Hi, nama aku Bunga. Agak bosan tulisan aku, tapi aku minta pendapat semua sebab aku tak tahu nak buat apa. Aku perempuan, 28 tahun. Ada keluarga lima orang. Ayah aku baru meninggal tiga tahun lepas.
Kat sini aku nak cerita. Aku dari kecil selalu dipukul dan dimaki oleh ibu, even kesalahan kecil macam terlupa basuh gelas (mind you, aku dari kecil memang pembersih). Aku ada abang, tapi dia bekas penagih dadah (sekarang dah kerja dan normal).
Dulu, dari umur aku tadika sampai 23 tahun, aku selalu kena abuse dengan abang aku—pukul dan mental torture. Mungkin sebab dia nampak aku je yang boleh dibuli. Dengan orang luar, dia penakut (social anxiety).
Ayah aku tak garang, tapi dia jenis lambat alert kalau anak ada masalah sebab dia selalu sibuk. Ibu aku dari kecil kena dera, jadi dari kecil sampai besar aku selalu kena mental & physical attack dengan dia.
Dia suka hukum pukul dan larang makan. Kata-kata cacian hari-hari tanpa sebab, atau walaupun aku buat salah kecil. Aku ada adik, dia ni macam ada masalah mental juga—suka dengki dan serang aku. Hahahaha.
Abang aku sekolah tak habis. Adik-adik aku semua banyak gagal dalam exam. Diorang ni pengotor tahap gaban sampai aku pernah nangis sebab geli dan terpaksa cuci (kalau cerita, korang akan muntah). Diorang juga suka mengamuk secara random kalau tak dapat apa yang diorang nak.
Aku pula jenis semua exam skor, ada diploma & degree, perform, dan aku jenis pembersih serta rajin masak. Ayah aku belikan kereta sebagai tanda penghargaan.
Pasal kereta tu, adik-beradik aku selalu dengki sampai buat macam-macam dekat kereta aku. Tiap kali diorang pukul atau maki aku tanpa sebab, aku akan lawan, tapi diorang lagi kuat (sebab abang aku lelaki). Adik aku pula akan acukan pisau dekat aku sebab dia lembik.
Sampailah ayah aku meninggal, perangai diorang jadi lagi pelik. Diorang pun selalu gaduh sesama sendiri, tapi yang paling teruk kena tetap aku. Sebab aku jenis diam dan nampak lemah, jadi diorang syok buli aku.
Aku dapat dengar yang mak, abang, dan adik aku ni kena buli kat luar, tapi diorang diam. Jadi aku rasa diorang lepas semua dekat aku sebab nampak aku lemah.
Aku sampai trauma sebab selalu kena maki, pukul, dan tak diberi makan. Sampailah aku ambil diploma dan degree, aku lari duduk asrama.
Aku dapat kerja kat KL, tapi disebabkan kesan ubat depression dan trauma aku, aku hilang fokus dan lembab sampai staff buli aku sebab diorang geram aku “bodoh”, dan akhirnya bos terminate aku.
Sekarang aku dalam fasa menganggur di rumah dah setahun sebab takut nak kerja. Tiap kali apply kerja, aku nangis sebab takut. Aku ada buat bisnes sikit-sikit, tapi duit tu habis sebab kena bayar bil rumah yang mak aku minta. (Aku sorang je dia minta.)
Aku ada boyfriend, dah empat tahun. Dia baik, selalu tolong aku. On the way nak kahwin bulan Ogos ni, tapi dibantah oleh ibu sebab katanya, “Ada degree tapi tak ada kerja, gatal nak kahwin.”
Baru-baru ni aku nampak boyfriend aku langgan perempuan. Dia memang baik, selalu ada waktu aku susah, tapi aku rasa dia tak enjoy dengan aku sebab kerja aku selalu sedih dan down.
Aku dah banyak kali lari rumah sebab mental dah terlalu penat. Tapi duit makin kurang, jadi aku terpaksa balik rumah. Aku tahu mak aku ada trauma masa kecil, jadi dia lepaskan dekat aku sebab aku anak yang tak pernah jerit atau pukul dia.
Abang dan adik aku selalu jerit dan pukul dia kalau ibu aku marah diorang, jadi dia tak berani buat apa-apa dengan diorang. Aku rasa diorang semua ada sakit mental, tapi lepaskan dekat aku.
Aku ni elok je hidup—study perform, solat, mengaji rajin, tak buat benda bukan-bukan—tapi akhirnya aku jadi target buli diorang.
Tolong aku. Aku stress sangat, dah banyak kali cuba bunuh diri. Aku ada lawak, diorang end up cakap aku yang gila sebab diorang pandai manipulate. Penat.
Aku nak kahwin sebab sayang boyfriend aku, aku pun dah tua dan nak lari untuk hidup happy dengan dia. Tapi dia pula kantoi langgan perempuan. Haish. Nak mula kerja pun aku trauma, ya Allah.
Aku minta bantuan pendapat korang. Kalau rasa aku bodoh, sila jangan kecam, please. Aku terlalu lemah untuk kecaman sekarang ni.
– Jarum Patah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sending you hugs sis!!!!
Maybe you nampak lemah dari segi luaran tapi hakikatnya you kuat sis. Ni my opinion la, better you keluar dari rumah tu. Pergi merantau. Your environment right now very toxic. Mental health is very important. Better you keluar dari situ. Cari environment baru yang more healthy. Focus on yourself. Be a better version for yourself. Family is family but what is more important right now is you.
Pasal boyfriend you tu i tak tau nak cakap apa. Kalau dia betul sayangkan you seikhlas hati, dia takkan langgan perempuan lain. Memang dia selalu ada dengan you time you susah tapi how can he langgan perempuan lain? Why? You deserve better dear. Jangan buat keputusan terburu-buru untuk kahwin tapi end up trauma you makin bertambah. I doakan you sentiasa dirahmati dan dilindungi-Nya. Amin
Kau kuat!!! Jangan putus asa dengan hidup ni..
Kalau rasa sesak mohon je zakat, kalau betul layak mesti dapat. Bina hidup kak.mengadu dengan Allah selalu..
Harga diri awak dulu. Pergi bawa diri. Dekat kan diri dengan majlis agama. Al Quran, Baca selalu dan solat awal waktu. Saya pernah dalam keadaan tu, Allah SWT bantu ubah keadaan kita perlahan lahan. Kena banyak kan zikir untuk KURANGKAN penat. Cari ubat hati tu dengan ilmu dan zikir. Semoga Allah SWT bantu urusan cik
Hey sis ,sis kuat okay kalau taktahu tempat meluah boleh jumpa kaunseling I tak cakap u sakit ke apa ,kalau pendam.lama lama tak elok ..llpkn pon ada rm5setiap Kali kaunseling miasa pon ada therapy or kaunseling no fon 03-7932 1409.please get help..
Pasal boyfriend u tu ,taktahu nak cakap apa laki yang baik tak akan berzina even apa alasan sekali pon ..pasal family tu better run la lari jauh cari kerja kilang or tempat ada hostel semoga Allah permudahkan urusan u amalkan selawat jibrail,ayat gaffir ayat 44.doa banyak ramdhan ni..I taktahu kalau komen kat sini tt baca ke tak 😂 kito ni takde fb dah
go and seek help please, as a stranger i worry a lot a my dear. apa2 syg diri sendiri dulu, leave the toxic life behind.. bunyi mcm kejam tp buat ape bwk duri dlm hidup.. leave them.. semoga Allah mudahkan urusan bunga.. psl yr BF, tlg leave him, i takut u serahkan body u kt jantan x guna tu.. tlg tlg ltg, syg diri sendiri..
Awak kuat la. Cepat cari kerja sekarang, kerja biasa2 pun takpe fnb dulu ke atau kedai2 dalam mall ke, Merantau kat negeri lain. Nanti awak dah kuat dah ada confident cari kerja betul. Sekarang ni kerja untuk bergaul2 dengan orang. Keluar dari orang2 toxic tu semua. Jangan rasa rendah diri ingat macam mana awak jadi pelajar top semua tu dulu.
Kita je boleh ubah diri kita. Jangan kahwin lagi selagi awak tak stabil. BF awak dah langgan perempuan kot, kang dapat penyakit lain pulak. Cut off semua, mula hidup baru. Kahwin bukan penyelasain hidup ye.
Yes correct, hold on to your value. Awak dh hidup dengan baik. Awak buat perkara yg baik dan percayalah Allah takkan sia2kan awak. Insya allah, Good things will come to your way soon.
First, buat segala sunat solat yang awak mampu. Minta tolong Allah untuk memudahkan dapat kerja dan dapat kerja dengan tenang dalam sekeliling yang baik
cari kerja bersungguh sungguh. Bila awak financially stable, senang awak untuk aturkan hidup awak.
Tentang bf, fikir lah sepanjang panjang nya. doa kepada Allah untuk lorongkan awak dengan lelaki yang baik. perbaiki diri, baiki hubungan dengan Allah, insya Allah dipermudah. Hugs
Keluar dari rumah tu. Cari kerja kilang operator yg provide hostel. Tak susah pun time interview. So tak payah takut. Mostly kilang desperate nak pakai operator. Confirm dapat. Cuma kena tahan penat berdiri lama la. Usaha this first step dulu ya.
keluarga teruknya. kesian awak. tapi keluarga memang tak boleh pilih .. Tapi pasangan kita boleh pilih. awak cari la pasangan lain. lelaki macam tu tak layak dibuat suami dan tak layak jadi ayah kepada bakal zuriat. Nanti awak lagi ‘Penat’.