd umum. Kalau KO bolh mcm tu, insyaallah KO x kan dibenci dik.

  9. Kau jangan nak acah baik sangat konon nak selamatkan dia dari terus hanyut main dating apps. Asal kau sibuk sangat nak jaga dia? Suami kau ke? Adik beradik kau ke? Biar la bini dia yang jaga. Sebab perempuan macam kau yang suka melayan suami orang ni la yang buat lelaki macam H ni curang. Menyampah betul la baca confession kau ni. Acah baik, acah innocent. Sedar sikit yang kau tu punca si H ni curang dengan bini dia 2 tahun. 2 TAHUN. Stop it. Banyak je orang bujang kat luar sana. Teruskan usaha cari jodoh kalau kau betul2 sunyi tapi make sure cari yang bujang

  10. Hmm ingatkan beriya nak jadi madu so kena berani lah jumpa si isteri tu, amek hati ke ape ke. Rupanya tak berani. Sebenarnya memang harap laki tu ceraikan isteri nya kan?

  11. jangan trkjut apa yg B ko buat dkt bini dia,bolh jadi akan trkena juga dkt ko…jgn trdesak sgt nk kn laki smp ambk laki org,ke nk bgth ni smua takdir?? org mcm ko ni xguna dinasihat..tgh wangi mmg semuany indAh,ada gk perempuan mcmni yg sggup nmpk prmpuan lain kcewa janji ko bahagia..alaa2 kak ohh kak…xfahamlh

  12. Jadi penyondol itu adalah pilihan.
    Org perempuan selalu kalah dgn emosi berbanding akal waras.
    Mana2 lelaki suami org..akan burukkan wife utk buat perempuan lain rasa yesss aku layak ganti tmpt wife dia!!walhal tu 90% cerita rekaan utk jebak perempuan tu simpati

    Aku tahu lah…

    Jadi bini no 2 ni ibarat letak pisau di leher utk disembelih.Ko belum rasa..if ko dah rasa nanti ko akan menyesal teramat sgt.Itu belum lg kena tekanan mental drp isteri no1 dan org keliling..

    Cukup2lah drama jd bini no2 yg berlaku dlm masyarakat kita…MENAMBAH PERMUSUHAN DAN PERSENGKETAAN tau tak?Berdosa dan zalim…

  13. Cuba duduk ditempat isteri lelaki tu. Tak tau suami berlaku curang. Kalau sesiapa pun yang pernah alami sakitnya dicurangi tu sampai berdoa jangan ada perempuan mana pun rasa sakit seperti itu. Saya yang pernah alami sampai kena refer kaunseling nak bangkit balik tu perlukan masa. Lelaki kalau dia pernah curang, awak yakin ke dia tak akan curangi awak juga. Fikir baik² jangan pentingkan diri kalau lelaki tu ada anak kesian anak² yang tak bersalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *