Assalamualaikum hai, aku terpanggil untuk share story aku ni disebabkan aku triggered dengan content seorang ni yang berkait rapat tentang mentua dan menantu ni. Selalu juga lalu fyp dan aku tengok juga content beliau, ada betulnya juga apa yang beliau cakapkan tu. Cumanya berbeza lah dengan keadaan dan situasi yang family aku hadap sekarang ni.
Takut juga bila dicerita, orang kata kita mengaibkannya pula. Walhal kami sendiri masih buntu untuk cari jalan penyelesaian kepada masalah ni. Aku terbuka kepada semua untuk memberi pendapat. Jika ada salah, aku terima untuk teguran tu.
Aku, nenek dan acu (maksu) kami tinggal bertiga. Rumah pun masih kene bayar sewa lagi. Aku ni baru je habis SPM jadi saja la nak duduk teman nenek dan acu. Acu kerja selalu balik petang tapi sampai ke rumah selalunya malam juga la. Sebab itulah aku mintak izin Ibu untuk duduk dengan nenek. Bolehlah buat buat teman nenek. Sementara tu aku pun tengah mencari kerja juga sekarang ni.
Aku tahu dengan gaji yang acu dapat tu bukan banyak pun nak tampung segala Perbelanjaan. Dari situ aku respect lah dengan kerja keras acu. Tapi masalahnya, Pak Andak punya perangai, dengan barannya dan dia ada ambik barang terlarang juga sebenarnya. dah lama pun aku tahu. Tapi aku tak berani la nak lawan. Mangsanya Acu & nenek lah.
Pak Andak dia seorang je anak lelaki yang ada yang lain semua perempuan sekarang, selepas arwah Pak Long meninggal la. Dia fikir dia berkuasalah dalam rumah tu. Pak Andak ni kerja tak tetap. Dah berkahwin ada 2 orang anak. Kecik lagi la. Bukan pak Andak je bermasalah Mak Andak pun aduh la perangai dia pun. Inilah yang aku maksudkan tadi, tak bolehlah nak pukul rata masalah semua orang tu tak sama lagi lagi dalam hal mentua menantu ni.
Pak Andak dengan Mak Andak tak silap la masa PKP dulu duduk dengan nenek juga selepas kahwin. Lepas dapat anak kedua dorang ambik keputusan untuk pindah rumah. Nak berdikari katanya. Tak jauh pun satu bandar juga cuma lain Taman je.
Aku tahu lah dari dulu lagi, perangai mak Andak tu macam mana. Memang pemalas dan bukan biasa-biasa dia punya malasnya. Keluar waktu makan dan mandi je. Masak? Jauh sekali. Kemas rumah hem. Memang tak pernah buat la. Alasan jaga anak. Okeylah boleh dimaafkan la. Itu pada nenek dengan acu. Disebabkan taknak bergaduh nenek kata. Pada aku tak.
Hal urusan hidup sendiri settle sendiri. Ini hal anak pun dia lepas tangan.
Rumah bersepah anak mak Andak buat, Acu yg kena kemas. Ada aku memang akulah yg kena buat. Anak dia buat TV pecah. Macam takde hati perasaan tu. Jauh sekali sekali nak minta maaf dekat nenek. Ganti memang tidak la. Nenek tu sedih tapi nenek pun dah tua. tak de kudrat dah. Mujurlah boleh urus diri sendiri lagi
Nasib baik ada Acu juga, penguat hidup nenek. Pak Andak balik bila perlukan duit je. Nak bagi anak bini makan. Selalu ambik barang makanan dalam rumah nenek bawak balik dekat rumah mereka. Pak Andak paksa nenek masak sebab Mak Andak dekat rumah dia sendiri pun tak masak. Selalu juga bawa balik masakkan nenek juga ataupun memang Pak Andak makan terus dekat rumah nenek kenyangkan perut dia dulu baru balik rumah dia.
Kadang-kadang pak Andak bawa anak isteri dia balik sekadar nak isi perut yg kosong tu. Mesti dekat rumah dah tak de apa-apa lah tu. Lepastu minta duit. Acu ni keras juga nak bagi free free macam tu je dekat Pak Andak tapi dengan anak saudara Acu memang penyayang. Dia memang suka layan kami apa je. Tak kedekut pun
Berbezalah perangai Acu dengan Mak Andak walaupun umur sebaya. Berbeza pada pemikiran. Cuma Acu ni jarang nak tonjolkan diri bila dia ada masalah. Baru ni Pak Andak bergaduh dengan acu. Pak Andak main rampas je duit Acu dari beg. Kena tolak lagi. Jatuh lepastu kena sepak. Depan mata aku Tau jadi.
Mak Andak tengok je, tak halang pun. Tapi paling best moments anak-anak Pak Andak pula yg tolong Acu. Acu memang dah menangis. Aku pun type ni sambil menangis juga. Lepastu Pak Andak tarik anak-anak dia dari peluk Acu. Cakap “jangan sentuh Acu kau yg haram tu”. Anak-anak dia tak nak ikut apa yg Pak Andak suruh. Dia main angkat tangan je nak pukul anak-anak dia. Aku cuba tolong aku pun kena juga.
Lepastu nenek datang barulah lerai semua pergaduhan. Anak-anak dia jerit-jerit tak nak ikut mereka balik. Cakap “Nak Acu nak acu nak nenek nak akak fara”. Tahukan budak-budak kalau meronta badan dia macam mana kan. Jiran sampai ada yg keluar. Siap maki lagi. Jantan tak guna. Membebel macam-macam lepastu Pak Andak maki jiran tu balik.
Pak Andak kalau keadaan dia tengah keadaan tak betul, khayal ketum, habis semua orang dia nak cari gaduh. Acu teruk kena bedal. Tapi tu perkara biasa dah sebab pak Andak memang dari dulu lagi kaki pukul. Acu lah tempat pelepas amarah. Tapi tak dengan bini dia. Bergaduh dengan bini, acu juga yg kena. Siapa yg ikut campur semua kena. aku pun tak faham juga dengan sikap Acu ni. Baik sangat.
Kalau aku biar je Pak Andak masuk penjara. Hari tu first kena aku tak tahu boleh buat report. Lagi sekali dia buat, Dengan Mak Andak sekali aku sumbat. Dia batu api semua ni. Reka-reka cerita macam-macam sampai Pak Andak baran. Pak Andak memang dah bodoh mudah percaya. Lepastu mulalah mengamuk tak tentu pasal.
Mak Andak buat cerita bukan-bukan, Acu juga yg kena. Padahal Acu tak tahu apa-apa pun. Acu tu suka buat hal sendiri je. Walaupun dia tanggung semua benda dia tak pernah mengeluh pun.
Entahlah apa yg Pak Andak dengan Mak Andak ni benci sangat dengan Acu tu. Tapi bukan dengan acu je mereka ni buat masalah. Siapa je yang berani mendekat memang kena lah. Ibarat mereka ni boleh sentuh hidup orang, tapi orang tak boleh sentuh hidup mereka. Memang kena la penangan.
Aku tahu segala perkara yang jadi dalam rumah nenek sebab aku kan stay lama dekat rumah nenek dan tengok semua benda tu jadi . Kena dekat diri sendiri pulak kan. Hem aku tak tahu apa boleh buat nak ubah mereka ni. Penat dah.
– Fara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit