Perjuangan Tanpa Noktah

Assalamualaikum, aku Sari. Pertama sekali, maaf sebab aku coretkan kisah aku di sini. Aku harap tak ada yang mengecam, tak ada yang bagi sindiran atau komen yang kurang bijak. Dan kalau dari segi jalan cerita ini tiba tiba ada yang kenal pada pemilik coretan ini, silakan dan tolong buat buat tak kenal.

Semuanya bermula pada 2023, waktu ini kakak aku nak kahwin. Jadi aku waktu tu tengah beralih fasa untuk tukar kerja, jadi ada jurang masa untuk aku ada di rumah bagi persiapan majlis kakak aku.

Setahun sebelum tu (2022), ayah aku kantoi ada perempuan lain, dan sebagai anak yang orang kata “bold”, kadang2 tu aku ada bagi “hint” pada mak aku, tapi biasalah tak jalan kan.

Pendekkan cerita, aku rasa ayah aku berterus terang kot pada mak aku sekitar hujung 2023, yang dia sebenarnya dah berkahwin dengan bini kedua dia.

Jadi waktu kecoh isu ni, adik adik aku (adik perempuan dan lelaki) masing2 tak nak bercakap dengan ayah aku walaupun duduk serumah. Kakak aku pula dah kahwin kan, jadi faham2 lah bila dah kahwin ni apa apa nak balik ke apa ke kau nak kena minta izin suami dulu.

Maka tinggallah aku yang kononnya dianggap selalu rasional, dianggap baik baik sahaja kehidupannya, balik ke kampung dari KL, untuk bersemuka dengan ayah aku dan mak aku tentang isu ini.

Jadi sewaktu perbincangan itu, memang dah jelas aku cakap, kalau nak kahwin silakan dan teruskan, tapi kami anak2 memang tak nak ambil tahu apa apa pasal isteri kedua dia (btw isteri kedua bukan warganegara Malaysia).

Dan tak dibenarkan juga untuk isteri kedua jejakkan kaki ke rumah yang mak dan adik adik aku duduk sekarang. Baik, sesi perbincangan diterima baik dan dipersetujui oleh ayah aku.

Pendekkan cerita lagi, tiba2 baru baru ini muncul isu yang ayah aku cakap nak ajak isteri kedua dia (nama A) untuk beraya bersama kami tahun ini. Ada banyak lagi kisah kisah yang terselit tapi aku malas nak cerita. Jadinya mak aku ini tanyalah pendapat anak anak waktu aku balik awal puasa haritu.

Aku memang terus terang cakap pada mak aku, aku tak nak dia beraya sama, tapi apa pun aku ikut keputusan mak aku. Dan semua adik beradik aku pun tak setuju untuk A beraya bersama. Tapi…. Seperti yang dijangkakan, ayah aku tak boleh nak terima benda ini.

Si A ini, dia ada bagi hadiah tau pada adik beradik aku dan mak aku. Dan hari itu dia ada bagi duit pada adik perempuan aku ini. Dia suruh adik aku buat sesuatu untuk duit itu (untuk kegunaan adik aku), dan adik aku tanya boleh tak kalau nak guna duit tu untuk selain kegunaan khusus yang dia cakap itu dan dia pun cakap boleh saja sebab tu dah duit adik aku.

Pendek cerita, adik aku belanja duit itu untuk benda lain tapi sekarang ayah aku macam desak desak tanya sama ada kegunaan khusus itu dah selesai ataupun belum. Sampai kecoh lah minggu lepas dalam group Whatsapp pasal benda ini. Terpaksalah aku sekali lagi, yang tengah sibuk kerja untuk masuk campur. Aku cuma cakap baik2 aku tulis baik baik.

Aku cakap aku tak ada masalah dengan ayah, jadi harapnya isu isu macam ini tak timbul lagi. Kalau pasal duit itu jadi gaduh dan A nak duit itu semula, bagitahu nanti aku bayar. Dan pasal isu raya, anak anak semua tak nak dan kami harap keputusan kami dapat diterima, dan dihormati sebagaimana kami terima yang dia berkahwin.

Dan aku ingatkan isu itu berakhir di situ sebab dia cakap okay masing masing ada pilihan dan dia minta maaf, dia takkan bangkitkan isu ini semula.

Sekali petang Jumaat, mak aku WA aku, cakap yang ayah aku ugut tak nak bayar rumah dan tak nak bayar nafkah mak aku. Mak aku pula duk tiba tiba nak merayu dengan anak anak terimalah si A tu bla bla bla, malas aku nak tulis.

Aku dekat masjid time tu, baru nak bertenang baru nak melegakan diri dari kesibukan dunia. Aku terus terang cakap dengan mak aku, okay fine, kalau dia tak nak bayar rumah itu silakan terus. Dia ingat aku tak mampu nak bayar ke (walaupun dalam hati waktu tu berfikir fikir lah juga kan).

Tapi sebab aku yakin Allah dengan aku, mesti akan ada jalan. Aku cakap dengan mak aku, buat apa nak bertahan kalau menyakitkan. Sampai bila nak bertahan, masing masing berhak bahagia dengan hidup masing masing dan jangan sesekali nak jadikan anak anak sebagai alasan untuk bertahan.

Lepas tu aku suruh mak aku fokus berbuka dan doa sebelum berbuka. Dan tanpa aku sedar, aku menangis teruk waktu tengah berdoa sebelum berbuka sampai stranger sebelah aku tenangkan aku.

Sampai hari ini aku tak balas apa apa text dari mak aku. Entahlah aku rasa aku penat. Baru ini semalam, adik aku yang perempuan text aku nak pinjam duit. Nanti dia bayar balik. Pasal duit pun satu. Kakak aku, adik lelaki aku, adik perempuan aku semua ada guna duit aku.

Tapi yang paling aku ingat, waktu aku tak cukup deposit rumah nak pindah beberapa tahun lepas, aku tanya ada tak sesiapa boleh tolong pinjamkan sikit duit kat aku, tapi tak ada orang langsung yang balas. Sakit dia rasa sampai hari ini.

Aku faham je kedudukan setiap orang tapi sekurang2nya replylah. Sekurang2nya, ambillah tahu juga apa jadi dekat aku. Hanya sebab aku tak bercerita kesusahan aku, orang anggap aku tenang tenang saja.

Kalau ini mengungkit, ya aku memang mengungkit. Kalau pahala dari semua ini Allah tarik, aku redha. Tapi aku penat sangat. Dari zaman aku belajar, duit JPA aku, guna untuk bantu kakak aku belajar dan adik aku juga.

Waktu COVID, family aku hilang punca pendapatan, duit JPA yang aku simpan waktu belajar tulah yang guna selesaikan duit bil elektrik tertunggak dengan duit barang dapur.

Aku merantau pergi negeri orang untuk kerja. Aku seorang2 je dekat KL ini. Akulah yang bayar bilik sewa, makan minum bil hutang belajar. Kerja pertama aku gaji RM2000 sahaja di KL, tapi waktu itu aku boleh simpan RM700 sebulan. Aku dapat selesaikn lesen aku. Aku sempat naik flight pergi travel walaupun dalam Malaysia. Aku boleh buat saving.

Tapi ini lah silap aku, senang nak kesian dekat orang lain. Kakak aku dulu pinjam 1k, sampai sekarang tak bayar lagi sejak dah kahwin. Ini dah ada anak lagilah. Adik aku yang perempuan tak cukup duit muka kereta, aku bagi pinjam duit. Memang aku yang offer sebab aku tengok dia duk cakap tak ada orang tolong dia.

Dia nak pinjam siapa? Mak ayah aku? Memang tak lah, mak ayah aku duit simpanan pun tak ada. Adik aku yang lelaki, hari itu phone lama aku rosak, 6 tahun aku pakai phone tu, kerja sekarang perlukan kau pakai phone. Aku terpaksa tukar sebab bila orang call, tak boleh dengar suara aku.

Adik aku ini cakap lah ada kawan dia nak jual phone, so aku bagilah dia duit itu, tiba tiba dia cakap kawan tak jadi jual tapi sampai sekarang tak bagi bagi duit aku. Mungkin 2 tahun dah berlalu? Aku tak tahu kawan dia dah bayar atau belum atau dia dah pakai duit aku tu. Kalau kau bayar sebulan RM100 dah selesai dah duit itu.

Aku geram sebab adik aku yang lelaki ini kerja dekat negara S, tapi sengkek dia Allah je tahu. Hutang keliling pinggang sampai tak terkira orang call aku tuntut hutang dia (dia letak nama aku sebagai reference tanpa aku tahu).

Kalau korang tertanya tanya kenapa aku tak minta balik pada diaorang duit aku… Kalau nak ikut berbuih mulut aku ini, Allah sahaja yang tahu. Betapa banyak aku menangis, banyak aku cakap banyak aku gaduh banyaknya semua pasal duit. Bila aku bercerita pada mak aku, mak aku cakap macam ni, janganlah sebab duit korang bergaduh adik beradik.

Korang nak aku cakap apa?? Aku pun tak sanggup nak putus hubungan adik beradik. Tapi bila masing masing buat tak tahu, aku jadi macam baiklah, aku serahkan semua pada Allah untuk Dia yang uruskan.

Aku cuma doakan supaya adik beradik aku ini diluaskan rezeki dan diberi kemudahan untuk bayar hutang hutang mereka dan seandainya bukan rezeki aku, moga Allah ganti dengan rezeki yang lebih baik. Dan aku minta pada Allah supaya Allah jadikan aku redha dengan duit duit aku.

Tapi sekali itu je lah aku bagi dah. Lepas ini aku dah takkan bagi. Aku rasa kadang2 kau kena belajar susah baru kau akan tahu nak menghargai apa yang kau ada. Aku tak ada sesiapa pun aku nak minta kalau aku tak ada duit. Waktu aku belajar dulu, aku kerja kafe sebab nak makan free. Kalau tak ada duit, aku jadikkan maggi lauk aku, telur rebus lauk lunch dengan dinner.

Aku bawa periuk nasi sebab nak jimat. Aku tak join kalau kelas buat jamuan sebab tak ada duit. Sampaikan ada seorang kawan aku ini letak makanan jamuan diaorang letak atas katil aku. Terima kasih sahabat <3.

Aku dah terbiasa seorang. Aku dah biasa hidup tanpa bantuan orang. Dulu aku selalu minta tolong mak ayah aku tapi tak ada orang tolong. Sampai satu tahap aku rasa tak apa, aku boleh berdikari sendiri. Tapi bila apa apa hal, bila susah, bila tak ada duit semua cari aku.

Aku banyak fikir, mungkin Allah rezekikan aku adalah sebagai seorang yang boleh diharap dalam keluarga. Yang hadirnya aku untuk beri manfaat pada keluarga aku.Tapi aku letih. Aku pun perlukan bahu untuk aku bersandar.

Bermula dari waktu kakak aku kahwin, aku dah rasa hilangnya akak aku sebab keutamaan dia berubah. Kalau tidak, dulu aku sanggup tunggu dia habis kerja sampai tengah malam sebab nak bercerita benda benda remeh kehidupan.

Okaylah bila kakak aku kahwin at least aku ada mak aku, tapi bila dia dapat tahu ayah aku kahwin, dia macam meroyan tau. Dia macam dalam dunia dia sendiri. Dia tak ambil tahu sangat pasal anak anak. Sekarang je macam dah okay sikit.

Start kat situ, aku pun dah rasa kehilangan mak aku. Okay tak apa, aku fikir aku ada kawan baik lah kan, lepas tu kawan baik aku pun kahwin, okay kehilangan lagi. Tak apalah mungkin ada hikmah semua ini kan.

Aku rasa tahap berdikari aku ini sampaikan aku keluar masuk hospital tahun lepas pun aku pergi balik naik grab je. Waktu aku warded itu, aku doa sangat Allah sembuhkan aku, Allah mudahkan aku, dan Allah tunjukkan jalan supaya aku tak susahkan sesiapa. Tapi aku pun manusia juga. Ada masa kau rasa kau kuat, ada masa kau akan sangat lemah.

Bila tengok trend dekat TT, ada orang tulis usia 28, dah ada rumah dah ada kereta dah ada simpanan dah ada kerja, cuma belum ada suami, belum gagal kan? Aku jadi macam triggered. Okay aku tak tahu perjalanan kehidupan dia tapi ada sudut dalam diri aku ini, macam tak perlu kot nak tulis semua itu. Mungkin aku judge.

Tapi bila aku tengok balik, aku usia 28, simpanan menyusut, tak ada kereta tak ada rumah tak ada suami, ada hutang bla bla bla. Tapi ikut akal fikiran aku juga dan prinsip aku, aku tak nak letakkan kejayaan setiap individu itu pada harta. Kau ada kereta, kau ada rumah kiranya kau dah settlelah bab kehidupan gitu.

Di sebalik itu, kita tak tahu kesusahan nak bayar semua komitmen tu. Hidup aku sekarang tenang tenang sahaja bila aku bersendirian, orang putih cakap feel contented dengan kehidupan sekarang. B

anyak benda aku syukurkan, walaupun Allah bagi ujian pun tapi sekurang kurangnya aku masih ada bumbung untuk berteduh, masih ada kerja tetap, masih cukup sifat, masih ada kekuatan nak beribadah, masih ada mak ayah dan paling penting masih ada Tuhan….

Cuma itulah kan kawan2, aku rasa penat. Dan aku rasa aku nak pentingkan diri aku mulai sekarang… Aku nak fokus untuk diri aku sekarang. Aku tak nak beralah dah dengan orang. Aku nak start balik simpan duit, susun balik perancangan kehidupan aku, dan fokus balik jaga kesihatan fizikal dan mental aku.

Okay tu je, aku rasa lega sikit kot dapat taip dekat sini sebab aku rasa macam tak ada sape nak dengar pun apa aku nak cerita. Dan yang terakhir, macam mana kita sangka kita boleh sayangkan dan terima orang lain kalau kita belum betul betul menyayangi dan menerima diri kita sendiri.

Terima kasih admin kalau coretan aku tersiar. Mohon doa yang baik baik dari kalian! Salam Ramadhan Kareem.

– Sari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Sari, awak tak gagal. setiap orang ada timeline masing2. Saya sendiri baru dapat kerja di usia 29 lepas mak dah sembuh dari sakit. Masih tak kawin. Adakah saya gagal? Tidak. Cuma ujian kita berbeza. Moga Allah berikan ketenangan dan kesenangan pada awak. Awak anak dan saudara yang baik, saya yakin Allah akan bantu awak melalui jalan tak disangka.Allahummaamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *