Aib Yang Tersimpan

Assalamualaikum semua. Terima kasih sudi siarkan luahan yang aku pun tak tahu sama ada nak marah, benci, meluat, sakit hati atau dendam.

Kalau kalian di tempat aku, apa yang kalian akan buat jika di posisi aku? Nak jerit, nak berdepan atau nak lari?

Yang pastinya bukan suruh aku bunuh diri la kan. Jatuh kufur nanti, tak bau syurga terus aku ni ha.

Aku ni anak sulung dari tiga orang adik-beradik. Walaupun aku sulung, aku tak pernah rasa diri terabai, dijaga oleh kedua ibu bapa aku. Aku ditatang bagai minyak yang penuh.

Selalunya adik-adik yang akan beralah dengan aku.

Sebagai kakak sulung, aku tak pernah langsung rasa terbeban menjadi seorang kakak.

Kepulangan aku ke rumah memang akan disambut bagai raja. Dulu aku memang bangga sebab apa yang aku buat akan dipuji oleh ibu bapa aku.

Aku ni kira macam role model la untuk adik-adik aku walaupun sebenarnya aku pun perangai hauk.

Sampai satu masa, aku ada rasa “sesuatu” dengan identiti aku sendiri.

Bila aku congak semula, ibu bapa aku bernikah pada bulan Oktober 1985 dan aku lahir pada bulan Mei 1986.

Cuba kalian tolong aku congak, berapa lama aku duduk dalam kandungan mak aku? Sedangkan mak aku tak pernah ada sejarah melahirkan anak yang tak cukup bulan.

Aku tahu, aku simpan sendiri. Sampai hari ini tiada siapa pun yang mahu buka mulut. Aku malas mahu merungkai,

Dan aku pasti ibu bapa aku pun memang sengaja mahu rahsiakan sampai salah seorang dari kami mati, supaya apa yang mahu dirahsiakan tetap menjadi rahsia.

Yang sakitnya aku. Dinikahkan oleh bapa sendiri sedangkan aku adalah anak yang tidak sah taraf.

Apa pendapat kalian? Salahkah aku untuk rasa sakit, sesakit ini?

– Penapatah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Kak, kena tanya.. Hal macam ni tak boleh buat main.. Kalau betul ko anak tak sah taraf lepastu dinikahkan pulak oleh bapak.. Pernikahan tu x sah.. Sedih tu sedih la.. Tapi hukum xleh buat main

    • betul, baik tanya pada emak dulu, jangan fikir bukan-bukan. Kot2 mak lahir tak cukup bulan ke? duk wad lama ke ape ke.. biasa la kalau mengandung ni yang sihat pun ada macam-macam komplikasi.

  2. Awak kena jgk brterus terang dgn mak atah awak ttg ni. Takkn org tua punya khilaf, anak pun turut teruskn kekhilafan yg sabitkn hukum Allah. Tolong bawak bincang hal ni dgn segera. Klau x yakin, minta bantuan saudara mara yg ada ilmu agama, yg boleh simpan aib keluarga.

  3. actually tak pelik pun, Oct ke Mei ada (8 bulan) then tempoh berapa bulan pregnant bergantung pada bulan last mak you datang bulan (period) and memang ada je orang tak cukup bulan delivery pada 8 bulan. Kalau taknak pening fikir direct je tanya, bersusah payah je fikir stress stress at last jawapan dia tu tak macam difikirkan.

    No hate, just my opinion. TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *