Penat Dengan Drama Ibu Bapa

Salam semua. Nama aku Nita. Aku perlukan pandangan “manusia”. Ye, masalah ni kerap berbangkit dalam fikiran aku.

Aku dah tanya ChatGPT. Aku terangkan semua, dia punya jawapan pun favor pada aku. Tapi tu lah, aku nak dengar pandangan manusia.

Nak cerita kat suami pun, lama2 Jadi malu. Sebab asyik cerita sama. Takut dia rasa macam sampah je.

Simplenya, aku dibesarkan dalam family sederhana. Mak aku umur 52 tahun, ayah aku umur 62 tahun. Masa kecik childhood aku dinafikan. Zaman sekolah rendah aku dah ada tanggungjawab.

Umur 9 tahun aku dah jaga adik aku yang baby masa mak aku berniaga. Aku tanggung rasa malu bila setiap kali kene denda sebab tak hadir KAFA. Sebab ada masa aku kene jaga adik. Last sekali bila dah malas menipu, aku jujur je cakap Aku kene jaga adik. Setakat cikgu nak rotan, rotan je la.

Senang cerita, tanggungjawab aku sebagai anak dah macam aku ni co- partner dengan hubungan suami isteri mak ayah aku. Aku jaga adik, aku bangun awal 4. 30 pagi tolong masak, aku kemas rumah. Tapi malangnya bukan fizikal aku je dibebankan, tapi emosi aku turut di Abaikan.

Senang cerita lagi, aku rasa Luka disebabkan bebanan fizikal ni aku dah sembuh Lama. Tapi disebabkan bebanan emosi ni tinggal kesan yang tak sikit.

Aku tak luah pada sesiapa. kecuali suami. Tu pun makin Lama, makin malu nak luah. Pada orang lain, aku pasti kalau aku luah, orang akan simply kata “bersyukur lah. makpak ko dah jaga sampai ko hidup senang macam ni”.

Yer, aku Suri rumah. Tapi aku bukan loser. Aku ada ” kerja ” aku untuk aku gain income. (malas la nak cerita sini.) Cuma sejak setahun, or boleh kata lepas COVID, agak kucar kacir sikit dan ada masa income aku cukup2 untuk aku je.

Berbalik kepada beban emosi, mak aku bagi aku ada ciri2 narcissistic. Suka judge tak tentu pasal, pastu play victim. Dari aku kecik aku hadap. Sampai aku dah umur 17 tahun, aku pandang kalau mak aku menangis tu, rasa macam nak gelak je. Rasa macam “ko dah kenapa??”

Ayah aku pulak, tipikal lelaki Melayu. Suka Abaikan semua benda, buat ikut suka, tak boleh diharap, culas nafkah. Memalukan.

Aku bukan lah anak yang bergantung mak ayah. Ayah aku suka laung perkataan “survivor/ berdikari”. Dia bangga anak dia berjaya. Siapa tak bangga.

Tapi dia bangga anak dia berjaya tanpa dia tolong. Walau sikit. Korang, kalau ada anak tu, jangan lepaskan tangan kecil mereka atas laungan berdikari. Berdikari adalah mendidik. Bukan lepaskan. Kesian budak tu.

Aku mula gosok baju sendiri umur 7 tahun, penuh lecur jari, panas tak terkata bila kene iron. Aku bancuh air oren sendiri bila nak bawa bekal skolah darjah 2 agaknya pagi2, tumpah kat tudung. Pergi juga sekolah dengan kesan air oren, seharian malu. Malu, tapi apa nak buat

Aku start basuh baju sendiri seingat aku darjah 4. Atas nama berdikari ok je. Tapi bukan kau biar je anak tanpa guide. Anak darjah 4 apa yang dia tahu setakat pakai baju tak basuh, dah biasa. Kepam, lembik. Biasa. sebab aku tak basuh baju, parent tak guide, ingatkan.

Satu hari aku nak ke sekolah maybe darjah 4, tak ada baju. Cari dalam bakul kotor. Pakai baju kepam. Stokin busuk, baju tak bergosok. Nak kene juga hadir sekolah, sebab ada exam.

Ayah aku pernah gelakkan aku sebab pakai baju tak semenggah bila keluar. “kak pakai baju macam ni je?” darjah 4, aku sendiri dah ada rasa malu pakai baju buruk jalan-jalan. Tapi nak buat macam mana, aku guna akal pendek aku je untuk urus hidup. Yang mana dan je lah. Remuk self esteem aku sebagai kanak2.

Atas nama berdikari lagi, parent aku suruh aku pergi daftar sekolah tingkatan 1 sendiri. Aku tak tahu atas alasan apa. Seingat aku, mak memang sarat mengandung. Lagi 2 bulan nak bersalin. Tapi jarak sekolah dan rumah walking distance je. Dan kami ada kenderaan ya. Bukan kene jalan kaki.

Ayah aku?? Entah la. yang dia laungkan, berdikari! Maka berjalan la aku daftarkan diri sendiri, sedangkan mak ayah ada. Rasa rendah diri weh. Tapi hidup aku dipermudahkan. Cikgu2 baik yang aku jumpa.

Sampai sekarang, aku tak faham dan aku sakit hati pikir. Ketika aku (bagi aku) masih kecil, masih perlukan mereka, masih tak tahu tentang dunia, mereka boleh tolak aku macam tu je.

Aku faham lagi kalau ayah aku tak nak pergi daftar ye lah, tipikal bapak kurang akal, tapi mak aku masa tu? Bagi aku satu je. Sebab mereka sendiri belum selesai menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Ingat tak aku cakap mak aku ada ciri2 narcissist?

Aku jadi tak percaya pada kasih sayang, pada orang lain sebab mak aku la. Hubungan kami tak lah tak baik. Ok je.

Mak aku selalu cakap aku tulang belakang dia. Haha. Ye lah. Memang pun. Mak aku tak pernah selesaikan masalah aku, tapi aku dari kecik selesaikan masalah dia. Sampai bab dalam kain pun aku yang selesaikan. Apa eh yang aku rasa ? Rasa penat, annoying, fade up, bosan.

Masa aku sekolah, aku dapat biasiswa. Aku tak pernah rasa bangga ke apa. Aku expect mak aku nak rasa sikit lega tapi end up dia cakap, “bangga sangat dengan biasiswa 50 hinggit sebulan tu? Macam boleh makan setahun” ni ayat yang selalu dia ulang out of nowhere bila dia angin.

Aku pernah dapat hadiah kecemerlangan nak naik pentas, kasut aku dah 3 tahun tak bertukar. Koyak nampak jari kaki. Kepam, biasa lah. Dia belikan aku kasut baru. Bila dia marah aku, dia ungkit “patut aku bagi je mu pakai kasut buruk. Biar padan muka”

Kalau kat sekolah pula, aku lebih rela kene denda sebab mak ayah tak hadir aktiviti sekolah. Sebab kalau aku cakap cikgu suruh datang sekolah pun, dorang mana nak datang dari kene dengar orang mengungkit, baik tak payah ajak.

Masa aku dapat biasiswa tu, mak aku pergi sekolah. Aku jaga rumah, dan segala isi rumah bila balik, ada yang adik aku mengadu, dia hamun “membazir je aku pergi. Bla bla bla”. Sakit weh dengar. Aku 13 tahun masa tu dengar benda yang sama orang ulang2

Oh ye, aku suka join tea kwan do masa tu bayaran RM1 je sekali kelas di sekolah. Aku tak minta duit dorang ya. Aku ikat perut untuk bayar yuran kelas.

Itu satu2nya aktiviti luar kelas yang aku boleh join. Tu pun sebab aku berkeras sangat nak join. Yang lain semua mak aku tak bagi join. Kononnya tak berguna. Belajar je cukup.

Bila balik rumah dalam kepenatan jam 5 petang, aku langsung tak boleh rehat. Tak boleh rebah badan di katil walau sesaat. Terus masuk dapur tolong dia. Kalau tak, aku kene perli. Konon bangga sangat dengan tae kwan do tu. Haha. Entah la dia lebih pada ” dia sakit hati, so dia kene sakitkan hati aku “.

Pernah sekali, tangan aku terkehel. Aku balik rumah lepas tae kwan do terus tolong masak. Dengan sakit2 tak boleh mengadu. Apatah lagi rehat. Air mata je la bergenang tahan sakit. Esoknya kawan aku cakap kat sir. Nasib sir tolong urut.

Lagi??? Kita ni anak2 bila dah besar makin liat nak ikut parent berjalan. Dan mak aku sakit hati masa mak aku tak ada, dekat rumah tak ada makanan langsung. Aku ambik motor, bawa p kedai. Sambil beli roti, sambil fotostat kerja sekolah.

Bila dia balik, dia nampak motor macam terusik. Dia tuduh aku keluar naik motor rumah kawan pinjam novel sedangkan aku dah cakap aku ke mana.

Dia bagi alasan, kalau naik moto tak ada lesen kene saman, dia yang kene. Padahal dia lebih pada sakit hati sebab aku keluar, sedangkan aku tak nak ikut dia keluar.

Masa tu, dia campak roti aku, dia tampar muka aku. Aku??? Aku hanya diam. Angkat muka, pandang muka dia dengan raut “tampar lah. Sampai kau puas dan aku tak sakit langsung”. Memang tu dalam hati aku. Aku tak jawab. Tapi aku tala je muka aku. Pecah bibir aku.

Aku ni bukan jenis minta2. Masa aku matrikulasi, aku balik rumah hujung minggu, request sate. Mak aku tak beli, tapi dia buat. Sate tu grill atas pan. Aku ok je. Tapi again, dia mengungkit “aku ni dah kita minta sate, buat lahhh. Bla bla bla.”

Again. Setiap kejadiaan, berlalu macam tu je. Kami berbaik, dia ulang. Masa aku dah praktikal, aku tinggal di rumah. Biasa lah, balik rumah lepas kerja penat lepas mandi, aku minta mak aku tolong panaskan nasi lemak. Tapi aku tertidor.

Mak aku buat, tapi dia mesej adik aku. Cakap aku buat dia macam orang gaji. Aku happy masa tu sebab aku ingat nak bermanja. Dan aku ingat dia buat atas dasar sayang. Rupanya orang fikir lain.

Banyak sangat yang tunjuk perangai judgement mak aku ni korang tahu, mak aku ni zaman aku asrama, dia ada ambik kawan aku sebagai anak angkat.

Aku ingat ayat dia “kot2 anak2 dia ada dufuk jauh, ada orang tolong buat anak angkat”. Dan ianya jadi kenyataan. Masa zaman university, aku ada mak angkat yang memang boleh buat mak. Tempat aku tumpang kasih.

Bila aku pergi rumah mak angkat aku, ada lah aku call/mesej mak aku. Cerita macam mana mak aku masak dan layan aku aku cerita tanpa prejudis sekadar kongsi cerita tahu- tahu adik aku masej “aku tak nak ko jadi anak derhaka”

Sebabnya mak aku terasa. Konon, aku happy makan minum kat rumah mak angkat aku, sebab bila balik rumah dia tak masak haha. Kau yang tak masak untuk anak, kau yang triggered tak tentu pasal.

Tapi masa tu, aku sedih sangat. Tak silap tu bulan puasa. Apa aku boleh buat, aku peluk quran. Aku baca quran sambil berjurai air mata. Aku fikir, sejauh ni jarak memisahkan aku dan mak, aku masih jadi anak derhaka ke. Aku menangis sampai sakit kepala.

Tapi aku faham, yang manusia ni walau siapa pun dia dia memang ada peluang menyakitkan hati aku melumatkan hati aku selumat2nya korang mesti tak pernah dengar mak kau mengumpat ko dengan jiran kan? Haha. Aku pernah. Aku terdengar dari belakang rumah jiran mak aku umpat aku yang umur aku baru 13 tahun. Cis!!

Oh yeah, parents out there, santuni lah kawan2 anak korang. Sakit dan malu terasa lama. Dulu masa aku di asrama sekolah menengah, biasa lah kawan2 ajak balik rumah kawan. Dan aku pinjam fon kawan untuk call mak bagi tahu nak ke rumah kawan.

Mak aku tak bagi tak bagi tak pe lagi, dia mesej kawan aku “tak payah la nak ajak2 tak hadap pun bla bla”. Sounds like that, aku tak ingat detail tapi kawan aku ni baik sangat sampai hari ni dia tak cerita hal ni. And guess what, aku tahu dari mak aku sendiri bila dia marah, dengan bangganya dia spill out the tea.

Penat nak gila dah aku. Duit majlis & dan hantaran segalanya. Sebab niat tak nak susahkan mak ayah. Aku ikut je semua yang dia cakap. Tapi end up, aku dapat mesej dari adik aku, mak aku mengadu dia penat. Aku tak tolong apa2 kadang2 aku tertanya2, kenapa tak cakap terus terang. Senang kawen kat pejabat agama je. Bukan pakai duit dia pun.

Duit salam kaut semua dia ambik. Konon topup duit yang pakai duit dia. Haha. Tak ada sekelumit pun pernah tanya, kak ada duit ke lepas kawen? Hakikatnya 1 sen pun tak tinggal dalam akaun. Nasib 2 hari lepas tu gaji masuk. Hidup la kami laki bini dengan gaji bulan tu. Orang tak tahu, yang orang tahu aku dah senang.

Oh yeah, masa nikah, suami aku tak cukup duit hantaran. So bila aku minta kurang, atau cakap je dengan mas kawen senaskah alquran, mak aku tak nak. Konon mana nak letak muka dia.

So mak aku cadangkan suami aku pinjam je la dulu, buat tunjuk masa akad. Lepas majlis pulangkan. Dan bertahun2 mak aku dok ingatkan “ingat sikit, kita tu kawen tak ada hantaran. Kawen free. Nanti senang2 je orang tinggal. ”

Bertahun2 aku dengar benda tu. Ye lah, suami aku tak de pelajaran tinggi.. Rupa tak ada. Bak kata sedara mara, macam penagih, muka pecah. Siap ada yang cakap “tak ada orang lain ke?”. Sekarang, suami aku lah tunggak rumahtangga ni. Termasuk rumah tangga dia.

Pernah lagi, aku minta pinjam 500, sebab nak beli mesen jahit. Masa tu aku start jadi suri rumah belum ada duit. Tak di baginya. Aku minta pinjam 2500 sebab nak bayar kos lawyer beli rumah sementara tunggu epf keluar, dia cakap “sayang la duit mak, mak nak tunggu dividen asb”. Sedihnya kalau ingat..

Masa zaman university pun aku minta motor kapcai c70 ayah aku yang dah lunyai, sebab nak bawa pergi buat part time. Tak ingat reason dia apa. Tapi tak di bagi. Maka aku pun kumpul duit part time, beli motor 100% pakai duit aku kerja part time bukan duit parent, bukan duit ptptn.

Sepanjang di uni 3 tahun, 1000 je ayah aku bagi duit. Memang aku ingat, dia bank in 1000 sebab ptptn aku kene sekat. Sem 2 aku dah start part time. Bila aku balik kampung cuti sem, aku dah tak ambik duit mak aku bagi aku sedekah balik pada dia.

Aku pun balik cuma seminggu tak kisah cuti panjang mana. Seminggu je cukup. Lama2 buat sakit hati dan gaduh selebihnya aku pulun kerja. Bila ada kawan ayah aku cakap dia jumpa ayah aku di bank, konon nak masukkan duit kat aku. Aku gelak je.

Pernah dulu masa cuti sem, aku balik konon nak cuti lama. Aku tanpa sebarang isu, sebarang fikiran, aku ok je. Bila mak aku panggil suruh tolong kerja dia, aku terjatuhkan barang dengan kuat.

Dan dia tiba2 menangis, cakap “kalau kau nak balik uni, balik la. Orang dah besar kan” aku benci dengan perangai judgemental bodoh dia tu orang tak fikir dia kata fikir. Konon dia mak. Apa dalam perut anak semua dia tahu masalahnya salah!!

So aku pun blah balik uni, sambung kerja part time sementara cuti. Kebetulan cuti sem sekali cuti raya. Dan aku tak balik raya tahun tu. Aku tak tahu dia tahu tak apa yang aku rasa, apa yang dia salah, kenapa aku tak balik raya. Aku tak tahu.

Parents, ketahuilah. Anak2 yang macam aku ni terseksa bila kami terpaksa berperang dengan hati sendiri. Nak abaikan mak ayah, berdoasa. Nak bersama, kami pun sakit.

Ini semua antara perangai tak semenggah mak aku plus dia suka buat anak2 rasa bersalah dengan ayat “setitik air mata mak jatuh, tak bau syurga kau”.

Maaf cakap, aku tak bodoh aku develop kepercayaan aku sendiri di mana aku yakin Allah maha mengetahui kalau aku tak salah, kalau mak aku je yang mengada2 menangis tak tentu hala. Tak ada ya Allah suka2 nak letak dosa kat aku. Tapi aku mungkin berdosa gelakkan mak aku. Sebab bila aku tengok dia menangis out of nowhere, aku gelak.

Kalau ada adik2 aku pun kitorang gelak. Dah macam jokes pulak. Aku tahu aku dosa bab tu tapi gelak aku adalah refleks dari hati aku yang sakit “dah kenapa ko tiba2 nak nangis. Orang lain elok je semua happy. Bila tanya takde pape” malas layan

Ni bab perangai mak aku. Perangai ayah aku tak ada komplen ke? Ayah aku xde macam ni tapi dia melangkaui segalanya dengan culas nafkah culas tanggungjawab. So korang faham2 la.

Aku dah jadi pendengar, penyelesai, penyibuk masalah rumahtangga mereka sejak belasan tahun. Ayah tak bayar kereta, ayah tak balik, ayah tak bayar rumah, ayah keluar tak balik2. Cari ayah. Nasihatkan ayah. Ayah nak jual kereta. Ayah itu, ayah ini. Ayah nak jual rumah.

Belum lagi dok bergaduh dalam rumah. Bila raya je masing2 wat hal. Bila start aku kawen, baru rumah aku beraya. Sebab aku dah ada suami. Aku tinggal je siapa tak nak ikut siapa buat hal aku siapkan makanan raya, biskut raya. For adik2 aku

Pernah aku di uni, mak call aku katanya ayah aku tak nak bayar some saman. RM500, tapi saman tu atas nama mak aku. Kalau tak mak aku boleh kene tindakan. Sudahnya aku yang masukkan RM500 duit aku untuk dia bayar saman tu. Dan aku masih student masa tu

Sampai bab dalam kain pun dia lepak cerita kat aku. Ayah aku punya dah lembik, takleh pakai. Ayah beli ubat kuat. Mak muda lagi. Mak cantik lagi. Haha. Tak taw la. Aku pulak yang malu. Aku kalau boleh muntah, lama da muntah aku punya nasihat pun dah berbuih2 tapi tipikal isteri.

Masa suami baik, kalau boleh gunung emas nak bagi bila suami takes for granted, mula la meroyan. Jenis ayah aku pulak. Memang suka ambil kesempatan. Elok la berdua tu kalau ada yang kata aku kene kesiankan mak aku, so siapa yang nak kesiankan aku. Tapi bukan ke Allah kata kita yang kene ubah hidup kita, bukan orang lain.

Kat sini, aku nak cakap.. Yang aku bukan tak baik dengan mak ayah aku. Baik je. Cuma hati aku bertingkah. Fikiran aku asyik teringat saat tubuh kecil aku, tangan kecil aku minta bantuan. Minta di beri support emosi, tapi dorang tak ada. Kalau ada pun lebih pada senyum mengejek. Paksa aku berdikari. Buat segalanya sendiri.

Bila aku boleh buat (for sure, aku boleh buat. Sebab aku budak bijak. Aku antara top scorer di sekolah walau aku terpaksa study jam 10 malam, hafal subjek kene hafal sambil berjalan ke sekolah), dorang ejek aku. Konon aku bangga diri. Macam la aku boleh hidup sendiri. Aku di dera emosi aku.

Bagi aku, aku bersyukur. Aku dan adik beradik tumbuh jadi manusia. Sakit dan air mata mengajar kami kuat di laluan betul. Bayangkan, kami terpilih jalan salah, tak ada apa yang boleh dibanggakan hari ini lagi.

Tahap aku berada di samping mereka, bila aku sanggup pjj dengan husband dekat 2 tahun sebab nak jaga ayah aku kat kampung sakit. Bantu bagi support untuk mak aku juga aku doa sungguh2 supaya ayah aku berubah guna lah peluang kedua yang ada ni sebaik mungkin.

Hemmm. Dia boleh je berjalan semula, aku dia tak pandang. Ucap terima kasih jauh sekali. Tindakan dia tak gambarkan yang dia berterima kasih pun dengan usaha aku & adik beradik macam aku ni sampah je.

Bila dia sihat, aku minta seringgit dua acah2 pun tak dibagi. Dia senyum je. Haha. Manusia. Aku tak letak kat hati pun. Sebab aku bukan tanggungan ayah aku lagi aku pun berduit. Tapi ayah aku masih ada tanggungan. Mak aku & adik bongsu aku yang masih belajar betapa aku kesian, bila Allah dah bagi peluang kedua, kau lepaskan.

Dalam 5 tahun ni, ayah aku kene sakit kronik. Banyak duit terguna. Setiap procedure hospital yang dibuat, macam tak ada hasil terlampau positif terbaru, kos RM5k. Aku cakap pada mak, buat je lah selagi ada duit duit dia pun ada kan.

Kalau dah tak ada duit nanti kita tengok la macam mana aku terfikir, duit yang selama ni dia kedekut nak bagi nafkah, akhirnya terguna terhabis untuk dia je. Tapi tak nampak kesan positif dengan perangai menyakitkan hati, kadang2 aku terfikir, aku redha jika dia pergi. Keji kan aku sebagai anak?

Dan aku rasa kali duit ayah aku habis untuk berubat sekalipun, aku tak rasa nak bagi duit aku. Sebab aku tak rasa berbaloi. (judge la aku, aku sedia)

Sebab aku penat nak hadap. Kita usaha, kita tumpahkan masa, tenaga, duit. Tapi dia buat macam kita robot. Aku tahu ayah sakit tapi orang sakit memang kene sakitkan orang lain juga ke?

5 tahun lepas, masa dia terlantar di icu, aku cakap, aku maafkan semua kekurangan dia dalam menjaga, membersarkan aku, mendidik aku, menafkahi aku aku minta adik2 aku pun buat macam tu aku minta Allah bagi peluang kedua pada ayah. Dapat hidup sihat. Dan berubah tapi bila ending tetap sama, aku redha dan aku dah malas nak fight. Cukup setakat itu.

Baru2 ni, mak aku ada call minta aku balik kampung urus hal ayah. Dengan perjalanan 9 jam dari selatan ke utara, mak aku minta aku balik dengan bawa /cuti kan 4 orang anak aku sekolah. Tak mungkin nak tinggal kat rumah, sedangkan suami aku pun perlu bekerja.

Bila aku suarakan pada suami, suami aku diam. Aku tahu la dia keberatan. Sumpah, aku pun malas dah. Sbb bagi aku hal tu simple je. Pandai2 la urus macam masa aku kecik aku urus sendiri daftar form 1 aku, ada aku tak tahu apa2 tentang dunia.

Lagi, mak aku ada juga call cerita tentang kesusahan dia. Katanya duit adik2 bagi RM500. Tolak petrol, tinggal 300 je nak makan sebulan. Katanya tak cukup, so dia kene bekerja (ada lah kerja yang dia buat kat rumah). Cara dia cakap “300 tak cukup kak. Dengan segala hal tak cukup. Tak cukup”.

Aku diam je. Tak ada mood nak jawab. Duduk berdua, rumah tak payah bayar, letrik air pun dah disettlekan, makan berdua RM300 tak cukup?

Aku pun laki aku bagi RM200 je belanja dapur. Boleh makan sedap2 je tips dia, masak je lah. Beli barang tengok harga. Bukan pakai rembat je.

Mak aku taste tinggi juga ye. Tiap bulan beli baju handbag, bila tak berkenan, dia sedekah. Sedekah tu ok. Tapi berpada2 la by the way, parent aku bukan tak berduit ya kami adik beradik pun bukan jenis tak bagi duit, bukan jenis minta duit kalau balik kampung pun, kami beli, masak sendiri. Tak ada bebankan mereka.

Mak masak sepinggan makanan pun untuk anak cucu, dia risau jadi hamba anak hmmm..

Last sekali, aku nak tanya, pendapat korang berdosa sangat ke aku, kejam ke aku dengan apa yang aku rasa? Aku rasa annoying dengan segala cerita sedih aku penat. Aku rasa ni lah the real maaf boleh, lupa susah, move on??

– Rainita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

5 Comments

  1. x..x salah pun..your feeling is legit. sy rasa its about time you stop helping your parents just be there bila perlu je..focus on your own family. be a positive mom to your child and a good wife to your husband. jangan bagi your negative parents affected your kids pula. you are a brilliant little girl back then, so everything you did now is not guilty. cuma gunakan kebaikan awak tu kepada anak-anak dan suami pula (for those who are kind to you). Alihkan semua tenaga, perhatian dan usaha kepada orang-orang yang baik kepada kita pula. didnt hate them just be there bila perlu sahaja. other than that, pandai2 la drg.

  2. Walaupun pangjang Kau tulis,aku faham yang mak ayah ni bajet dia parents konon kalau kita buat silap kita je derhaka dengan dia ,dia parents tak pernah derhaka dengan anak lepas tanggungjawab tocer mental health anak. Btw better ko love yourself je ,suruh la adik ko yang tak kahwin urus ayah Kau tu

    Lagi pun ko ada 4 orang anak nak urus tu better ko buat terbaik untuk anak2
    .nak bali selatan ke utara bukan dekat tu..semoga Allah mudahkan urusan Kau ya

  3. Ada byk sgt part mcm baca kisah saya sendiri.. saya pun anak yg excel academic tapi malu pergi sekolah dan malu naik pentas ambil hadiah sbb baju kotor, stokin kembang ikat getah je sbb banyak diabaikan. While ayah kat rumah tak kerja, dia tido je. Mak pula asyik coverkan ayah , ckp ayah dah pencen. Dah besar baru tau ayah bukan di usia pencen masa tu, ayah muda je tapi tak cari nafkah. Mak ayah kuat gaduh dan saya la jadi tukang kena dengar, balik2 issue sama, bila saya taknak dengar dah penat, dicanangnya saya ni tukang backup ayah. Ya Allah penat ye mental ni. Mak ayah sis mmg byk sama dgn my parents. Dulu2 tak pernah tau nafkah tu wajib diberi oleh ayah, so kami adik beradik kerja jual kuih. Sumpah ye kami ingatkan mmg tu tanggungjawab kami sebagai anak, walhal saya baru darjah 2. Apa2 kerja kami buat kena bagi duit pada parents. Dah besar baru tahu yang kami adik beradik sepatutnya diberi nafkah bukan kena cari sendiri. Sampai saya masuk uni, terumbang ambing taktahu mcm mana nak register etc takde siapa bimbing tapi saya survive. Alhamdulillah sekarang tak sangka saya berjaya lalui semua tu dan ada family kecil saya yg cukup serba serbi. Tapi mcm sis, saya cuma tolong bayarkan apa yg patut tapi bila nak bagi duit ke mereka, saya jadi kedekut sikit.. saya cuma pemurah dengan adik beradik saya. Tapi saya tetap cukupkan keperluan mereka yg basic seperti tetap belikan parents saya kereta baru yang elok tapi utk bagi duit lebih2 saya jadi berkira.. skrg ni banyak juga issue2 mak saya suka create sbb mak saya juga seorang yang judgemental dan suka menangis mcm mak sis sampai saya pun rasa mcm “ya Allah mak aku dan drama nya berpisah tiada” sampai malas nak layan tapi apa yang buatkan saya layan jela perangai mereka ialah bila ibu mertua yang saya kasihi pergi meninggalkan saya. Dia agi saya ada sosok ibu yang saya tak pernah dpt selama ni. Tapi saya dpt merasa semua tu 5 tahun sahaja. Saat tu saya sedar yg semua manusia hidup tak lama di bumi. Yang meninggal pun Allah akan bayar dan hitung semuanya di akhirat. Saya juga terlalu sayang anak2 , cuba menjadi ibu terbaik dan tak mahu ulang silap parents tapi deep down berharap saya tak jadi disease kpd anak tanpa saya sedar.. saya cuba berdamai dgn takdir dan akhirnya saya redha jalan hidup saya berparentskan mereka. Semua benda ada hikmahnya. Saya masih sakit hati kadang2 dgn mereka haha tapi in the end, saya pun malas nak fikir sbb bagi saya hidupku ketika kecil jauh lebih sengsara, skrg ni semua orang cuma menghitung waktu menuju alam sana.. inshaAllah sis pun akan berdamai dgn takdir ya, be happy with your children. InshaAllah Allah balas semua yang kita dah curahkan, setiap penat kita di dunia akan dibalas oleh Allah either penat mental or fizikal. Saya pun ada masalah parents saya masih bergantung 100% kat saya biarpun saya ni isteri orang, mungkin sbb mereka dah terbiasa bergantung dgn anak2 dari kecil. Saya anggap ni ujian saya di dunia, saya bersyukur suami seorang penyabar dan faham. Saya doakan sis ya.

  4. Kalau setiap bulan beli baju handbag, itu bukan tak mampu. Itu namanya parents kau bodoh

  5. Heal your child wound first. Dah dewasa sekarang kan.. make your own decision. Jgn layan kan drama mak tu. Biar adik beradik lain take over. Sekali sekala outspoken sikit depan mak dgn bapak tu. Laser kan jer.. Org tua ni kadang dia rasa dia terpaling betul sbb dia ‘tua’.

    I used to be in your place. Ayah aku mcm ni. Masa aku kecik aku tak berani nak bersuara. Habis uni aku keluar dari rumah. Cari kerja jauh. Dari seminggu sekali balik.. jadi sebulan sekali balik. Dah kahwin 2/3 bulan baru balik.

    Perangai ayah aku.. dgn anak bini dia berkira nak mati.. dgn kawan2 fuh.. semua boleh.. pinjam kan duit.. tumpangkan kawan bawak pergi merata. Aku pernah menjawab depan ayah aku yg aku tak hadap pun harta dia.. aku boleh cari sendiri la. Time ni aku mmg tahan air mata. Dari aku kecik yg keluar belanja untuk kami adik beradik semua mak aku. Lepas aku laser tu baru ayah aku tersedar kot. Kadang2 balik baru dia ada hulur duit untuk cucu2 dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *