Suami Lemah Batin

Assalamualaikum semua, saya perkenalkan diri saya I (bukan nama sebenar). Saya berumur 32 tahun masih dara dan saya baru berkhawin pada awal bulan 12 tahun 2024 dengan duda kematian isteri anak 5 orang. Umur suami saya 47 tahun.

Saya minta maaf luah dekat sini sebab saya tidak tahu nak cerita pada siapa. Saya perlukan nasihat/pendapat/tunjuk ajar dari kakak abg yang dah lama berumahtangga. Suami saya seorang yang bekerjaya dan kurus orang nya. Rajin join kawan2 main badminton dan jogging dan tidak merokok.

Baru berapa bulan berkhawin saya dah rasa kosong dan dingin dengan suami saya sebab dia ada masalah lemah batin. Saya ada ajak dia pergi jumpa Dr sakit tuan tapi dia tak nak dan dia kata dia tiada masalah mati pucuk. Ya , saya tidak nafikan dia memang tiada masalah mati pucuk cuma dia lemah batin saja(cepat ejakulasi).

Lepas kami nikah dan selesai outdoor suamu saya okay saja sembang2 dengan saya dalam kereta, melawak tetapi semua itu berubah selepas malam pertama. Sebelum nak buat hubungan suami isteri, suami saya ada minta saya bancuhkan kopi untuk bagi kuat. Esok nya dia demam teruk selama 3 hari.

Saya dapat rasakan yang suami saya berubah lepas malam pertama sebab dia kata dia gagal puaskan saya. Dia sebagai suami malu dan ego tercabar. Minggu pertama menjadi suami isteri kami bergaduh dan dia salahkan saya dan menuduh saya nafsu terlalu kuat sedangkan saya tidak pernah capak kepuasan.

Saya ketika itu blur, dan dia kata suruh saya cari suami lain sebab dia malu pada saya. Saya minta maaf pada suami saya dan saya request pada dia seks sebulan sekali saja memandangkan dia tak nak kerap.

Dalam tempoh kami bergaduh, saya ada buat solat hajat saya minta Allah tunjuk adakah saya bersalah dalam hal ini sebab saya tak pernah capai kepuasan pun tetapi kenapa menuduh saya. Selepas 3 minggu berkhawin, Allah makbulkan doa yang suami saya kata dia kawen dengan saya tanpa rasa cinta, dan hanya cari ibu pada anak2 dia sebab dia tak mampu nak handle sorang.

Sejak suami saya kata macam tu saya berubah perangai, saya jadi isteri melawan, kurang ajar saya tanya kenapa kawen dengan saya kalau niat nak menzalimi?

Sebelum suami saya kata dia kawen hanya cari ibu saya tidak makan lagi semeja dengan anak2 dia, dengan suami sebab ayat tu saya sangat terasa sebab saya ikhlas terima anak dia yang ramai.

Suami saya ada ajak makan, ajak keluar tapi saya dingin dan terlalu benci pada suami. Naluri isteri kuat mengatakan sebenarnya punca seks dia malu dia lemah batin tapi dia gunakan alasan lain untuk tutup kelemahan dia.

SOALAN saya- apa perlu saya buat ya? hati saya terlalu keras untuk maafkan suami saya. saya baca yassin kerap untuk lembutkan hati tapi masih susah. Saya juga ada minta doa Allah lembutkan hati saya tapi susah juga. Mohon pandangan semua. Terima kasih

– I (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Akak, tinggalkan dia sahaja. Dia sudah berkata kahwin bukan sebab cinta. Dia hanya nak cari pengasuh yang percuma sahaja. Akak, cepat lari!

  2. Sis..

    Benda boleh bincang lagi tu… Berubat pun boleh lagi tu…. Cuma soalnya macamana nak ke arah itu. Itu kena fikir caranya ya… Allah ada dan ingat lah semua yamg jadi ada hikmahnya ya. Sis boleh laluinya… Dun wurry ya

  3. klu memang tk boleh, kena la mohon penceraian, banyak kes cam ni, duda2 hanya nak cari isteri sebagai pembantu utk bela anak2 mereka, senang cakap nk cari org yang boleh bela anak2 n jaga rumah ja dgn kos yg murah, bukannya betul2 nakkan seorang isteri, semoga kisah ini dijadikan teladan kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *