Anak Saudara Mengandung Anak Luar Nikah III

Haiii semua dan Assalamualaikum..

Ingat lagi takk cerita confession tajuk “Anak Saudara Mengandung Anak Luar Nikah I”

Part 1
https://www.facebook.com/729187373830747/posts/3140418446040949/

Part 2
https://www.facebook.com/729187373830747/posts/3143202702429190/

Yeee ni Nenek Saudara Muda datang lagi nak share cerita.. aku cuba untuk cerita seringkas yang mungkin..

Sambungan cerita pasal Fatihah.. Fatihah dah boleh keluar dalam tahun 2020 akhir tahun mase tu.. nak di jadikan cerita semua nya okay..

Fatihah dah keluar and pakai niqab.. pakai tudung labuh dan aku sebagai mak saudara selalu berdoa semoga itu berkekalan..

Memandangkan masa die keluar tu die dh umur 17 tahun.. tapi sayang nya dia tak nak sambung belajar ke mana² walaupun aku insist untuk support dari A sampai Z.. tapi aku ni ingat satu nasihat dari pakar pksikologi..

Untuk budak² macam ni kite tak boleh untuk paksa² diaorang.. jadi aku biarkan dan beri kebebasan untuk dia mencorak hidup dia..

Aku singkat kan cerita tentang Fatihah.. setelah aku bagi kebebasan untuk bekerja dan kemana².. akhirnya dia cakap dekat aku.. dia nak kahwin..

So aku biarkan dia berkahwin dan jalani kehidupan yang dia nak..

Pada mulanya aku menentang sebab aku rasa macam dia kena pandai cari duit dulu and baru bole kahwin.. tapi sape lah aku untuk menetapkan hidup dia dan akhirnya dia berkahwin dengan lelaki yang aku rasa Alhamdullilah okay and yang paling penting bebas dari dadah..

Untuk kes Azuan.. memang ada update dari Polis.. Polis dah dapat tangkap Azuan dan baby AN di panggil untuk ujian DNA..

Fatihah bertanya dekat aku.. perlu ke dia teruskan.. aku sebagai seorang makcik.. aku hanya bole cakap aku hanya menyokong.. sememangnya untuk lalui semua procedure tu, dia yang akan lalui dan aku pasti aku di belakangnya…

Setelah beberapa kali membuat istikharah die mengambil keputusan untuk tarik kes tersebut dan dia nak menjalani kehidupan yang tenang..

Dia cakap kat aku, hati die lagi tenang dan dia boleh terima dengan apa yang dah terjadi bila Allah je yang menghukum Azuan kelak.. doakan Fatihah semoga akan selalu bahagia dengan suaminya..

Pasal baby AN.. sememangnya niat aku untuk dia dijaga oleh Suzy memang tepat.. sekarang dia dah 3 tahun.. Alhamdullilah pandai budaknya.. aku selalu pergi jenguk dia dan dia memang rapat dengan aku.. ye laa darah daging sendiri..

Dan aku sangat² bersyukur sebab aku boleh nampak die membesar depan mata aku dan keluarganya sangat sayang dekat dia.. mak ayah aku pun selalu datang jenguk dia..

Cuba bayangkan kalau lah seandainya aku tak bagi dekat Suzy, entah di mana laa baby AN.. tak dapat nak bayangkan.. bayangkan aje aku dh bergenang air mata.. Allahurabbi..

Pada tahun September 2020 jugak, aku telah di duga dengan kehilangan pekerjaan dek kerana Covid19…sememangnya berita tu sakit laa mengecewakan aku sampai berhari² menangis..

Aku yang memang orang yang workholic.. bila kena buang kerja.. perasaan tu sukar untuk di gambarkan.. pada saat tu memang aku rasa down sangat².. tapi dalam masa Allah kurniakan aku dugaan.. aku di anugerahkan dengan pekerjaan yang lagi better..

Yang ni yang paling penting.. rata rata komen² pada confession yang Part 1 dan Part 2.. ramai yang komen supaya Allah anugerahkan aku seorang jodoh yang baikk..

Guyss.. Allah makbulkan doa kitaa semua.. in shaa Allah aku dan pasangan akan bakal berkahwin…terima kasih sebab yang pernah mendoakan aku.. sesungguhnya hanya Allah yang mampu balas doa² kalian..

Nanti kalau aku ada masa, akan ku ceritakan perkenalan aku dengan tunang aku.. doakan semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki kita semua dan semoga majlis kami pada tahun depan akan berlangsung dengan baik..

Love,

– Nenek Saudara Muda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Hi Nenek Muda, saya start follow story Fatihah dari Part 1. Alhamdulillah semua baik2 sahaja untuk family awak. Semoga family nenek muda dipermudahkan segala urusan untuk menempuh segala ujian terutamanya Fatihah. Beruntung dia ada awak as main support system.

  2. Alhamdulillah.. Allah permudahkn urusan awk semuanya.. insha Allah, bla kita berusaha & bertawakal, ada je jln yg Allah pandukan.. mmg pd sesetengah org, nasib spt tidak mnyebelahi dirinya, tapi mngkin Allah lbh tahu apa yg lbh baik untuknya.. semoga urusan kita semua dipermudahkan.. aamiin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *