Bila Adik Sendiri Dah Tak Kenal Tuhan

Kadang-kadang, I termenung sorang-sorang, fikir apa lagi yang I boleh buat. Dah berapa kali I nasihat, dah berapa kali I doa… tapi dia tetap sama. I dah letih, tapi I tak boleh berhenti. Sebab dia adik I. Macam mana pun, dia tetap darah daging I.

Dia bukan budak jahat. Orang luar mungkin nampak dia liar, tapi hakikatnya, dia adik lelaki paling baik yang I pernah ada.

Dari kecil sampai sekarang, dia tak pernah kurang ajar dengan I, tak pernah tinggikan suara. Kalau I perlukan someone to talk to, dia ada. Kalau I tengah down, dia first yang perasan. Lembut je suara dia tanya, “Are you okay?” I tahu dia sayang I, sama macam I sayang dia.

I dah sedar benda ni lama. Masa dia belasan tahun, I pernah terjumpa condom dalam drawer dia. Masa tu, I blur. Tak tahu nak react macam mana. Terkejut, tapi at the same time, hati rasa berat, tapi I diamkan. I cuba convince diri sendiri, mungkin I overthink.

Tapi lepas tu, makin banyak benda yang buat I tak boleh nafikan lagi. Pernah satu hari, dia balik dengan lovebite kat leher. Bila I tanya, dia buat bodoh..

Dia tak pernah rasa bersalah dengan apa yang dia buat. Bagi dia, “My life, my choice” Weekend, jarang ada dekat rumah. Kalau bukan club, mesti lepak house party.

Balik dekat Subuh, sisa bau rokok, alkohol, perfume perempuan masih melekat atas badan dia. I tahu dia guna dating apps, cari perempuan untuk short-term fun. Tukar partner macam benda tu normal.

Dah berkali-kali I nasihat. Sampai I letih. Tapi dia tetap tak berubah. I benci apa yang dia buat, tapi I tak mampu benci dia. Dia tetap adik I.

I rindu adik I yang dulu, masa dia kecil, innocent, jiwa masih bersih. Tapi sekarang? Setiap kali I tengok dia, kasih sayang I bercampur dengan marah, sedih, kecewa, dan takut. Semua dalam satu rasa yang I sendiri tak tahu nak explain.

Tapi yang paling buat I risau bukan sekadar lifestyle dia, tapi duit dia. I tahu dia jenis yang rajin cari duit sendiri.

Dari dulu, dia buat macam-macam kerja—tutor Add Math untuk budak SPM, modelling untuk commercial ads, produk skincare. Pernah buat part-time jadi waiter/barista. Apa saja kerja dia buat.

Dulu I bangga tengok dia usaha sendiri, tapi sekarang? dia masih student, degree pun belum habis, tapi gaya hidup dia mewah. Duit dia tak pernah putus. Makan tempat mahal, shopping suka hati.

Tiba-tiba ada duit masuk dari akaun yang tak dikenali. I takut. Takut dia buat benda yang salah, benda yang I sendiri tak sanggup bayangkan.

Banyak kali I menangis dalam solat, doa supaya dia berubah. Tapi makin lama, makin rasa macam doa I tak sampai. Sampai bila I kena bertahan? Sampai bila I kena berharap tanpa nampak harapan? I patut teruskan nasihat, atau biarkan je dia hanyut?

Kadang-kadang I fikir, kalau dari dulu dia dapat lebih perhatian, lebih kasih sayang, lebih guidance, mungkin dia takkan jadi macam ni. Mungkin dia akan cari kebahagiaan dengan cara lain.

Tapi semua tu cuma andaian. Hakikatnya, dia dah jauh. Dan I tak tahu macam mana nak tarik dia balik.

I sayang dia. Tuhan saja tahu macam mana sayangnya I pada dia. Tapi I juga takut. Takut satu hari nanti dia jatuh terlalu dalam, dan bila dia sedar, semuanya dah terlambat. And by that time… I tak boleh buat apa-apa lagi.

– Lisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Rata rata manusia rosak akhlak akibat adanya medium media sosial dating apps.Ini hakikat nyata lagi pedih.

    Berapa ramai rumah tangga Punah ranah akibat pasangan berjinak2 main dting apps yg berakhir dgn curang..zinah..nauzubillah

    U dah nasihat adik u..u have done your part.Its ok..let go dia..tgk sejauh mana dia boleh pi.

    Jgn benci dia..yg salah cuma perlakuan dia..dia dah salah pilih circle tu psl rosak…bkn senang nak patah balik sebab dia dah rasa seronok nikmat

    Percayalah 1 masa nanti akan ada 1 peristiwa terkena pd dia masa tu hatinya akan dibuka jln utk berubah.Manusia biasanya cmtu

    Skrg u buat x tahu je…anggaplah adik u tu setan jelmaan manusia yg dah telan fitrah sebenar adik u…..

    Masa akan menentukan..trust me

  2. Salam, keep strong kak dan tetap nasihatkan dia..Mana tau suatu hari nanti Allah SWT bukakan hati dia untuk berubah. Doa yang akak panjatkan tu, Inshaa-Allah, Allah akan makbulkan. Kalau x sekarang, mungkin nanti. Mungkin waktu yang sesuai. Ingat, Allah adalah sebaik-baik perancang atas segalanya. Semuanya milik Allah dan kita ni pun milik Allah.

    Segala yang berlaku ni mungkin ujian buat kak Lisa dan adik kak Lisa. Ujian untuk mengajarkan akak lebih sabar, kuat dalam membimbing adik kak, ahli keluarga sendiri. Memang kita mampu nasihat, tapi kita kena percaya, kpd kuasa Allah SWT, sbb tiada yang mustahil kerana Allah yang pegang hati semua manusia. Mungkin Allah nak hapuskan dosa melalui ujian ini. Ujian ini mungkin tanda atau kasih sayang daripada Allah dan nak angkat derajat Kak Lisa dan keluarga di Syurga nanti…Inshaa-Allah, aamin…

    Dan ini jugak mungkin ujian buat adik kak Lisa, mungkin segala kemewahan yg adik akk dpt tu istidraj/ujian daripada Allah, jadi sbgai kakak, kak Lisa kena bimbing dan nasihat dia sblum dia hanyut lebih jauh dalam kenikmatan dunia ini…Ingat, dunia ni sementara, akhirat selamanya…Cuba peringatkan dia dgn solat, ajak dia mengaji, dengar ayat Al-Quran, dengar majlis ilmu. Mana tau Allah lembutkan hati dia…Kalau dia x nak jugak, sekurang-kurangnya kak Lisa dah cuba…Tapi ingat jgn sekali-kali menyerah atau berputus asa, tetaplah nasihat dan ajak dia ke arah kebaikan. Sebab, kalau bukan kak Lisa, siapa lagi yang nak nasihatkan dia? Sayangilah ahli keluarga kita sebagaimana kita sayang diri kita sndiri. Mungkin Allah hantarkan kak Lisa untuk ajak adik Lisa berubah ke arah lebih baik. Inshaa-Allah.

    Kadang Allah bagi ujian bagi kita supaya kita sedar, bahawa dunia ini hanyalah perhiasan dan kenikmatan sementara. Akhirat yang kekal abadi. Moga-moga adik kak Lisa sedar, bertaubat dan memohon ampun kpd Allah SWT sebelum semuanya terlambat.

    Mungkin itu semua berlaku disebabkan dia salah memilih pergaulan dekat sekitar dia. Sbb pergaulan ini boleh buat kita terpedaya dgn hasutan syaitan dan hawa nafsu. Kalau boleh, hentikan pergaulan itu jika dia lebih kpd keburukan diri sndiri dan keluarga. Kena ajar diri berbuat baik dan ke arah kebaikan. Ajar dia ke circle (lingkungan perbuatan) yang baik. Mohon ampun kepada Allah SWT berkali-kali, buat taubat Nasuha, Inshaa-Allah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang menerima taubat hamba-Nya yang menzalimi diri mereka sndiri.

    Ini semua sekadar nasihat daripada saya, moga-moga terbuka hati adik kak Lisa menerima hidayah daripada Allah…aamin ya rabbal alamin…Minta maaf andai tersalah bicara, moga-moga Allah SWT berkati kita. Sempena bulan puasa ni jangan lupa selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W…

    Allahumma Sholli ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa’ala Ali Sayyidina Muhammad.

    Moga-moga kita smua terhindar daripada azab api neraka, fitnah dunia dan akhirat, dan mendapat perlindungan Allah SWT serta dapat memasuki syurga Allah yang indah kelak…Inshaa-Allah, Aamin, Ya Allah…Taqabbalallahu minna wa minkum.

  3. Sis masih bertanggungjawab mencegah kemungkaran. Jika dengan perbuatan tidak mampu, tegurlah dengan lisan. Tp tegurlah dengan hikmah,, jangan tegur dengan nada menghina dan marah. Kalau sis x tahu nk ckp mcm mna untuk bg nsihat blh tny org yang lebih alim dan arif seperti ustaz2 ustazah. Akhir sekali, adik sis pn dh dewasa. Segala dosa dia, atas dia. Apa lg yg sis blh buat, bykkan berdoa. Doa byk2 supaya dia berubah. Semoga adik sis dpt hidayah.

  4. Cuba ajak dia untuk cakap dari hati ke hati. Cakap yang sis takkan marah. Cakap yang sis cuma nak tau je kot2 dia ada masalah.

    Atau mngkin boleh send texts kalau janggal nak bercakap, sebab ada orang lagi selesa dengan texts.

    Apa-apa outcome dia nanti, sis sbg kakak just cakap/text dia yang sis sayangkan dia, taknak dia jauh tersimpang lbih2 lagi kalau libatkan orang lain, yg boleh bahayakan diri dia. Cakap yang sis tak boleh ubah dia melainkan dia sendiri yang nak berubah, tapi sis takkan putus asa berdoa untuk dia, sebab sebagai kakak dan keluarga kena doa baik2 untuk family.. Dia nak berubah ke tak sekurang-kurangnya sis dah buat tugas sis.

    Teruskan bagi nasihat dengan cara lembut, jangan putus asa berdoa juga agar Tuhan lembutkan hati dia satu hari nanti. Bila masa nak sampai tu terserah kepada Tuhan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *