Jangan Ambil Mudah Bab Taharah

Assalamualaikum, saya ibu kepada 3 anak yang masih kecil. Bila ada anak ni faham-faham je lah, memang tak dapat lari dari anak kencing bocor dan muntah.

Terasa nak share pasal bab taharah atau bersuci harini walaupon ilmu di dada tak banyak mana. Tapi berdasarkan pengalaman yang ada kita belajar la sikit-sikit.

Luahan ni timbul lepas saya sendiri saksikan saudara terdekat ada yang tak cakna pasal taharah atau bersuci ni. Anak kencing bocor dibiarnya kering macam tu. Takda lap atau apa pon.

Kalau kencing terkena kain cadar atau tilam pon sama takda basuh dan ganti lain. Mengucap panjang saya bila tahu.

Ibu-ibu, ayah-ayah, makcik, pakcik. Taharah ni penting ya, sebab melibatkan kesucian waktu kita solat. Tak suci tak sah la solat. Sia-sia je solat.

Cuba fikir bila anak kencing bocor menitik atas lantai pastu kita tak lap biar kering sendiri bila kaki kita basah kita jalan lalu atas lantai tu tak ke dah terkena najis tu.

Lepas tu jalan merata satu rumah habis merebak najis. Yang asalnya kalau bersihkan dengan cara betul boleh kawal dari merebak.

Sefaham saya, air kencing anak ni dikira najis mutawassitah kecuali air kencing anak lelaki bawah 2 tahun yang hanya minum susu ibu itu dikira najis mukhaffafah ( betulkan kalau saya silap).

Jadi najis mutawassitah ni nak bersihkan kena hilangkan sifat najis tu dulu iaitu bau, warna dan rasa.

Lap dulu najis tu baru lalukan air lap lagi, ulang sampai dah yakin bersih. Lap pakai mop terus pon salah. Nanti tak pasal najis merebak satu rumah.

Tolonglah ya sebelum kahwin, ada anak ni carila ilmu dulu. Tak tahu boleh tanya bukan buat-buat tahu.

Orang macam ni kalau dia buat hal kat rumah sendiri takpe ini dah pernah sekali dia buat kat rumah saya.

Anak bocor atas tilam dibiarnya macam tu. Pastu anak dia yang dah tukar baju selamba bagi duduk atas tilam tu balik.

Walaupon bocor sikit dan tak basah lencun please lah sikit pon najis ya.

Saya tak mintak pon basuh cadar tu cuma mintak ada common sense je. Menyirap je bila ingat balik. Tu yang saya tahu dan nampak yang tak nampak? Entahla.

Islam ni agama yang mudah tapi jangan ambik mudah lagi2 bab solat. Tak suci tak sah solat. Dapat penat je nanti.

– YG (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *