Biasa dengar tak ayat ni? Saya adalah antara salah seorangnya. Disebabkan inilah juga, saya dah tak berani nak berkawan dengan lelaki.
Ceritanya bermula masa saya sekolah menengah, tingkatan 3. Ada seorang guru lelaki baru masuk mengajar.
Pada mulanya, saya memang tak ambil kisah sangat sebab dia nie jauh lah dari ciri-ciri lelaki yang saya suka iaitu putih dan tinggi (saya nie sawo matang dan pendek).
Nak jadikan cerita, dia menjadi salah seorang guru penasihat untuk majalah sekolah kami dan saya pun salah seorang ahli baru yang dilantik.
Masa itulah, kami mula berkenal rapat. Kami berhubung seperti guru dan anak murid macam biasa.
Bila masuk ke tingkatan 4, dia menjadi guru BI kelas saya.
Pada mulanya, hubungan kami tak adalah seakrab mana tetapi selepas saya tak hadir ke sekolah selama 2 minggu kerana demam campak, dia asyik sebut nama saya dalam kelas.
Kalau sekali dua oklah, tetapi setiap kali kelas dia, selalu nama saya dipetik. Manalah kita nie tak perasan ya.
Lepas itu, dia kerap juga datang ke meja saya untuk bercakap dengan saya. Sampai satu tahap, kawan sekelas saya pun cakap yang mungkin guru itu ada perasaan pada saya, tetapi saya cuba tak ambil peduli.
Dan ada satu benda yang paling saya ingat, sewaktu kami dalam proses menyiapkan majalah sekolah pada cuti sekolah, dia secara tetiba menanyakan nama akaun facebook saya.
Ingatkan saja-saja tanya, lepas itu dia ‘search’ nama akaun dia di facebook saya dan tambah kenalan. Saya macam tergamam. Kenapa kena buat macam itu ya? Haha.
Selepas itu, kami memang berhubung rapat sehinggalah saya tamat sekolah. Kami selalu chat di FB sahaja, tetapi secara keraplah.
Nak dijadikan cerita, masa saya belajar di matrik, dia tetiba beritahu akan bertunang.
Pada masa itu, hanya satu perasaan je dalam hati dan fikiran ini. Betapa bodohnya aku, yang memikirkan dia itu suka kat aku.
Sedih rasa itu hanya Tuhan je tahu. Saya menangis teruk dan saya berdoa kepada Allah, tutupkan lah pintu hati ini sampai bertemu jodoh yang tepat.
Jadi, memang sampai sekarang saya fobia dan takut nak berkenalan atau berkawan rapat dengan lelaki.
Tipulah kalau tak ada keinginan nak bercinta kan, tetapi nak buat macam mana.
Bila saya teringat betapa sakitnya hati ini bila kita seorang je yang syok sendiri, kekadang mati perasaan nak bercinta.
Mohon semua pembaca doakan saya dapat jodoh di waktu yang tepat ya.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Aamiin
Takpe sis you’re not alone. Saya muda-muda zaman sekolah dulu pun mudah perasan. Perasan orang syok kat saya, perasan orang tak suka saya, perasan orang tengah judge saya (pdahal takde pun haha).. sebab Allah jadikan fitrah wanita ni memang emosi dia lebih dari lelaki, jadi benda2 libatkan perasaan dan emosi dia akan perasan dulu daripada lelaki. Wanita ni pun Allah jadikan mudah tersentuh, berhati lembut, tu sebab senang dipergunakan dan diambil kesempatan.
Tapi pengalaman sendiri (dan orang lain) semakin mematangkan kita semakin kita berusia. Jadi apa2 yang libatkan perasaan ni kena berhati-hati. Jangan lah sampai tak beri peluang kepada diri sendiri untuk berkenalan dengan orang baru, cuma kena berhati hati sajalah dan jangan put high expectation sangat because high expectations lead to higher disappointment.
Semoga datang jodoh yang baik2 untuk sis. Apa2 pn jangan lupa minta Allah lindungi kita dari orang2 yang tak baik. Mungkin guru tu pun bukan orang yg sesuai untuk sis. Dari gayanya dia macam jenis over friendly, mungkin semua anak murid dia add dan chat. Ada perempuan boleh terima, ada perempuan tak boleh terima..