Suamiku Psiko

Last week saya dapat tahu sisi sebenar suami saya. Saya tak sangka dia dalang untuk saya putus dengan bekas kekasih saya.

Setelah berbelas-belas tahun baru Allah nak tunjuk semuanya.

Masa saya belajar di upm, saya bercinta dengan Razid. Tapi dengan suami ni, saya dah kenal dari zaman sekolah lagi.

Ibarat kami ni macam best friend. Suami saya tak de kawan2 lain, hanya saya ja. Tapi saya ramai ja kawan.

Dari sekolah apa saya buat, semuanya suami tiru.. Kelab ke, sukan ke, semua join sama2. In fact, rumah kami pun berdekatan ja.

Ramai kat sekolah kata kami couple, tapi kami macam kawan2 ja. Saya pun tak de perasaan pun kat suami.

Actually spark tu macam pernah ada, tapi suami saya tak tunjuk apa2 sign. Pernah rasanya saya tanya soal perasaan, tapi dia menafikan. So lama2 feel hilang macam tu ja la.

Kalau dari awal dia berterus terang tentang perasan dia, mesti saya terima ja. Walaupun dia rasa fizikal dia adalah kekurangan dia sebab tu tak berani cakap.

Tapi saya tak pernah pandang fizikal dia pun. Habis spm, kami sebenarnya tak dapat u yang sama pun.

Tapi suami saya beriya nak sama dengan saya jugak. Spm kami ada beza. Jurusan yang dia pilih ikut sama macam saya.

Tapi dia tak dapat pun. Tak salah saya masa tu kita letak 3 university pilihan. Tapi satu pun dia tak dapat.

Saya tak ingat la dia buat macam mana tah. Pakai kabel sana sini jugak la kot. Buat rayuan semata nak upm jugak.

Oh ya, family suami saya agak berada. Ayah dia kenal ramai orang jugak. Suami saya empat beradik. Dia anak kedua dan dia sorang ja lelaki.

Sebabkan dia anak lelaki tunggal, mak dan ayah dia sangat manjakan dia. Apa saja dia nak, semua mesti dapat.

Lagi satu, kaki suami saya macam tempang sikit. So memang family dia sangat utamakan dia berbading sibling lain.

Suami pun selalu jugak cakap dengan riak bongkak, apa saja dia nak, dia mesti akan dapat. Tak pernah dia tak dapat.

So akhirnya dia dapat jugak masuk upm. Tapi jurusan kami tak sama. Razid sama kos dengan saya.

Mula saya tak pernah cakap kat suami pun pasal Razid. Suami saya kat u pun agak obses dan kongkong saya.

Dia seolah2 tak boleh terima gaya hidup saya kat u. Tapi saya abaikan semua tu sebab saya anggap dia care kat saya. Saya tetap macam diri saya.

Sampai la saya kenalkan dia dengan Razid. Masih saya ingat, muka suami saya agak down. Saya pulak rasa bersalah masa tu.

Lepas tu lama dia senyap. Avoid saya. Dia buatkan saya rasa sangat bersalah. Akhirnya dia mengaku dia dah lama suka saya la.

Kononnya dia berniat nak meminang saya bila dah kerja nanti. Tapi saya dah suka kat Razid. Tak mampu nak mainkan hati Razid.

Time tu adalah satu saat yang paling stress dalam hidup saya. Macam2 keadaan saya terpaksa hadapi. Pun begitu, saya sayangkan suami as a good friend.

Saya sangat selesa dengan dia. Cuma tak de perasan cinta.

Suami pun lepas tu seolah2 hormat tentang pilihan hati saya. Dia dah tak buat perangai psiko lagi.

Lepas tu katanya nak berhenti upm. Dia kata dia tak boleh tengok saya dengan laki lain.

Makin rasa bersalah saya. Sebab benda ni melibatkan education dan future.

Saya banyak kali mengamuk kat suami jugak la. Razid time tu banyak tenangkan saya. Mintak focus pada pelajaran.

Kami kan satu fakulti, so adanya Razid buat saya tenang sikit walaupun banyak dihimpit rasa bersalah kat suami.

Tapi lepas tu suami tak jadi berhenti upm. Walaupun dulu dia bagi alasan kos tu susah. Dia tak boleh bawak.

Tapi lepas tu dia focus study dia. Kami dah jarang jumpa dan contact. Seolah2 orang putus cinta.

Walaupun sakit sangat hati saya, tapi saya jugak hormat keputusan suami. Hal ni family kami dapat tahu. Diaorang advice suruh focus study, jangan gaduh2.

Lama lepas keadaan tu surut, satu2 perkara tak baik pasal Razid kecoh. Kata dia langgan gro la, pakai guna2 la. Dia sewakan dvd lucah la. Dan macam2 lagi la.

Razid pun agak stress pasal ni. Time tu zaman sms. Media social tak de lagi. Saya jugak ada terima sms dari number tak kenal mintak jauhkan diri dari Razid dan sebagainya.

Razid mati2 tak mengaku semua tu. Dia cuma mengaku pasal sewa dvd tu ja. Tapi tu pun sekali ja katanya.

Jujurnya saya sangat tertekan dan tak boleh focus study. Ada subject sampai saya repeat.

Saya hidup dalam keadaan serabut sebab kerap terima surat layang jugak.

Time tu hanya suami saja tempat saya bersandar.

Saya keliru dan stress banyak benda. Suami pulak time tu cerita macam2 perkara tak baik pasal Razid. Dia kata Razid seorang penipu. Makin saya jadi keliru dan takut.

Time tu saya percaya bulat2 pasal semua fitnah suami saya. Razid dapat tahu hal ni, dia bergaduh dengan suami bila tahu suami fitnah dia.

Benda tu sangat kecoh time tu. Sampai nak bertumbuk2 diaorang tu. Akhirnya saya buat keputusan untuk putus dengan Razid.

Walaupun saya sayangkan Razid, tapi suami asyik menekan saya suruh putus. Saya memang tak tahu nak buat keputusan.

Suami tanya dia tak penting ke. Kenapa saya percaya Razid berbanding dia.

Banyak soalan2 psiko dia memerangkap saya. Saya tak mampu bagi jawapan. Apatah lagi suami cakap pasal makan budi. Lagi saya tersepit.

Lepas tu suami cakap dia masih sayang saya. Masih nak teruskan plan dia. Saya cuma cakap saya nak focus study. Saya tak nak fikir cinta2 lagi. Suami macam lega lepas tu.

Tapi diam2 saya berkawan balik dengan Razid. Kan kami satu kos. Hati saya macam tak boleh terima Razid macam tu.

Dia pun asyik pujuk saya ja masa tu.. Akhirnya saya couple balik. Saya tahu Razid baik. Kita boleh rasa orang tu macam mana. Sebab tu saya kawan balik.

Even habis degree, saya masih kawan dengan Razid. Tapi suami saya tak tahu. Hati saya berat nak bagitau dia.

Cuma suami jugak menekan2 suruh terima cinta dia.. Sebab dah habis belajar kan masa tu.

Tapi tak tahu kenapa, hati saya memang tak de perasaan kat suami. Akhirnya saya berterus terang dengan suami yang saya nak kahwin dengan Razid.

Suami agak berang time tu.. Kata saya tipu dia la apa la. First time suami saya mengamuk sakan. Saya sampai takut dengan dia.

Keluarga dia tenangkan dia. Suruh terima kalau tak de jodoh. Lepas tu dia macam ok sikit.

Tapi lama2 tu perasaan saya dekat Razid makin tenggelam.. Saya mula angau kat suami pulak. Mula2 rasa risau kat dia. Fikir dia ok ke apa ke.

Saya mula contact dia. Lepas tu macam rasa bersalah la. Kat office pun saya macam tak boleh focus kerja. Gelisah fikirkan suami.

Lepas tu Razid pun seolah2 macam berubah. Jadi panas. Kami kerap gaduh. Lepas tu putus terus.

Saya bagitau suami saya tak jadi kahwin dengan Razid. Suami terus cakap dia betul2 sayang saya. Nak jaga saya. Saya pun rasa sayang kat suami.

Akhirnya kami disatukan. Sekarang ada tiga orang anak. Selama jadi isteri dia, dia memang seorang yang kuat cemburu dan king control.

Semua tu saya telan fikir ini adalah asam garam rumahtangga. Lain dari tu, saya cuma fikir dia agak protective.

Minyak kereta pun setiap malam dia pergi isi penuh2. Tak nak saya berhenti isi minyak takut orang ngorat katanya.

Dulu dia memang paksa saya berhenti kerja. Siap dia tangung family saya semata tak nak saya guna alasan kena kerja sebab nak bantu mak ayah.

Tapi saya nak jugak kerja sebab kadang2 saya stress jugak dengan dia. Akhirnya dia akur. Tu pun dengan syarat dia hantar dia ambik.

Mula saya ok. Lama2 saya stress. Saya habis kerja pukul 4.30, dia pukul 6 habis. Nak ambik saya dekat pukul 7 baru sampai. Saya kena tunggu sorang2 berejam.

Lepas gaduh2 dia belikan saya kereta. Tu pun sehari 100 kali akan call. Saya hadap ja semua tu. Minyak semua dia isi siap2 macam saya cakap tadi. Dia tak nak saya jumpa sapa2 pun.

Tempat kerja sekarang pun puas dia yang tapis. Dulu semuanya dia reject. Alasan macam2.

Orang lain kerja sebab nak duit, saya kerja sebab nak tenang2. Bila fikir nak balik rumah, ya Allah serabutnya.

Lewat seminit pun, 100 kali dia call tanya dah sampai ke tak. Sekarang hp dah cangihkan. So dia akan video call nak tengok betul ke jem. Saya kat mana. Saya dengan siapa.

Bertahun kahwin pun perangai dia sama ja. Langsung tak berubah malah makin teruk. Mujur ada anak2, hilang sikit focus saya pada dia.

Actually banyak lagi la perangai psiko dia saya telan sorang2. Nak mengadu takut susahkan orang.

Kalau mengadu kat family pun orang just cakap sabar la.. Biasa la. Laki macam tu la.

Akhirnya saya pun dah lali. Tapi berderau hati saya bila dapat tahu dia yang fitnah Razid, dia yang gunakan ubat guna2 pada saya dan Razid.

Semua kejahatan dari awal2 dia yang buat satu2 tuhan tunjuk sekarang ni.

Alasan dia simple ja. Dia buat sebab dia sayang saya. Dia nak jaga saya. Dia yakin tak de orang boleh jaga macam dia.

Tapi kononnya saya lebih percaya Razid yang baru muncul dari dia. So dia tak de pilihan sebab tu pisahkan kami. Semudah tu ja kan..

Sekarang macam mana saya nak hidup dengan orang macam ni. Saya pulak dah macam mental sekarang ni.

Fikir dia buat apa2 aku ke. Letak apa2 dalam makanan ke, sapu apa2 ke. Ya Allah kenapa la berat sangat ujian saya.

Ayah dia senang ja cakap. Benda dah jadi. Anak pun dah tiga. Kalau tak de jodoh semua tu tak jadi jugak.

Maafkan anak dia, dan hidup ja macam biasa. Fikir masa depan anak2. Apa yang suami buat, pandai la dia tangung sendiri.

Senangnya korang ni kan.. Emosi aku mental aku macam mana???

Saya sekarang dah berhari kat rumah mak. Saya macam tak boleh tengok muka suami dah.

Suami saya dok pujuk merayu macam2 la. Tapi hati saya sumpah rasa sangat kosong……………

– Wawa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Manusia ni bila dah terlampau obses dia sanggup buat apa je termasuk guna2..

    Sepatutnya dari awal kau tak layan suami ko lebih2 masa di U .bila dah layan lbh2 timbul harapan.Silap ko juga..sebab tu dlm islam ada garis panduan batasan pergaulan lelaki wanita

    Bercinta pun hukumnya haram kalau ikut peraturan islam.

    Terima sajalah sis ini mgkn kifarah atas semua dosa2 kamu masa melanggar hukum ugama sewaktu di uni dulu..

    Jgn pndg salah suami je pndg salah sendiri juga

    Maaf ya tguran ni pahit tp ubat hati.Kita smua x lari dari dosa.

    Bahaya ada suami spesis kaki cemburu kongkong dan mental ni silap2 dibunuhnya bini kalau nampak berborak dgn lelaki lain.

    Fikirlah elok2 nk simpan ke nak berpisah..demi kesihatan emosi mental awk..skrg Allah dh tunjuk siapa dia..berdoa la minta jln keluar

  2. bila dah tersangkut dgn laki psiko mcm ni, silap silap kalau cerai pun masih diganggu. jangan dia pakai ubat guna2 lg sekali dahlaa sis. semoga Allah lindungi u yaa.

  3. Nak cakap dan kesal benda dah lepas, benda dah jadi dah terkahwin. Sekarang ni memang dah diketahui suami sis jenis orang obses dan possessive jadi kena belajar dan faham macam mana orang jenis ni berfikir.. Risau silap haribulan kalau sis minta pisah pun, dia akan rayu2 dan taknak lepaskan. Sampai satu masa, mungkin trlintas di fikirannya untuk ‘bertindak’, kalau dia tak boleh miliki sis, tiada orang lain boleh. (Harap faham maksid saya)

    Semoga sis tabah dan byk kan berdoa kepada Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *