Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession. Saya salah seorang pembaca IIUM Confession, cuma tidak la selalu. Rasa terpanggil untuk menulis disini. Dah lama saya pendam masalah saya seawal saya berkahwin sehingga sekarang. Tiada siapa yang tahu masalah saya kecuali Allah SWT.
Saya buat keputusan untuk menulis disini, bukanlah untuk membuka pekung didada, tapi iye la jugak kan? Cuma saya ingin mengurangkan bebanan di kepala.
Saya N, berkahwin 6 tahun lepas. Dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Saya kenal dengan suami saya W, 8 tahun lepas. Setelah 2 tahun perkenalan, saya dan dia buat keputusan untuk berkahwin. Mungkin saya yang beria untuk berkahwin, entahlah.
Setelah beberapa hari berkahwin, saya terjumpa conversation dia dengan beberapa perempuan. Ada conversation saya baca yang dia pernah ke satu condo/apartment perempuan tersebut, apa yang dibuatnya, wallahualam. Ada lagi conversation lain yang puji memuji bentuk badan perempuan tersebut.
Pada ketika itu, saya lost. Saya tak sangka yang dia berperangai sedemikian. Kerana dengan saya, pada pandangan saya ketika tempoh pengenalan saya dengan dia, dia sangat baik.
Sepanjang perkenalan tak pernah dia cuba untuk memegang tangan saya atau buat perkara yang tak senonoh dengan saya. Tak pula juga, dia mesej/call berbaur lucah atau apa-apa yang berkaitan. Mungkin saya yang buta menilai seorang lelaki.
Setelah kejadian itu, saya bergaduh dengan dia, dan dia kata itu adalah masa lampau dia. Dia nak start a new dengan saya. Bodohnya saya kan? Patutnya saya lari jauh-jauh ketika itu.
Saya terima dengan alasan, masa lampau dan dia sudah berubah. Sedangkan pada masa saya bertunang dengan dia, ada satu ketika dia sanggup ke airport untuk berjumpa ex dia. Dan meninggalkan saya tertanya-tanya seharian.
Entah apa yang bodohnya saya kan? Malu, nak putus tunang? Padahal kalau dah kahwin lagi merana seumur hidup.
Fast forward, setelah 3 bulan berkahwin, saya mengandung. Setelah kandungan saya berumur 3 bulan, saya mengalami komplikasi dan pada ketika itu bayi yang saya kandung, disahkan tiada heartbeat pada masa berkenaan.
Sekali lagi saya rasa saya jatuh terduduk dan saya buat keputusan untuk balik kampung saya jauh diutara. Hari berikutnya, suami saya pulang ke rumah kami untuk bekerja, hanya saya berada di kampung.
Atas nasihat, saya ke klinik sakit perempuan untuk mengesahkan heartbeat bayi masih ada atau tidak. Alhamdulillah, sihat bayi saya ketika itu, heartbeat dapat dicari dan saya berehat di rumah saya di kampung.
Kami berpisah jarak jauh sehingga saya bersalin. Suami saya balik kampung sebulan sekali atau dua kali sebulan. Tapi asbab PKP pada masa berkenaan, ada satu ketika kami terpisah sangat lama. Setiap kali dia balik, tak ada pula dia minta saya melayani dia. Ada lah beberapa kali sahaja.
Saya ingat itu perkara biasa, sebab saya mengandung. Namun saya salah. Bodohnya saya kan? Saya selalu curi-curi tengok telefon suami saya, saya tahu, dia masih dengan perangai dia melihat perempuan seksi-seksi di media sosial.
Saya tegur dia, kerana saya tak mahu dia hanyut dengan perangai dia sedangkan kami sudah mahu menimang cahaya mata. Namun, teguran saya bagai menuang air ke atas daun keladi sahaja. Bodohnya saya kan?
Setelah saya bersalin, saya berpantang. Ketika pantang, suami saya ada minta saya melayani dia. Tapi saya tolak. Badan saya tak mampu tahan cuaca sejuk, dengan tidur malam yang huru-hara.
Untung saya ada ibunda yang melayani saya segalanya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Saya selamanya terhutang budi dengan ibunda saya. Anak saya pula imitate ibunda saya.
Setelah selesai saya berpantang, saya curi-curi lagi buka telefon suami saya. Alangkah terkejutnya saya melihat apa yang dilakukan oleh suami saya. Bukan sahaja dating site saya temui. Saya jumpa rekod suami saya s** video call dengan seorang perempuan yang tiada sehelai benang pun padanya. Allah. Gigil saya.
Saya ingat setiap apa yang saya nampak. Trauma saya sehingga kini. Entah dimana kekuatan saya ambil dan tempuhi segalanya berseorangan, mungkin hanya demi seorang anak yang baru dilahirkan.
Dan seperti biasa, saya anggap itu adalah salah saya yang berjauhan dengan suami saya selama tempoh PKP. Saya maafkan dia. Cuma untuk melupakan, memang tidak. Trauma saya bila saya tengok dia dengan telefon dia. Saya lost. Entah berapa kali, bodohkan saya?
Sepanjang lima tahun saya cuba, saya cuba untuk nasihat, tapi entah, nasihat saya tidak berjaya. Mungkin Allah nak uji sejauh mana sabar saya, dan saya mampu harunginya.
Sepanjang lima tahun juga, saya pernah beberapa kali ternampak p*** website yang dilayari, dan berbagai lagi. Tak lupa juga, dia seorang penghisap vape.
Selama perkenalan kami, saya taktahu yang dia seorang penghisap vape. Saya cuma tanya tentang merokok sahaja kerana saya memang tidak tahan dengan asap rokok. Katanya, dia dah berhenti berbulan demi perkahwinan kami.
Namun, dia sembunyi vape di belakang saya. Rupanya dia kembali menghisap vape. Katanya dia ada banyak masalah.
Namun, satu masalah pun tidak dia ceritakan kepada saya. Alasan yang selalu dibuat, adalah masalah keluarga dia. Keluarga dia juga berantakan, tidak perlu lah saya ceritakan pasal ini. Masalah keluarga saya bina pun huru-hara.
Untuk pendekkan cerita walaupun dah panjang berjela, ye dak? Terima kasih sebab baca sehingga ke perenggan ini. Pada bulan yang lalu, suami saya s** video call lagi dengan seorang perempuan. Namun, dia di scam oleh orang tersebut.
Allah Maha Melihat. Allah Maha Kaya. Dia sendiri mengaku dia buat benda tak senonoh itu. Menangisi dan cakap yang bukan-bukan, contoh macam nak b***h diri sebab orang tersebut screenshot apa yang dilakukannya. Pada ketika itu, saya dah tak ada rasa apa-apa. Cuma rasa, padan muka, buatlah lagi.
Macam cacing kepanasan tengok suami saya risau gambarnya tersebar. Saya dah hilang rasa nak marah, cumanya ada beberapa kali saya burn out juga. Normalkan, siapa saja yang tak marah. Ada yang halal didepan mata, yang haram juga dicarinya.
Di bulan puasa ini, saya hanya menanti hari untuk ke mahkamah syariah. Hanya kerana janji yang saya minta dia buat semasa lima tahun lepas, saya minta dia janji untuk lepaskan saya jika dia berbuat demikian lagi. Tak semua perjalanan hidup itu indah kan? Saya cuba pertahankan hubungan kami.
Bukannya mudah dengan trauma saya lalui. Hati saya terguris. Kepercayaan saya musnah sekelip mata sahaja. Setiap hari saya berlawan dengan segala fikiran dalam otak saya sendiri.
Saya cuma bertahan sebab anak. Saya juga tak sanggup anak perlu memilih saya atau suami saya. Tapi disebabkan dia langgar janji, semua harapan musnah, hancur, lebur.
Walaupun saya hanya menggunakan bukan nama sebenar, N & W, tapi saya mohon doa dari semua agar saya mampu harungi ujian dan dugaan ini.
Andai kata saya dan suami berpisah, saya harap orang terdekat saya tidak terkejut dengan berita ini terutama kedua ibubapa saya. Tambahan pula, saya anak tunggal perempuan mereka. Saya sungguh sedih dan tak dapat saya bayangkan betapa hancurnya hati mereka.
Allah, saya sangat tak sanggup nak bayangkan. Sungguhpun, luaran suami saya sangat baik, solat, ringan tulang dan pelbagai lagi. Tak sangka pun akan jadi begini.
Untuk singles out there, tolong ya beli buku soalan sebelum kahwin. Tanya sehingga puas hati, jumpa dan kenal keluarga biar rapat. Rancang masa depan bersama. Saya yang bodoh tak buat semua itu. Apa? Cinta itu buta? Itu lah saya.
Terima kasih baca, dan doakan saya. Mana tahu dibulan yang mulia ini, salah satu dari doa kalian terangkat dan dimakbulkan olehNya. Hanya Allah sahaja dapat membalas atas doa-doa kalian.
– N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit