Salam. Boleh minta izin untuk minta pendapat ramai terutama bagi mereka yang umur 35an tapi masih single.
Saya perempuan. Usia 30 tapi still bujang. Bukan tak nak kahwin tapi jodoh belum ada. Jadinya, pening kalau beli rumah adalah keputusan yang salah.
Ada bertanya beberapa kenalan tapi tak membantu sangat. Circle saya pun tak ramai yang celik dalam bab financial management.
Untuk permulaan, saya senaraikan dulu gaji dan komitmen saya.
1. Gaji Kasar : RM8.4k
2. Gaji Bersih: RM6.8k
3. Komitmen
– Kereta: RM1300 ( saya lebihkan termasuk perbelanjaan berkala utk servis, wear and tear, road tax, insuran dan etc)
– Expenses bulanan: RM1700 ( ni termasukla utiliti, wifi, medical card, life takaful, parking, netflix, duit belanja parents, tng, unifi etc yang memerlukan komitmen bulanan)
Jadi balance adalah RM3,800 utk makan, petrol, dan belanja harian. Saya selalu cuba utk save duit tapi jarang lepas. Asal save je, mesti kena korek balik duit saving time akhir bulan. Then tampung balik dengan hari dapat gaji.
Saya memang stay dengan parents, jadi kebanyakan belanja rumah memang saya utamakan dulu. Kadang sampai rm800, kadang membawa ke RM1000 termasuk bil, duit belanja parents, barang2 rumah. Tu belum masuk kalau makan kat luar. Tapi okay je sebab parents saya yang byk keluar belanja kalau apa2 barang dalam rumah rosak, nak kena cat baru, nak tukar apa2 ke.
Plus sekiranya balik kg, saya akan keluarkan duit utk petrol, tol dan sewa AirBNB memandangkan ahli keluarga kami agak ramai. Plus setiap family kereta asing2. Jadi dengan usaha saving yang tak menentu, saya actually takut nak tambah komitmen lain.
Tapi, harga rumah makin lama makin mahal. Saya pun tak boleh duga kalau saya akan membujang sampai tua atau akan berkahwin satu hari nnt.
Dari info yang saya dapat, ada yang suruh beli je rumah dulu kemudian sewakan. Ada yang kata beli rumah then sewakan bilik yang lebih pada orang lain. Ada juga bagi pendapat tak perlu beli. Just sewa sampai tua and masuk je rumah orang2 tua yang premium bila dah pencen nnt. Yang idea last ni memang saya rasa ngam sangat. Saya kalau boleh nak juga duduk sendiri, independent sendiri. Kalau bagi penyewa lain, dapat yang okay seronokla. Dapat yang tak pandai jaga harta benda, hmm baik saya stay dengan parents. Haha.
Btw, saya memang takde komitmen lain dengan bank. So far, memang kereta sahaja. Takde cc/personal loan atau study loan. Kalau saving, ada yang standard je macam TH, ASB, KWSP, emas tapi macam tadila. Dah masuk, withdraw balik hujung2. Haha.
Terima kasih sudi membantu. Saya alukan sangat pendapat kalian yang lebih lama makan asam garam dari saya. Selamat berpuasa semua!
– Si Pening (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit