Ultraman Yang Kompleks

Assalamualaikum/salam sejahtera buat pembaca semua. Aku tak reti nak bermukaddimah panjang berjela. Sebelum apa-apa, aku nak bagitahu confession aku ni adalah boring dan bakal membuang masa pembaca.

Tujuan aku tulis ni adalah untuk melepaskan rasa di hati. Aku tak boleh nak up status di media sosial aku sendiri sebab banyak saudara mara aku yang melihat. Nak cerita kat kawan pun aku tak pandai nak mula macam mana. Tak terzahir dimulut sebab aku kan ultramen.

Aku merupakan wanita bujang, awal 40-an. Belum pernah berkahwin. Ada pengalaman bercinta 3 kali sahaja sepanjang hidup aku ni. Tu pun bercinta senyap-senyap dan tak lama. Aku ni kategori perempuan yang tak ada rupa dan tidak menarik (gempal, hitam, berparut jerawat dan tak feminin).

Latarbelakang keluarga aku pulak, mak dah lama meninggal dan ayah pulak memang dah kahwin lain masa aku kecik. Dia duduk dengan keluarga baru dia. Jadi bila mak dah meninggal, aku dan adik beradik hidup sendiri, kami atur kehidupan masing-masing sehingga semuanya berjaya tanpa kehadiran seorang ayah.

Jadi disebabkan keadaan dan sejarah lampau hidup aku yang disebutkan, aku ada masalah keyakinan diri dan hilang kepercayaan untuk menjalinkan hubungan sesama insan. Yelah, aku ni serba kekurangan, sejarah keluarga beraktakan tak cukup kasih sayang mak ayah, hidup pun seadanya sahaja.

Aku ni teringin je nak kahwin tapi takut dan tak yakin. Pertama kali bercinta adalah dimana aku berada dalam umur pertengahan 20-an. Aku gelarkan calon suami tak jadi yang pertama ni sebagai Mr. O.

Pernah aku tanya, ada apa dengan diri aku ni yang dia berkenan padahal aku ni buruk. Jawab Mr. O, dia cakap aku ni membahagiakan walaupun kadang-kadang aku memeningkan kepala dia.

Aku sayang juga Mr. O ni tapi disebabkan aku baru mula kerja jadi aku tak rasa nak serius dan anggap tu semua hanyalah mainan cinta muda mudi. Kadang -kadang aku fikir, entah-entah dia hanya nak main-main kan aku agaknya sebab aku dan dia bagaikan langit dengan bumi. Tak mungkin orang sehandsome pelakon Amar Bahrain boleh suka aku yang macam cekodok pisang ni.

Mungkin juga sebab hanya aku je sorang je perempuan masa tu yang dia selalu jumpa di tempat kerja. Kalau ada perempuan lain, mesti dia tak pandang pun aku. Dipendekkan cerita, aku ambik keputusan tukar tempat kerja jauh dari dia.

Bermula kisah di tempat kerja baru, setelah beberapa tahun, kisah bercinta di tempat kerja terjadi lagi. Aku namakan calon suami tak jadi yang kedua ni sebagai Mr. S. Kali ni mencabar sikit sebab baru je bercinta dah diajaknya kahwin. Tapi aku rasa, kami tak cukup mengenali satu sama lain untuk meneruskan perhubungan ke jinjang pelamin secepat itu.

Aku rasa aku ni manusia bertopeng. Yelah, apa yang aku paparkan masa bekerja mestilah yang baik-baik aje. Jadi aku mintak masa untuk kenal hati budi dengan lebih mendalam. Aku taknak nanti masing-masing kecewa dan menyesal bila dah kahwin nanti,

Tapi Mr. S ni taknak tunggu lama-lama sebab dia cakap dah lama dia perhatikan aku sepanjang kami kenal dan itu dah memadai untuk dia. Lagipun, umur aku dah nak masuk 30-an, dah tak cukup masa katanya.

Aku pun dengan tak fikir panjang, terus cakap aku tak ready nak menempuh kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu walaupun umur aku dah banyak. Aku taknak tersalah langkah dek kerana tergesa-gesa mengejar dateline “nak kena kahwin”.

Long story short, aku berpindah tempat kerja di syarikat lain. Kami move on dengan kehidupan masing-masing dan dia pun tak sampai setahun kemudian dah berkahwin – end of the story between Mr. S.

Awal 30-an, kawan-kawan aku semua majoritinya dah berbahagia dengan pasangan masing-masing dan beranak pinak. Aku okay je tengok orang lain bahagia tapi masa ni aku stress bekerja jadi aku perlukan kawan untuk bersembang.

Aku taknak lah selalu kacau kawan-kawan yang dah berkeluarga kan. Kat tempat kerja pulak dah tak macam dulu, aku dah tak rileks menyembang sebab aku dah letak boundary. Maklumlah semuanya laki orang kat tempat kerja. Jadi aku pun mainlah dating apps.

Melalui dating apps ni lah yang menjebakkan diri aku dengan yang ketiga ni. Tapi yang ketiga ni nak kata bercinta sangat tu macam tak jugak. Sebab kami hanya chat melalui whatsapp dan call sahaja.

Aku kan cuma nak menghilangkan stress dan sunyi jadi aku anggap yang ketiga ni sebagai kawan aje (aku namakan dia sebagai Mr. M). Mr. M ni aku dah bagitau siap-siap yang aku hanya nak berkenalan tanpa perlu bertemu secara zahir dan hanyalah sebagai kawan sahaja dan dia pun okay dengan kehendak aku.

Maka dengan itu, aku pun berkawan lah dengan Mr. M. Kami selalu on the phone tak kiralah pagi, petang atau malam. Sembang macam-macam hal dari bab dunia sampai lah hal-hal personal. Walaupun tak pernah berjumpa, tapi segala hal family dia aku tahu, dan segala hal family aku dia tahu.

Mula-mula tu macam skeptikal jugak lah, kot kot dia scammer ke apa ke. Tapi Mr. M ni memang genuine profile sebab dia duduk daerah bersebelahan aku dan kami bekerja di dalam satu bidang yang sama jadi aku memang tahu apa yang dibualkan itu adalah benar dan secara kebetulan, kami pernah bekerja untuk client yang sama.

Makin hari makin rapat sampai terdetik di hati aku “mungkin ni lah jodoh aku kot”. Aku pun rasa Mr. M ni lelaki yang baik sebab dia tak ada nak merepek memintak yang bukan bukan dengan aku sepanjang berkenalan tu. Dah dekat nak setahun, Mr. M ajak berjumpa. Katanya, takkanlah aku tak cukup selesa lagi untuk keluar bersemuka dengan dia.

Aku jadi tak tentu arah sebab aku memang dah mula rasa berbelah bahagi sama ada aku anggap dia ni hanya sebagai kawan atau sebagai calon suami. Aku cakap aku taknak jumpa sebab sibuk (kebetulan masa tu aku dinaikkan pangkat ditempat kerja baru). Dia pun tak memaksa dan perhubungan diteruskan seperti biasa.

Tak lama kemudian, Mr. M ni berterus terang yang dia nak kenal aku dengan lebih real dan nak ajak aku kahwin. Aku tahu, aku seharusnya patut bersyukur sebab masih ada orang ajak untuk berkahwin ketika usia aku tak lagi muda belia dan dahlah aku ni tak cantik mana. Tapi aku ni ada satu lagi masalah yang lebih besar pada masa tu. Aku ada modern mid-life crisis. Aku self- doubt.

Aku rasa aku tak layak untuk masuk kedalam keluarga Mr. M ni. Aku ni insan serba kekurangan dengan sejarah family yang tak memberangsangkan. Aku rasa diri aku ni masih terumbang ambing. Lagipun, aku ni hanyalah pekerja syarikat swasta.

Aku belum ada kewangan yang stabil, just in-case kalau apa apa jadi dalam perkahwinan nanti, aku nak survive macam mana dengan anak-anak. Betapa advancenya otak aku, terus ada anak kalau dah kahwin kan? Tapi tulah yang aku pikirkan bila trauma melihat pengalaman hidup mak aku membesarkan aku dan adik-adik sendiri selepas bercerai.

Aku risau sebab aku bukan kerja gomen. Kalau kena terminate tiba-tiba atau kontrak tamat macam manalah agaknya, macam masa krisis covid melanda dulu. Makanya, aku pun dengan berat hati bagitahu Mr. M yang aku taknak dah kawan dengan dia. Kononnya aku tak mampu nak bagi perhatian sebab aku makin sibuk semenjak dah jadi boss.

Dindong dindong, umur aku dah pertengahan 30-an dan semakin menghampiri 40-an. Masa ni, bila balik kampung je memang saudara mara aku dah tak tanya dah aku bila nak kahwin.

Ha’ah. Memang diorang tak tanya dah, tapi ada satu masa ni makcik aku hat yang “lorat” telah bertindak lagi advance, main terus matching-matchingkan aku dengan sesiapa yang single kat kampung tu. Main passing-passing kat calon yang dia taknak buat menantu, hat takmau buat menantu dia tu, dia bagi kat aku.

Wallawehh mengamuk lah aku masatu dan ketika itu aku declare yang aku memang tak ada rasa nak kahwin kat saudara mara aku. Aku cakap tak usah pening-pening memikirkan jodoh aku dan jangan lah rasa bertanggungjawab nak kahwinkan aku. Aku tahu jaga diri sendiri.

Semuanya ok lah selepas tu dan makin lama makin banyak sepupu aku berkahwin. Dan setiap kali kenduri kendara di kampung, memang aku lah antara tenaga kerja yang menjayakan majlis sebab I is bujang dan berdedikasi.

– Ok, cerita ni belum sampai klimaks tapi dekat dah. Bersabar sikit lagi ya wahai pembaca. Part yang ni aku tak tahu nak masukkan cerita dia macam mana sebenarnya. Tapi aku cerita jelah.

Ada satu hari ni, aku balik kampung dimana kami berkumpul ramai ramai untuk satu majlis. Seperti kebiasaannya, aku sebagai orang penting majlis memang senantiasa menjalankan tugas sampai berpeluh-peluh ketiak masam.

Tapi ada masanya berjaya juga aku curi lepak lepak minum dibahagian corner ruangan rumah kampung sambil main telefon. Tiba-tiba seorang sepupu lelaki yang tua dari aku datang dan duduk sebelah aku.

Aku panggil dia R. Dia ni macam biasa lah memang suka sembang sembang ngan aku. Kami memang kecik kecik dulu memang kalau balik kampung je akan bermain sama sama. Rumah kami memang dekat je dengan kampung. Kalau dengan sepupu perempuan yang lain R ni rajin jugak bersembang aku tengok, tapi tak macam dengan aku.

Dengan sepupu yang lain R ni sopan/behave sikit tapi kalau dengan aku, R ni ada sikit kurang asam sebab suka membahan aku. Bila datang duduk sebelah aku masa tu, aku tengok muka R macam serius sikit tak macam selalu aku jumpa. Aku tanya lah dia tak sihat ke? R cakap semua okay je.

Sembang punya sembang, tiba-tiba R ni tanya soalan yang membuatkan aku terdiam. Soalan pertama “betul ke ko taknak kawin?” Aku jawab tapi lambat sikit sebab aku speechless dengan R ni punya soalan, “bukan taknak kawin, tapi belum ada rasa nak kawin”. Bila macam tu, R pun angguk angguk je.

R tanya aku lagi “kalau ko nak kawin, ko nak kawin dengan lelaki macam mana? Bila ko nak kawin? Mesti ko nak orang kaya kan? Ko betul betul takde boypren ke atau ko taknak bagitau orang ko ade boypren? Kalau ko takde boypren, kalau orang nak ngan ko, ko nak tak ngan orang tu?”

Bertubi-tubi soalan R ni macam bagi pop kuiz dalam tempoh masa 5 saat. Dalam hati aku masa tu mak aih gile punya soalan dia ni tanya. R ni masih lagi duduk di situ dan aku nampak dia tengok aku tak lepas sebab menunggu jawapan aku.

Aku tak suka dia tengok aku dalam keadaan aku yang tengah berjoyah comot cenggitu tu. Yelah tudung senget benget muka berminyak sebab aku kan ultramen yang sedang berjuang bila kat kampung.

Aku pun cakap, “entahlah, aku pun tak tahu. Aku kan dah cakap, tak rasa nak kawin lagi” dengan muka aku yang serius sebab aku nak tunjuk yang aku anoyying dengan soalan dia. Lepas dari tu, aku buat buat sibuk konon nak pergi kutip pinggan mangkuk untuk dibasuh.

Entahlah kenapa aku rasa jantung aku berdebar debar masa tu. Aku pun blah je tinggal R tu terkontang kanting kat situ. Lepas dari tu aku tak nampak bayang R ni sebab aku terus nak balik sebab esoknya aku kerja. Bulan berganti bulan, aku balik kampung lagi untuk majlis lain. Jumpa lagi la dengan si R ni. Dah majlis anak beranak mesti lah jumpa kalau ada balik kampung tu.

Tapi kali ni, R ni dah tak mencari aku macam selalu aku balik kampung. Aku tengok dia dari jauh, dia pun tengok je aku dari jauh. Aku pun biarkanlah, aku pikir mungkin sebab R masih terasa hati sebab last time aku tak endahkan dia haritu.

Masa makan makan pun selalu dia akan duduk kat meja aku tapi kali ni, dia makan sama sama dengan sepupu yang lain. Waktu dah habis majlis pun dia takde pun nak datang kat aku.

Kalau tidak sebelumnya, bila dah habis majlis/kenduri selalu dia ajak pergi ronda ronda kampung lah apelah. Aku je malas nak layan sebab aku segan. Walaupun dengan sepupu sendiri dan kami masih single mingle, aku rasa macam inappropriate nak keluar macam tu sebab masing-masing dah tua patut tahu batasan mana yang ok mana yang tak ok.

Aku pun segan nak merapat rapatkan diri aku sebab nanti orang cap aku menggedik dengan lelaki, dah lah mak bapak takde lagi nak buat perangai?.

By the way, sepupu aku tu handsome yakmat sampai banyak juga orang kampung datang merisik dia nak buat menantu lelaki. Dia ikut genetik bapak nya putih melepak kulit mulus licin kalah kulit perempuan. Rupa OK, kerja OK, attitude pun OK – selalu tolong makcik aku a.k.a mak dia masak dan buat kerja rumah sebab anak tunggal, tak merokok, take care mak ayah dan beradab dengan orang tua.

Aku pun tak tahu nak betulkan keadaan macam mana jadi aku pun buat hal sendiri je. Cuma masa aku nak balik tu, ada lah terpandang muka dia dan dia pun terpandang muka aku. Kami Cuma senyum je tapi aku rasa krik krik krik nak mati. Tapi at least, adalah improvement dari perang dingin yang tak ketahuan tu pada aku. Aku pun jalanilah kehidupan seperti biasa.

Tak semena mena satu hari tu, makcik yang rapat dengan aku ada call, nak bergossip katanya. Aku pun ok je lah. Makcik aku tu pun bagitau yang si R ni nak bertunang.

Aku pun terkejut tapi aku rasa happy lah akhirnya R ni kahwin jugak sebab kami semua tertunggu tunggu siapalah gerangan wanita yang bertuah yang dapat R ni. Aku dengan excitednya cakap “uishhh sapelah awek dia tu, anak tok penghulu mana?”

Makcik aku tu pun bagitahu R nak bertunang dengan N. Aku pun terpempan. N? N ni adalah sepupu aku yang muda sikit dari aku. Aku belum sempat cakap apa lagi makcik aku bagitahu, mak si N ni yang nak satukan N dengan si R, yelah masing masing dah atas 30-an.

Mak R ok je, dan R pun ok je sebab dia tak ada siapa siapa. Makcik aku tu pun cakap sebelum tu dia ada bersembang dengan si R tanya pasal bila nak kahwin, calon kan ramai, pilih je yang mana rasa sesuai tu jangan pilih lama-lama.

R jawab “memang banyak calon nya, tapi tak rasa sesuai. Yang rasa sesuai tu, dia pulak taknak kat saya cakap taknak kahwin lagi”. Masa aku dengar makcik aku cakap tu, rasa nak luruh jantung. Aku pun iye iye kan aje gossip gossip seterusnya dan habiskan perbualan dengan gelak yang dibuat buat.

Entah lah kenapa aku rasa perit sangat masa tu. Aku pun tak faham diri aku kenapa. Makan tak lalu, kerja pun terganggu sampai big boss tanya kenapa aku macam tak ada mood masa kerja, selalu happening, ni suram muram je. Ada jugak satu petang tu aku keluar pergi tengok matahari terbenam sambil dengar lagu Siti Nurhaliza sambil nangis. Aku pun tak tahu punca kenapa. Takkan la aku suka sepupu sendiri, ewwwww.

Tapi dalam sebulan dua jugak lah aku macam tu. Makin lama makin teruk aku rasa, jadi aku pun ambil keputusan nak sambung short course kat luar negara. Keputusan tu sangat drastik dan mengejutkan family aku semua tapi tak ada apa apa lah diorang tak fikir apa sebab aku kan memang suka buat gila – gila.

Pada masa yang sama majlis tunang merangkap nikah R dan N pun dibuat secara tertutup dan dihadiri oleh pakcik makcik pangkat tertinggi aku sahaja. Tak perlu dihadiri sanak saudara yang lain-lain. Yang lain-lain boleh datang masa majlis kenduri bertandang kata makcik aku a.k.a mak si N.

Maka selamatlah R dan N bernikah dikala aku sedang sibuk menguruskan sebahagian proses mendaftar short course di luar negara tersebut di agensi tempatan.

3 hari sebelum aku berangkat ke luar negara, adalah majlis kenduri besar besaran R & N. Semua balik ke kampung ye lah, majlis 2 in 1.

Oh, lupa aku nak bagitahu, mak si N tu adalah makcik aku yang lorat dok passing -passing aku kat orang lain tu. Mak R, N dan arwah mak aku adalah adik beradik (done clarifying). Masa majlis berlangsung, aku duduk di meja paling jauh dari pelamin. Aku makan segala jenis lauk pauk, kuih muih, hidangan kenduri tak pedulikan sekeliling. Yelah nanti lama tak jumpa masakan Melayu.

– Aku tak dapat nak elaborate kejadian masa majlis ni sebab aku macam hilang ingatan details hari tersebut selain aktiviti aku makan dan makan dan makan.

Pada hari aku fly, family besar kami hantar aku ke airport. Semua nya ada, termasuk lah si R, N, mak si R, mak si N. Aku pun ok je lah, aku kan ultramen. Aku pergi dengan seribu satu rasa tapi dalam flight aku boleh je tidur sampai ternganga ngaga. Mungkin masa tu aku letih sangat agaknya.

Masa aku baru sampai luar negara, aku berazam untuk mulakan hidup baru. Jejak je tanah british aku dah berazam aku nak cari mat salleh nak jadikan boyfriend. Tapi sampai kesudah aku tak dapat sebab aku asyik berkumpul dengan orang Malaysia.

Sepanjang tempoh tu, aku telah melalui fasa fasa emosi yang pelbagai. Sedih, terkilan, kelakar, marah, denial, macam-macam. Masa tu lah masa aku proses perasaan sebenar aku. Ya, aku memang ada hati kat R sebenarnya. Mula-mula tu rasa macam geli je ade perasaan kat sepupu sendiri, in denial weh aku.

Bila aku dok fikir apa sebab penyebab nya, aku rasa mungkin sebab aku ada sejarah kehidupan dimana aku membesar secara tak langsung dengan si R ni.

Dari kecik dia dah tahu family background aku macam mana, perangai aku macam mana, segala kekurangan aku dia dah sedia tahu – aku agaklah.

Tapi aku ada jugak fikir, betul ke aku orang yang dia nak tu? Entah entah aku je yang perasan. Buat malu je kalau tak betul. Tapi aku sedikit kesal dan terkilan dengan diri aku sendiri. Kalau lah aku jawab betul betul masa dia tanya soalan pada hari keramat tu, mungkin story ni akan jadi lain.

Aku dah ada jawapan untuk segala soalan R. Aku hanya perlukan orang yang boleh buat aku menjadi diri sendiri, yang aku tak perlu malu dengan seajarah kisah silam hidup aku. Aku nak orang yang nakkan aku dengan ikhlas.

Tapi kelakar jugak aku ni. Sebab aku hanya fikir aku nak apa lepas dari peristiwa ni. Dalam tak sedar dibaluti perasaan, dah sampai masanya untuk pulang ke tanah air. Aku rasa aku dah normal semula.

Maka baliklah aku dengan satu penambahan skill certificate lagi (yihaaa… dapat makan lontong dah). Masuk hari kelapan aku balik Malaysia, aku pergi la melawat rumah makcik yang aku rapat sikit di Selangor maklumlah nak bagi buah tangan.

Nak dijadikan cerita, sebelum aku nak naik kereta nak balik Johor, ternampak la satu kereta ni jugak dok perlahankan kereta ke tempat parking aku tu. Rupanya si R dan family baru dia datang jugak rumah makcik aku tu lepas balik AEON. Diorang memang dah kerja area situ jugak rupanya. Aku pun happy lah jumpa sebab dah lama tak jumpa kan. Macam Allah dah atur semuanya.

Makcik aku dan si R ni ajak masuk rumah sembang-sembang lagi cakap jangan la balik dulu sebab baru jumpa. Tapi aku mintak diri jugak sebab cakap ada hal lain dah janji dengan orang lain. Jadi aku pun balik lah semula Johor dalam satu hari tu jugak.

Drive sehari suntuk pun aku rasa aku ok je. Tak penat pun. Aku kan ultramen. Ye lah, aku masih ultramen lagi sebenarnya. Masa aku nak tidur malam tu, aku rasa macam nak apply kerja di luar negara migrate sana pulak. Sebab aku kan dah biasa jadi ultramen, mesti la nak upgrade diri ni, dah masuk 40an kot.

Aku harap kalau aku migrate sana aku boleh bertukar jadi power rangers pink pulak. Korang rasa macam mana? Patut ke aku migrate sebab aku nak jadi power rangers pink? – Terima kasih sebab sudi baca dan minta maaf sebab dah buang banyak masa korang.

– ULTRAMEN Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Begitulah kak. Kalau berjodoh dari luar angkasa dan dari dalam laut berjumpa jugak. Sy paham akak sebenarnya rasa terkilan dan mula pikirkan kalau lah itu kalau lah ini. Percayalah,, semuamya dh tertulis. Berdamai dengan takdir. Bukan mudah tapi kalau percaya apa yang terjadi sudah tertulis insya allah hati rasa tenang. Dan good luck in your future endeavours 🥰

  2. otomen, ko mmg perempuan yg workaholic sebenarnya. kerja bagus, rumah kereta tanah semua dh kumpul x? elokla, ko migrate dari duk Malaysia kang tak abes2 kena kenen2kan.
    tp duk luar negara tu, kena beringt selalu. harap, ko dpt apa yg ko cita2kan, mcm best je flow perjalanan hidup ko nih. semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *