Aurat Birasku II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aurat-birasku/).

Hi, bertemu kembali. Rajin pulak aku mengarang sebab gatal je tangan aku nak balas kat komen komen korang tapi tak terbalas sebab aku risau identiti aku terbongkar. Haha..

Pertama-tamanya, ya birasku asal orang kampung dan mertuaku pon duduk di hulu kampung. Pemikiran masih style lama.

Birasku orangnya diluar tutup litup, jaga solat. Tapi mungkin tak paham ada batas aurat sesama ipar.

Yang kedua, suamiku adik bongsu, jarak jauh umur dengan abang ipar dan birasku.

Kalau nak suruh suami bagitahu abang ipar, aku takut laki aku pulak kena cop “pervert” sebab abang ipar pon tak pernah tegur isteri sendiri menyusu merata-rata.

Yang ketiga, ada yang komen umur 45 tahun tapi laki kau masih terliur. Hmmm mungkin korang tak pernah tengok perempuan umur 45 tp nampak pertengahan 30 an. Orang nya kecil ya.

Kejadian malam masa buka pintu posisi birasku sangat aib. Sambil terbaring di toto, tangan sebelah di atas kepala, sebelah lagi tangan main phone, baju terselak ke atas.

Anak dah lari merata tak menyusu, baju masih belum tutup.

Aku rasa laki laki yang komen “tu pon laki kau naik syeikh” ni kan, kalau dorang tengok perempuan seakan-akan dalam adegan p*rno tapi ni live depan mata agak-agak tak bernafsu ke ek.

Yang ke empat, ada yang komen “kau kena kawal imaginasi laki kau”

Hmm, yang tunjuk auratnya birasku, dia tidur bebetul di pintu keluar masuk, macam mana lah aku nak masuk dalam otak laki aku nak kawal imaginasi dia ek.

Lepastu tak kena pulak aku nak marah laki sendiri sebab orang lain yang buka aurat. Masa aku dan suami tengok tu pon kami tertengok sama-sama dan cepat2 beralih.

Yang kelima, aku rasa aku tak boleh kawal sesiapa pon kecuali kurangkan balik kampung. Sebab nak tegur pon ditelan mati emak, diluah mati bapak. Sebab aku orang baru dalam keluarga.

Aku sendiri belum confront dekat suami aku yang hal ni sangat tak patut. Sebab aku taknak dia fikir aku insecure dengan biras 45 tahun tu.

Cuma alhamdulillah setakat ni kalau suami terpandang, dia akan cepat2 alihkan pandangan. Tapi benda dah tengok…..

Oh ade lg 1 point, anak berusia 4 tahun tu anak istimewa. Tubuh badan pon macam anak 2 tahun belum bercakap. Jadi bab dia masih menyusu aku taknak judge.

Btw, yang komen dah bertahun disajikan adegan menyusu tu wallahualam.

Aku tak berani nak tanya, cukup lah aku tahu 10 bulan aku kawin memang dah disajikan dengan buah terjojol. Nak tanya lebih-lebih aku yang overthinking nanti.

Ade a few langkah yang aku bakal ambil :

1) Kurangkan balik kampung.

2) Kalau balik tak perlu bermalam (sebab kejadian diingini ni selalunya waktu tidur).

3) Slow talk dengan suami, perkara ni tak normal.

4) Bagitahu mertua untuk tegur biras (tapi ni last choice kalau melampau-lampau sebab aku takut bermasam muka).

5) Doa banyak2 supaya anak dia putus susu.

Btw keluarga aku pon sangat menyokong penyusuan susu ibu ni. Tapi kalau kitorang balik kampung (keluarga ramai) yang menyusu wajib tidur dalam bilik. Takde kompromi kalau tak kau dengar lah leteran makcik makcik aku.

– Aku Kelapa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *