Once a Cheater, Always a Cheater?

Assalamualaikum. Aku tak tahu dekat mana nak mula. Tapi bende ni mungkin dah jadi satu luka yang terlalu dalam untuk aku.

Suami aku dulu masa kami dalam fasa bertunang pernah curang sekali dengan aku, tapi curang tu dengan perempuan yang dia kenal secara online tapi guna profile muka model tudung.

Masa kantoi tu, aku punya frust sampai nekad putus tunang. Tapi tu la, nak dijadikan cerita mungkin jodoh tu panjang,

Aku kahwin juga dengan suami aku ni sebab perempuan tu macam wujud dalam alam maya dia sahaja untuk suka-suka chatting. Bukanlah pernah berjumpa atau kenal secara face to face. Aku anggap itu ujian orang darah manis kononnya.

Kemudian lepas perkahwinan aku menginjak usia 5 tahun dan dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, sekali lagi aku diuji dengan kecurangan suami aku dengan bini orang ditempat kerja dia.

Masa kantoi tu, aku sendiri ada rasa bende tak kena dan aku check hp dia sendiri masa dia tidur waktu malam. Nahhhh pegang je HP, wasap masuk “daddy dah tidur”.

Allahuuu rasa pecah dada ni tapi time tu aku cuba bertenang dan cuba kumpul bukti sampai tahu siapa perempuan tu.

Aku pergi jumpa perempuan tu dan mintak maaf cakap, perempuan tu kurang ajar dan nahhh melekap penampar sulung aku dekat muka dia. Puas? ntahlahhh time tu fikir anak2 je jadi selayaknya kau rasa penampar aku ni.

Perkara ni memang sampai libatkan semua keluarga, keluarga aku, keluarga mertua dan keluarga perempuan tu.

Family aku/family mil aku pergi rumah family perempuan tu dan cerita semua kes anak dia dengan suami aku ni, memang keluarga perempuan tu minta maaf dan suruh perempuan tu melutut minta maaf dengan aku.

Suami perempuan tu mana? tak de sebab kerja luar negeri dan aku rasa mungkin jadi rahsia antara mereka je la kes ni. Kalau laki dia tau, ko rasa macam mana kan?

Aku tetap dengan nekad aku nk cerai kononnya, puas mak mertua aku pujuk sampai menangis2 peluk aku supaya aku maafkan anak dia. Aku tetap berkeras hati.

Ayah aku pujuk mak aku pujuk. Aku istikharah dan akhirnya perlahan2 aku lembut hati utk bagi peluang lagi dengan syarat suami aku berhenti kerja dari pejabat tu. Semua demi anak2 yang masih kecil.

Sampailahhhh usia perkahwinan kami 10 tahun, alhamdulillah kami bahagia sebab suami aku ni memang baik orangnya. Bertanggungjawab dan sangat ringan tulang.

Dari awal perkahwinan pon memang dia seorang suami yang baik, solat tak tinggal, urusan anak2 pon memang mudah dengan bantuan suami.

Kerja-kerja rumah juga memang suami banyak uruskan dan itu yang buat aku senang dengan suami dan selalu fikirkan perkara yang baik dia buat untuk aku dan anak2.

Tapi tu la, lemahnya dia dengan 1 hal ni je iaitu perempuan yang suka mengadu domba masalah mereka. Tak tau la itu alasan ke apa tapi puncanya semua bila perempuan suka meluah hal rumah tangga kepada lelaki pastu mudah kasihan pastu kau yang tercedok.

Nak dijadikan cerita, aku dan suami dijemput untuk menunaikan umrah. Memang lama aku impikan nak tunaikan umrah berdua dengan suami dan alhamdulillah DIA jemput kami akhirnya.

Sepanjang disana, tak henti2 aku titipkan doa untuk kebahagian rumah tangga kami berdua, rupanya DIA nak bagitau ujian aku masih belum berakhir. Ya Allah baiknya KAU bagi aku petunjuk di rumahMu.

Selesai menunaikan umrah di Makkah, kami berangkat ke Madinah. Hari kedua ni bumi Madinah yang tenang, ada seseorang yang cuba call whatapps aku bertalu2 tapi aku tak angkat.

Tiba2 aku terima 1 video screenshot perbualan chatting suami aku dengan isteri si penghantar. Allahu, sekali lagi Kau uji aku ya Allah.

Ketika itu, aku sedang berjalan di Masjid Nabawi bersama suami dan keluarga yang lain, rasa goyang dah kaki ni tak mampu nak berdiri dan berjalan bila dapat whatapp tu. Tapi aku gagahi sehingga pulang ke hotel.

Ketika menaip ni pun, aku terasa luka yang terlalu dalam ni berdarah kembali. Sakitnya yaAllah.

Aku cuba bertenang kali ini dan hanya berdiam diri. Aku turun jam 3 pagi ke Masjid, mengadu padaNya. Menangis semahu-mahunya sampai teresak2, tak tau nk luahkan bagaimana. Rasa berderai semuanya sekali lagi. Berat sungguh ujianMu pada hambaMu ini.

Dan siapa sangka, dalam pada tiada rasa sangsi dengan suami tapi DIA nak juga aku tahu apa yang suami aku buat dibelakangku mungkin semuanya kerana DOA AKU MINTA KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA yang tidak henti2 sepanjang aku berada di Makkah.

Mungkin DIA nak bagitau, suami yang kau inginkan bahagia bersama itu sebenarnya masih berlaku curang dibelakangku, jadi bagaimana aku nk perkenankan doamu? Allahhhh.

KepadaNya aku berserah. Tetapkan hatiku. Jika DIA untukku, dekatkan, Tapi kalau dia bukan lagi untukku, jauhkan lahh dia dariku. Itulah doa yang aku titipkan di Raudah, aku doa semahu-mahunya di setiap 3 tiang dalam Raudah yang dapat aku laksanakan solat sunat.

Tiada daya aku ya Allah sungguh aku hambaMu yang lemah. Engkaulah yang maha mengetahui atas segala sesuatu yang engkaulah yang maha berkuasa ke atas sesuatu.

Aku tak tahu aturan apa yang Allah swt berikan untuk aku, balik ke Malaysia dengan tekad utk ke Pejabat Agama, tapi perkara tu masih tak berlaku.

Sehingga ketika ini, cerita di bumi Madinah itu, masih tetap menjadi rahsia kami suami isteri tanpa pengetahuan keluarga kami dan kami masih suami isteri lepas setahun perkara itu berlalu walaupun perit yang aku rasai itu sukar untuk aku lupakan.

Hati aku masih lembut memikirkan kebaikan yang suami aku lakukan kepada aku dan anak2.

Perempuan yang berhubungan dengan suamiku itu telah mengakui perbuatannya dan meminta maaf pada aku dan puncanya masih sama, meluah perasaan hal rumah tangganya pada suami.

Ya Allah aku letih sungguh letih. Kenapa la suami aku ni mudah membuka ruang dan masih tiada kesedaran dengan kesilapan yang lalu.

Aku sekarang? Kembali hidup seperti keluarga lain dan bahagia dengan cara kami. Membesarkan anak2 yang ceria dan anak2 aku sangat rapat dengan ayahnya sebab bagi mereka ayahnya ayah terbaik dalam dunia.

Tetapi jauh disudut hati aku, aku terbeban dan aku rasa insecure yang teramat.

Aku dah tiada kepercayaan pada suami aku dan baru2 ini kami bergaduh besar hanya kerana aku ada trust issue dengan suami aku dan inilah pertengkaran besar yang pertama lepas kejadian setahun lalu.

Ntahlah, aku tak tahu nak buat apa lagi dah. Mungkin sebab berkali-kali aku diuji dengan perkara yang sama sehingga aku berada dalam situasi berperang dengan hati dan perasaan aku sendiri. Aku buntu.

Apa aku perlu buat untuk pastikan perkara ini tidak berulang lagi? Tolonglah aku, boleh ke aku percaya suami aku lagi? Adakah berpisah jalan yang terbaik tapi lepas setahun?

– Bunga Layu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Allahu.. Kami sebagai netizen cuma boleh doakan akk saja. Cuba akk ingat balik, dah berapa kali Allah beri petunjuk yg sangat jelas pada akk berkenaan suami akak. Tapi akhirnya, akk tetapppp pilih jalan utk bertahan. Jadi, kami sebagai netizen cuma boleh doakan semoga akk kuat. Pilihan di tangan akk. Nak ubah nasib sendiri, ya kita sgt2 perlukan Allah. Tapi bila Allah dah beri kita petunjuk, kita sbg manusia perlu bijak memilih.

  2. LOL. Kau bercerai pun, laki kau tu tetap bapa pada anak-anak kau orang. It takes two to tango 💁🏻‍♀️

  3. sebab tu laa kalau sekali laki curangg, kena buang terus. bila simpan mcm ni la jadi. sampai ke tua la dia dok curang kak oi. takde dia u tak boleh hidup ke? suami tu dah tahu curang pi laa 15 kali pun kesudahan nya u ampunkan hahahhahha. jadi bijak boleh kan dah 2025 ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *