Assalamualaikum. Saya mohon bantuan dan pandangan pembaca² confession.
Benda ini terjadi pada adik saya. Adik saya baru bertunang (saya bagi gelaran R) dan bakal bernikah pada hujung tahun ni. Adik saya berkenalan dengan R pada awal tahun lepas melalui media sosial.
Nak dijadikan cerita, lepas beberapa bulan mereka berkenalan di media sosial, mereka telah bercadang nak bertunang.
Family saya terkejut dan hanya mengikut kehendak adik saya sebab dia memang serious nak kahwin. Tapiiii, lepas saja mereka bertunang, banyak masalah timbul.
Pada mulanya R mengaku bujang, tiba² kami hanya baru dapat tahu dia seorang duda, ada 3 orang anak hasil perkahwinan yang dulu (bercerai dengan bekas isteri),
Rupanya adik saya dah tahu lama sebelum mereka bertunang. Itu tak jadi masalah walaupun dia berstatus duda, kami satu family langsung tak kisah.
Yang jadi masalah sebab dia langsung tak bagi nafkah anak² dia dan rupa² nya banyak kes mahkamah syariah yang belum selesai berkaitan penceraian dulu. Tunggakan nafkah, harta sepencarian dan sebagainya.
Tapi adik saya percaya bulat² bila R mengatakan semuanya dah selesai.
Macam mana kami satu family boleh tahu? Ex wife dan family dia yang contact kami. Mereka bagitau R tidak mampu nak berkahwin lain.
R juga bercerai dengan ex wife kerana dia curang dan berskandal dengan isteri orang semasa masih suami orang.
Tapi dia menjaja cerita pada adik dan family saya bahawa ex wife dia yang curang walhal hak penjagaan anak telah jatuh pada ex wife R. Ex wife R inform kami berserta bukti yang R mengabaikan anak² dia jarang sekali nak berjumpa anak².
Senang cerita hidup seperti orang bujang selepas bercerai. Ex wife dia berhempas pulas mencari rezeki untuk menampung hidup dan perbelanjaan anak² yang masih bersekolah. R menafikan semua yang diberitahu oleh ex wife.
Bukan itu saja, saya dan family pernah minta untuk R duduk semeja dengan kami untuk berbincang hal ini dan mintak R buktikan jika info yang ex wife R bagi ni salah. Tapi R menolak dan ada saja alasan yang R bagi.
Sampai sekarang kami tak pernah jumpa R, semua komunikasi hanya melalui adik saya.
Untuk pengetahuan semua, family kami tak tahu nombor telefon, alamat atau tempat kerja R. Pelikkan? Hanya adik saya saja yang tahu.
Ibu dan ayah saya dah berat nak bagi adik saya ni berkahwin dengan R sebab dia tak jujur dan seperti mempergunakan adik saya.
Adik saya pula memberontak dan protes kerana ayah pernah cakap tak nak jadi wali kalau perkara ini tak diselesaikan.
Sehingga sekarang, adik saya telah block contact kami satu family dan tak bagi kami jejak kaki ke rumah dia.
Adik juga pernah mengugut ayah saya untuk guna wali hakim kalau ayah saya tak nak jadi wali atau dia akan kahwin di Thailand.
Adik saya dan R juga telah menghasut saudara mara terdekat yang family saya mereka-reka cerita buruk tunangnya dan tak bagi mereka kahwin.
Ibu dan ayah saya sangat tertekan bila saudara mara asyik call marah² kenapa bertindak sedemikian tanpa tahu cerita kedua² belah pihak.
Saya buntu apa yang perlu kami buat untuk keluar daripada kemelut ni. Saya cuma kesiankan ibu dan ayah saya yang terpaksa menanggung masalah ni.
– Bunga cempaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kalau saya ada adik camni memang saya suruh je kawen dah gatal sangat kan. Tapi jangan nak suruh parents tanggung belanja. Nak kawen thailand? Silakan. Cakap kat dia kalau dah sampai malaysia nanti gi daftar. Sebab kalau tak daftar in case kalau R mati eksiden ke, adik tu takleh tuntut apa2 sbg waris. (Eh macam la R tu berharta kan). Pastu kalau beranak silap2 haribulan jadi anak luar nikah sebab mak ayah lum daftar kahwin kat malaysia. Adik tu dah tahu tak benda2 camni?
Dia degil dan masih lagi nak teruskan? Lepaskan je suruh R tanggung 100%. Jangan nak gatal minta mak ayah korang lak tanggung nnti, nak pnjam duit lah etc. Ada setengah orang ni kita dah buih2 nasihat pun dia masih degil taknak dengar. Taktau la kot2 dah kena guna2. Bila dah jadi sesuatu tak diingini kt dia baru dia nak balik and menyesal.
TT dan mak ayah pedulikan apa sedara nak kata. Dorang mana tau cerita sebenar. Takpun mak ayah mesti ada grup wasap keluarga dorang kan? Cakap benda ni kat situ n send skali dengan bukti2 dari exwife R. Sekurang2 nya dah maklum. Sedara tu nak percaya ke tidak lantaklah. Agaknya si adik tu mewarisi perangai degil dari makcik pakcik sedara degil dia tu
Kita sbg adik beradik mmg geram je tapi kita taknak mak ayah risau dan sedih. semoga TT dan mak ayah diberi kekuatan untuk hadapi ujian ni