Aku sedar apa yang aku buat ni memang salah, dan aku tak boleh nak tipu diri sendiri. Aku terperangkap dalam benda yang aku tak boleh nak kawal.
Aku ada wife yang betul-betul sayang aku, yang sanggup buat apa saja untuk aku, tapi aku tetap curang.
Aku tidur dengan ramai perempuan, mostly aku kenal dari dating apps, ada juga officemate aku, tak kurang juga masa night out atau clubbing.
Bukan sebab aku ada perasaan kat dorang, tapi sebab aku nak lepaskan nafsu je.
Kadang-kadang, wife aku dah buat yang terbaik, tapi still rasa tak cukup untuk penuhi semua keinginan aku.
Bukan sebab dia tak cukup bagus, tapi aku rasa ada yang kurang. Walaupun dia dah bagi semuanya, aku still rasa tak puas.
Aku tak boleh nak salahkan dia, tapi entah kenapa nafsu aku datang dengan kuat.
Aku jadi lemah, dan instead of berbincang, aku keluar cari perempuan lain. Aku tahu tu salah, tapi masa tu macam aku takde pilihan lain.
Aku tahu aku dah lukakan hati wife aku, aku tahu dia sayang aku sangat-sangat, dia buat semua untuk aku, tapi aku hancurkan dia.
Aku tak faham kenapa aku jadi macam ni, padahal dia dah cukup sempurna untuk aku.
Tapi sekarang, apa yang aku takutkan bukan cuma hati dia yang aku dah remukkan.
Aku takut dengan dosa yang aku dah buat. Aku takut sangat dengan azab Allah, dan aku tahu aku takkan terlepas. Aku tahu berzina tu dosa besar.
Tapi, walau apa pun, aku still cuba nak berubah. Aku sayang wife aku. Aku kahwin dengan dia sebab dia yang terbaik.
Tapi aku terperangkap dengan nafsu yang aku tak mampu nak kawal.
Aku janji aku akan cuba berubah. Aku tahu susah, tapi aku tak nak terus hidup macam ni.
Aku minta maaf, dan aku harap dia faham. Aku tak nak dia terus menderita. Aku nak betulkan semua ni, sebab aku kesian kat dia.
– Hadi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Layan aje lah nafsu syahwat ko tu sampai tercabut btg kotey k..
Benarlah lelaki ni otaknya dikawal oleh kotey.
Ko la antaranya.Nama aje islam tp panduan hidup lebih drp org kafir.
Rasa berdosa tp masih buat dosa sebab nafsu lbh besar drp iman.
Andaikata tgh berzina tiba2 balik tu mati mengejut?Neraka ke syurga?
Otak ko dah rosak bro
..
Ko kena pi terapi kesihatan dan kaunseling tuk berubah.Sebab mslh ketagihan ko teruk.
Ingatlah zina ni HUTANG.Ko kena tanggung dosa dgn para wanita yg ko pengaruhi/pujuk utk zina tu smpai akhir hayat.Ko igt hati dorg tak luka dipermainkan ko?
Ko kena tanggung akibatnya sampai mati.Hidup dlm sumpahan.
Ada anak esok..Tuhan akan kifarahkan anak ko kena benda sama
Zina ni hutang.
Jumpa kaunseling di klinik kesihatan kerajaan minta nasihat ttg bahaya sex bebas.
Nikmat 10minit merana seumur hidup.
Igt tiap dosa yg dibuat akan dikenakan kifarah kelak..blh jd ko akan kena hiv..
entah lah ek. kau tido dengan ramai perempuan kau cakap kan? kau tak takut ke nanti isteri kau boleh kena sakit kelamin sebab kau? kau kata kau sayang. kalau kau sayang, come clean je lah dkt wife kau. pastu biar wife kau decide, nak stay ke atau nak tinggal kan kau. wife kau ada hak untuk tahu. semoga wife kau berjumpa dengan lelaki terbaik yang betul-betul sayang kan dia.
Ceraikan isteri tu. Ni dah jadi kes menzalimi isteri takut isteri kena sakit HIV nanti. Kalau betul sayang, lepaskan. U sendiri sedar perangai u sendiri yg susah diubah. Nak terus zalimi diri sndiri silakan tapi jangan zalimi isteri tu sekali. Byk2 dekatkan diri dgn Tuhan. Fokus ibadah so takla duk pikir nafsu still tak puas hanya dgn isteri. Cari punca, cek klinik/kaunseling/terapi kenapa bole jadi s*x addict camtu. Mngkin juga ada pil untuk turunkan nafsu.
Potong je konek KO tu. Lps tu biar bini KO plak tinggalkan ko. Pengotor la KO ni…sana sini celup. Semoga dpt HIV la hendaknya
Geli la.
Imagine bini ko pulak jadi bahan pemuas nafsu lelaki lain. Bayangkan mak ko, kakak ko, anak perempuan ko jadi bahan nafsu lelaki lain. Best kan?
Dunia ni memang syurga untuk ko. Nikmatilah puas2. Jangan takut mati. Apadahal masuk neraka je pun.
Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Al-Kaba’ir menjelaskan tentang 15 keburukan zina kepada pelakunya dan seharusnya kita mengambil iktibar dalam perkara ini.
1. Orang yang melakukan zina yang belum pernah berkahwin disebat 100 kali sebatan sedangkan bagi yang sudah berkahwin, direjam sehingga mati.
2. Bagi mereka yang terlepas daripada hukuman dunia dan tidak bertaubat, penzina digantung dengan kemaluan mereka di dalam neraka sambil dipukul kemaluan mereka dengan cemeti daripada besi sambil dicemuh oleh Malaikat Zabaniyyah.
3. Dicabut iman daripada hatinya ketika berzina seperti pakaian yang dicabut daripada tubuh.
4. Allah SWT tidak akan berkata-kata dengan orang tua yang berzina pada hari kiamat, tidak mahu melihatnya dan tidak menyucikannya daripada dosa dan baginya azab yang pedih.
5. Dosa paling besar selepas syirik kepada Allah SWT dan membunuh nyawa tanpa alasan yang hak.
6. Dijadikan bekas seperti ketuhar dalam negara bagi penzina yang sempit bahagian dasarnya dan luar bahagian bawahnya, setiap kali disambar api mereka akan menjerit kerana panas yang melampau.
7. Kemaluan mereka akan berbau sangat busuk sehingga menyeksa penghuni neraka.
8. Iblis berbangga dengan tenteranya yang berjaya menarik manusia melakukan zina hingga menganugerahkan mahkota istimewa kepada mereka.
9. Mendapat tiga keburukan di dunia, dihilangkan seri wajahnya, dipendekkan umurnya dan berkekalan dalam kefakiran.
10. Memperoleh tiga keburukan akhirat iaitu kemurkaan Allah, perhitungan amal buruk dan azab neraka.
11. Dijadikan sebatang sungai dalam neraka yang mengalirkan nanah dan muntah daripada kemaluan orang berzina yang menjadi minuman peminum arak.
12. Dijadikan bagi mereka sebuah lembah di dalam neraka yang di dalamnya ada ular dan kala jengking sebesar baghal yang memiliki 70 duri yang berbisa menyengat penzina selama 1,000 tahun hingga terlerai dagingnya.
13. Dijadikan azab kubur baginya seperti azab separuh umat.
14. Diharamkan syurga buat orang yang berzina sedangkan dia tahu perbuatan itu dilarang.
15. Merosakkan nasab manusia dengan lahirnya anak di luar hubungan perkahwinan.
Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat…” (Surah al-Isra’, ayat 32)
Sungguh mengerikan! Jagalah dan didiklah anak cucu kita agar dijauhkan sejauh-jauhnya dari kemaksiatan ini. Semoga murka dan bala daripada Allah tidak diturunkan ke atas kita atas sebab dosa-dosa segelintir kecil daripada kita. Nauzubillah himinzalik..