Luxury a.k.a Hadiah Birthday

Harini aku nak meluah sikit pasal “hadiah birthday”. Mungkin aku start meminta hadiah birthday masa aku umur 15 macam tu.

Sebelum2 tu aku tak pernah nak meminta dan parents aku tak ingat pun. Wish pun tidak so sebab tu aku demand sikit.

Cuma kalini birthday yang ke-20 aku request nak hadiah without aku kene request tapi macam biasa la mak aku akan mulakan tazkirah dia dengan,

“dulu nenek tak pernah pun bagi ibu hadiah”, “tengok la tu pakcik kau dulu mewah2 sekarang nak bernafas pun susah sebab suka membazir”.

Aku akui mungkin hadiah yang aku selalu minta dengan dia mahal contoh macam jam tangan, kasut jenama. Tapi bagi aku benda tu akan tahan lama & selesa.

Sebelum aku mintak pun aku akan pikir banyak kali. BANYAK KALI. Bukan sekali tengok terus nak.

Cuma tersentap sikit la bila mak aku cakap kitaorang dah terbiasa hidup senang. Cuma nak clarify senang tu dimana?

Nak beli baju dekat padini pun masih pikir2 even orang cakap situ murah, nak beli baju yang harga RM10 pun masih jugak berpikir. Can u imagined that? Nak beli baju setahun sekali pun susah!

Aku even kat uni ni pun nak makan masih catu sebab nak savings. Walaupun orang luar nampak kami mewah suka makan tempat mahal, hakikatnya hanya allah sahaja yang tahu.

Tapi aku rasa sangat terpukul dan sentap sikit bila mak aku cakap, ni tahun last nak request hadiah. Tahun depan takde dah, haha.

Walhal baru je beberapa tahun aku dapat hadiah birthday & cakes. Sebab sebelum2 ni takde pun even satu potong cake ataupun ucapan.

Tapi takpe, aku boleh usaha sendiri dapatkan ape yang aku nak dan tak bergantung dekat siapa-siapa. Dan mungkin aku terlalu manja jugak kot eh.

Doakan aku dapat habiskan diploma dengan cemerlang dan dapat kerja yang bagus untuk aku bahagiakan diri aku.

-insan yang terlalu manja-

– Manja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *