Mertua Egois

Assalamualaikum semua. Terima kasih pada admin jika luahan saya di siarkan.

Sukar sekali rasanya hidup dengan mertua yang egois dan merasakan semua perlu berlaku mengikut aturannya dan suami sebagai anak wajib taat dan patuh.

Manakala saya sebagai isteri pula wajib patuh pada suami yang terpaksa akur dengan aturan orang tuanya.

Hubungan dengan suami baik baik sahaja tetapi apabila ianya sesuatu melibatkan mertua, saya akan meradang dan meluahkan segala rasa ketidakpuasan hati saya pada suami.

Tiada pergaduhan kerana suami sentiasa menyebelahi saya namun kesal dengan ketidakmampuannya untuk menasihati kedua ibu bapanya.

Mertua suka datang dengan seluruh ahli keluarga termasuk ipar duai lelaki adik beradik suami ke rumah kami di mana kerapkali saya suarakan bahawa rumah kami terlalu kecil untuk menerima tetamu untuk bermalam.

Inikan pula seluruh ahli keluarga suami yang sering datang hingga berminggu minggu.

Memandangkan suami tidak mampu bersuara, akhirnya saya yang menegur dan terus di patahkan oleh bapa mertua saya dengan ayat, “ni rumah anak aku.”

Bapa mertua pula perokok tegar. Tak kira di mana mesti merokok dan saya ada ank kecil yang masih bayi. Berkali kali saya tegur soal asap rokok dan jangan sesekali pegang anak saya sebelum mandi tiap kali lepas merokok.

Di bidas pula bahawa anak-anak dia elok je selama ni membesar dengan dia merokok. Sudah la sebelum ni anak saya di tahnik tanpa persetujuan saya oleh diri dia sendiri.

Selepas merokok berkepul kepul, kunyah kurma terus bagi air liur dia dekat anak saya. Hampir meroyan saya masa tu bergaduh dengan suami.

Selamba bapa mertua saya bidas dengan menegaskan tu cucu dia, anak kepada anak dia seolah olah saya sebagai ibu ni tak wujud.

Hak saya nak pulang ke kampung pun hilang kerana keluarga mertua asyik paksa suami untuk balik ke kampung dia je hingga suami sangat serba salah dengan saya.

Suami pula berkali kali memohon maaf dan minta pandangan saya kerana dia tak mampu nk membantah orang tuanya.

Selepas sekian lama saya bertahan, akhirnya saya buka segala pekung pada orang tua saya. Dan benarlah menurut hemah ayah saya, buku perlu bertemu dengan ruas.

Maka akhirnya jadi lah mertua vs mak ayah saya sendiri. Di serahkan segala bukti “kekurangan suami” dalam menafkahi di mana mas kahwin pun di guna untuk deposit rumah sewa,

Komitmen bulanan bukan sekadar saya yang topup, banyak kos kos emergency yang di tanggung oleh mak ayah saya juga, perbelanjaan sekolah dan harian ank anak yang di topup sama.

Ketika itu lah barulah mertua terdiam tidak membidas. Kerana ayah saya meminta segala bayaran kembali termasuk kos hospital baby saya yang terpaksa di wardkan kerana sesak nafas.

Kalau mertua menggunakan agama untuk menuntut ketaatan suami agar patuh pada semua aturan mereka, maka ayah saya juga menggunakan agama di mana pihak keluarga suami yang wajib menambah kekurangan suami dalam hal menafkahi isteri dan anak anaknya.

Sejak hal itu, memang keadaan bertambah baik bagi kami suami isteri. Keluarga saya tetap menerima dan melayan suami dengan baik tetapi berbeza dengan saya yang di pulau kalau balik ke kampung suami.

Tapi saya tetap berhemah dengan mereka kerana mereka keluarga suami. Kalau sebelum ni saya seolah tiada hak untuk bersuara, kali ni mereka harus mendengarkan larangan atau teguran saya juga.

Tidak berniat nak bersifat dominant atau gila kuasa tapi harap sangat keluarga suami memahami privacy kami suami isteri dan tidak masuk campur soal cara kami menjaga anak kami.

– Jenab (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Puan sangat bijak. Tak ramai perempuan kat luar sana mampu lawan keluarga mentua, dan puan bijak dalam masalah ni. Benda tak betul memang kena dihentikan. Lepas tu bila dah buat salah nak main hujah agama. Saya pantang kalau orang guna hujah agama untuk kepentingan sendiri dan untuk bagi nampak dia adalah “orang yang terpaling betul”.

    Puan jugak bertuah ada keluarga yang masih waras dalam nak handle masalah ni. Ramai kat luar sana masih biarkan anak perempuan dorang dihentam oleh keluarga mentua, walaupun dah tahu kisahnya (barangkali anak mereka tak bercerita). Salute kat parents puan sebab masih pertahan anak sendiri walaupun anak tu dah punya suami.

    Suami puan dah buat sehabis mungkin, cuma dia tak berani untuk bersuara depan mak ayah dia. Harap dia ada “idea” la untuk betulkan hubungan puan dengan keluarga dia tu. Sampai bila nak masam muka kan? Nak taknak dia sendiri yang kena betulkan. Puan tak salah. Apa puan buat hanya untuk selamatkan keluarga kecil puan.

    Sorry ayat saya ni akan menyiggung perasaan. Susah nak betulkan orang “bebal”. Lagi-lagi kalau dia rasa dia je betul.

    Anyways, good job puan. Semoga rumahtangga puan bahagia selalu. Dan tak salah pun buang orang toksik.

  2. Tak, puan tak bersikap dominant atau gila kuasa. Puan hanya menegakkan hak puan untuk family kecil puan. Takpe jangan risau kalau keluarga mertua pulau. Byk2 doa biar mereka diberi kelembutan hati.

  3. Org kata jika kuat pendam mkn hati
    Baik luahkan

    Peduli apa org nak pulau ke apa kan..asal awk dah berterus terang jika tidak asyik kena buli je.

    Berdoalah agar keluarga mertua lembut hati diberi keinsafan utk akui kesalahan diri dan kembali baik hubungan dgn awk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *