My Bro, My Hero

Assalamualaikum. First of all nak ucap tahniah kat admin sebab berjaya wujudkan page macam ni. Aku selalu stalk page ni dan kebanyakan cerita2 confessor memberi pengajaran. Yang baik korang ambil lah, dan yang keruh2 tu korang jadikanlah teladan.

Sebagai pengenalan, aku bukanlah penuntut UIA. Tapi, aku seorang mahasiswi di salah sebuah Universiti Awam. Aku anak bongsu drpd 3 beradik. Kali ni aku nak story sikit pasal abang aku yang sulung.

Dulu masa kecik2 ibu pernah cerita yang ada orang pernah hina abang. Dia cakap yang abang pakai baju 3 sepuluh ringgit. Guess what, yang cakap tu dalam kalangan kerabat kami jugak. Boleh kata yang dalam keluarga dia agak berada lah(tapi tu dulu). Ibu cerita yang ibu kecik hati. Tapi ibu taknak besar2kan. Taknak gaduh2. Sekarang ni aku tengok orang yang hina abang aku tu hidup dia dah tak sesenang dulu. Anak2 dia pon mcm abaikan dia. Lepastu ibu cerita jugak masa kecik2 abang pernah kena pukul. Masa tu pakcik taknak hantar dia pergi sekolah. Tapi dia degil, dia nak pergi jugak. Tapi takde orang yang kesiankan keluarga kitorang masa tu. Last2 abang yang kena pukul.

Dulu ayah tak mampu nak beli kereta. Ibu dengan ayah aku kerja jauh. Lebih kurang 50km. So , ayah akan ulang alik ambek ibu tiap hari. Lepastu ayah akan bawak abang naik motor sekali. Bayangkanlah naik motor bertiga. Ayah pernah cerita yang abang selalu tertidur atas motor. Haha kesian abang.

Masa abang sekolah menengah pulak, ayah tak dapat nak hantar abang pergi dengan balik sebab ayah kerja. So abang akan jalan kaki. Lepastu form 3 pulak dah upgrade sikit. Dia naik basikal. Pernah la basikal dia kena curi. (Basikal abang yang kena curi tapi aku yang menyumpah nyumpah pencuri tu. Lol). Hari2 kalau dia balik dia mesti berpeluh. Penat. Ye lah , nak pergi sekolah pon bukannya dekat sengat. Nak naik bukit turun bukit bagai.

Dekat zaman universiti pulak , abang aku tak bawak kenderaan. Tak mampu nak beli. Dia selalu pergi kelas naik bas. Dia cakap kalau dia pergi training polis dia akan jalan kaki. Exercise katanya. Tapi aku tahu yang dia tak nak susahkan orang. Dia selalu kata, kita kena belajar hidup susah.

Masa haritu aku nak sambung degree, dialah yang tolong ibu ayah top up kan duit yuran aku. Padahal masatu dia tengah sambung master. Aku tahu student ni mana ada duit sangat. Duit cukup untuk makan sendiri je. Tapi dia tolong jugak.

Alhamdulillah, sekarang ni dia dah jadi jurutera. Dia selalu pesan, hidup jangan berkira sangat. Kalau orang susah, tolong. Hidup jangan nak senang je. Belajar dari bawah , baru kita dapat rasa kesusahan orang. Dan, tak lama lagi dia nak bawak bakal kakak ipar balik rumah. Hahah. Korang doakan eh supaya dia dapat isteri yang solehah. Yang boleh jaga dia dunia akhirat. In syaa Allah.

– Adik abang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit