Saya 26 tahun ni. Ekonomi dah stabil dan buat keputusan install dating apps atas niat berkahwin.
He is the first man yang saya chat dan direct minta no fon. Lepas dapat no fon, saya terus uninstall dating apps tu sebab rimas.
Saya tak pernah bercinta seumur hidup saya. Jadi harapan saya tinggi untuk dia.
Fast forward, jumpa berkenan, bawa jumpa family semua restu alhamdulillah. Istikarah pun tenang sahaja.
Saya di uji bila dia mengaku dia pernah berzina dengan ex gf dia dan mengaku sudah bertaubat. Dia juga extrovert dan ramai kawan perempuan.
Saya jadi takut. Saya risau dia bukan yang terbaik sebenarnya. Saya sangat menjaga diri saya untuk dapat jodoh yang terbaik.
Selepas pengakuan ni, saya istikarah lagi, tapi saya masih tak tenang. Saya risau dia belum betul2 taubat.
Saya tak tahu macam mana dia boleh keluar dari zina, benda tu susah kan nak keluar kalau dah terjebak.
Banyak sebenarnya yang saya tak tahu lagi. Saya tak tahu macam mana nak siasat dia dengan kawan2 kerja dia, baran dia macam mana.
Yang saya tahu, dia nampak sangat baik dan matang depan saya.
Mohon pandangan dan nasihat. Terima kasih..
– Ana (saya) (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
26 muda lagi dik. kawan dulu 3 4 tahun sampai kenal semua kawan2 dia. lagipun lelaki dlm dating apps ni 99% nak memain je
Sis betul2 boleh terima ke kisah silam dia? Kena tanya diri betul2..kalau rasa tak boleh terima, jgn buang masa teruskan.. hujung2 sis dan dia yg sakit bila hubungan dah terlalu jauh. Kalau nak tahu baran ke tak tu, kena tanya kwn2 n family dia..dari cara dia treat sis. Kalau dah bertaubat, dia akan hormat sis as perempuan..no physical contact. Sis jgn melayan atau bagi peluang..kena tegas. Kena tetapkan limit nak kenal..jgn lama sgt..kalau rasa boleh terima dan sesuai..terus halalkan hubungan. But, if u think u can find someone better atau ada calon yang lebih baik..pilihlah berdasarkan akhlak dan agama sis..kita nak cari pasangan seumur hidup yg nak bimbing kita nanti.. istikharah sis banyak2..
Ambil masa jgn terburu2. Take ur time n kawan2 dulu. Buat background checking ttg family dia dan personal life dia, byk hutang ke, kdg2 kne juga byk karenah atau cerewet2 sikit spy blh test kesabaran dia. Family ni pntg sbb dh kahwin , kita bkn hdp dgn dia je, kita kawin dgn seluruh family dia.
Tak payah la mostly 90% tak boleh pakai dekat app tu based pengalaman sendiri ..ada yang nak test market orang nak tengok berubah,bukan daripada segi cakap “berubah” daripada segi perubatan cakap semua orang boleh ..dalam app dating mostly berlakon semua boleh create watak yang dorang nak.
26 Masih sangat muda ..luaskan pergaulan jumpa orang kat luar berkawan ramai orang jangan lah berkawan sorang je bila ada red flag terus denial sebab dah sayang
kna berkawan dlu..tgk perangai dia…dlm 1 thun ka lebih…sebelum nk kawin….susah jga klu dia jenis eksrovert…ramai kenalan wanita…solat istiqarah..serah takdir pd allah..
Salam,
Didunia nih sangatlah mudah untuk berurusan dengan lelaki yang rosak. Lelaki yang rosak kalau dia boleh bawa perempuan naik atas katil, tak ada masalah untuk dia ajak perempuan lain naik pelamin. Naik katil jer mudah, benda privacy, apalah sangat naik pelamin, benda public.
Jadi pada lelaki, anda penzina ke, peminum arak ke, penjudi ke, penyamun ke, carilah perempuan yang sekufu dengan anda. Perempuan tuh juga pernah berzina, kalau anda kaki todi kahwinlah dengan perempuan minum arak juga, anda mendadah, berjudi, kahwinlah dengan perempuan yang sama lifestyles, sama peel sama kelakuan dengan anda.
Stop ganggu perempuan perempuan yang baik baik, yang polos dan suci. Stop masukkan diorang dalam circle anda. Mungkin anda bangga, mendabik dada depan kawan kawan anda, depan ex anda, anda rosak tapi dapat perempuan baik, stop being manipulative, stop dengan hobi anda merosakkan masa depan perempuan.
Anda dah bertaubat, tahniah, carilah perempuan yang sama dah bertaubat macam anda, baru betul sekufu. Anda rosak, perempuan tuh rosak. Sama sama taubat, sama sama baiki diri, nih baru betul legit journey. Mana mana lelaki yang dah rosakkan ex, kahwin lah dengan ex tuh, itu baru betul. Anda rosakkan ex anda, anda juga lah baiki dia. You jump from other woman to another, nih bukan sport centre.
Kepada mana mana perempuan yang didekati lelaki yang rosak, ada 1 billion lelaki kat dunia nih. Pilihan ditangan anda. Luas dunia nih. Anda tetap juga nak pilih lelaki tak solat, tak puasa, berzina, minum arak, hisap dadah, berjudi, ikut anda lah. Kalau cita cita anda nak jadi mekanik, cita cita anda tinggi nak selesaikan masalah, silalah ambil lelaki rosak, cuba baiki sepanjang hidup anda. Once anda dah kahwin, anda akan sedar anda tak bina rumahtangga, anda bina bengkel. Tiap hari ketang ketung bising baiki lelaki rosak yang ada pilih. Sudah rosak kena taat pulak.
Jadi jangan salahkan orang lain kalau bengkel anda meletihkan anda, perempuan lain bina rumahtangga, lepas kahwin making glowing, makin happy. Anda pilih bina bengkel, hari hari serabut, so the choice is in your hands. Don’t creates a problem you can’t solves. Kalau tak ada penawar ditangan jangan pernah pilih lelaki berpenyakit, nanty sakit tuh berjangkit. Hujungnya anda yang susah.
Tutup salam.
Terima kasih atas teguran dan nasihat yang diberikan. Saya hargai keprihatinan awak dan insyaAllah saya akan ikut nasihat ini dan jadikan panduan untuk mencari jodoh lagi kelak. Mohon doakan kebaikan untuk saya.
Yup saya setuju. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik and vice versa. Zaman sekarang ni ramai je time bujang semua benda haram dia buat tapi bila nak kahwin dia cari partner yang suci. Adil ke macam tu? Kalau rasa nak jodoh yang baik, kau pon kena la sama-sama jaga diri jadi baik. Mostly orang yang dah terbiasa buat benda-benda haram ni akan ulang balik perbuatan tu. Kalau dah tau partner punya kisah silam macam tu and you still choose to marry him then whatever happen in the future jangan salahkan takdir. Salahkan diri sendiri sebab buta kerana cinta
Lelaki dlm dating apps ni 99% haramjadah.Pengalaman sendiri ye.Pemburu apam wanita dan dlm tu rmai suami org dah pun tp ngaku bujang
Kalau ko terima lelaki cmtu..seumur hdp ko akan dihantui perbuatan dosa dia x kira la dia dh taubat ke tidak.Tp akk x caya dia dah tobat.Ayat manis je nak gula2kan ko.Takut lama2 ko plak jd mgsa nafsu dia sebab dah tersayang
Carilah yg sekufu yg jaga iman jaga pandangan dan jaga kemaluan.Jgn cr lelaki liar mcm ni.X mustahil kat dlm apps ramai lg kwn2 wanita yg dia ayat.
Tlg jgn jd naif.Dgr nasihat kami
Ramai lg lelaki baik luar sana.Jgn nak terdesak kwen maka terkahwen dgn salah org dek .Akak bkn jugmental tp pengalaman akk deal dgn spesis2 cmni dorg x pnh serik
Terima kasih atas nasihat dan keprihatinan akak. Saya hargai pengalaman yang akak kongsikan dan akan ambil sebagai panduan. Moga Allah berkati akak dan mudahkan urusan akak sekeluarga. Doakan yang terbaik untuk saya juga
Kalau dah teruk sangat sample lelaki di masyarakat kita ini, try muslim revert. muslim revert orang cina pun lagi bagus. revert india saya tak pasti sebab tiada sebarang pengetahuan. or cari matsalleh yang tgk belajar al quran. at least dia punya tauhid lagi baru dari muslim tradisional ni. wallahualam. jodoh dan hidayah Allah yang tentukan. awak berdoa sahajalah. yang pentingnya bila di uji, ingat balik tuhan. sebab ujian itu suatu jaminan Allah. tapi lesson dari ujian itu hanya untuk awak. bukan orang lain. tapi thats lack of judgement kalau awak pukul sama rata pada semua lelaki. itu jadi judgement yang tidak adil
26 tu muda lagi la. Tenang2 boleh cari lagi. Sorting elok2. Jgn sbb kau desperate main tibai je. Kalau hati mmg tak boleh terima lelaki yg dh berzina.. kau cancel terus la. Buat apa pening with the second though??? Life kau kot. Kahwin ni seumur hidup tau. Lain la kau mmg planning nak bercerai kalau dapat lelaki yg salah~~~ yes you may proceed.
Tak baca ke confession2 dlm ni? Aku dulu lelaki merokok pun aku pangkah. Yg obesiti, pengotor, pemalas, anak mak, mat moto, gamers semua aku pangkah. Yg pernah berzina alhamdullilah la tak pernah jumpa dlm circle aku.
Nak cr bukan perokok dan bukan pengotor hampir mustahil cik bayam
Rata2 lelaki melayu puntung dgn jari berpisah tiada.
I pon akan pangkah perokok sbb i sgt alergik bau rokok.trs jd sakit
Buat apa khwin dgn org yg memudaratkan kita kan tu bodoh namanya.
I bkn jns terdesak kahwin smpai rembat mana2 jantan.X mcm kwn i..bekas penagih pon rembat asal kahwin..dah nasihat pon dia tetap nak..lantak lah..skrg laki tu jap kerja jap skip…nama pon bekas penagih hdp dlm angan2 la kut
saya tahu awak sayang dia, rasa sayang nak lepaskan. Jawapan daripada istikarah awak dah ada. Awak tak tenang, perangai dia satu persatu keluar.
Dan bila awak masih jugak nak teruskan, biarlah bertunang dulu. Cari tau betul2. Dan ingat tunang ni bukan ticket utk kesana kesini menjadi “typical couple yg belum halal” its a big no. Tempoh bertunang ni gunalah sebaik2nya dan sepenuh2nya utk selidik dia. Tunang ni a safe way to reverse things when it doesn’t goes to where it should be. Awak dpt elak malu, dpt jaga maruah, and the damage can be lessen. Sebab tu tunang kena senyap2 bukan buat mcm majlis kahwin. Tunang ni tempoh percubaan, tempoh yg menuju ke arah pernikahan.
Lastly, simpan niat utk bernikah kerana Allah. Sole reason to get married. Percayalah bila kita buat sesuatu kerana Allah, apa2 yg terjadi kita takkan tersakiti sebab kita ada “backup” yg paling besar dan reliable. Adakah Allah akan biarkan kita bila kita dah berserah kat dia? Tak, dia takkan biarkan kita.
dik, kawen tu utk seumur hidup. bukan asalbol je. tak yah tgesa2 sgt nk kawennya pon. 26 tahun muda lagiiiiiiiii.. enjoy dulu, pergi melancong, pergi hiking, pergi majlis tadarus, please dik jgn sia2 kan kehidupan yg masih single tu.