Hai. Salam Ramadhan semua. Saya aunty bakteria. (lawak hambar). Saya nak share kisah saya sebagai bacaan ringan semua waktu waktu puasa ni.
Saya kahwin dengan suami (N) masa kami berumur 25 tahun. Masa saya beritahu parents yang saya nak kahwin. Abah saya tanya berapa yang bakal suami saya mampu untuk bagi hantaran. Bila N kata x amount. Abah saya terima je. Syukur.
Untuk kenduri, banyak yang kami keluar duit sendiri. Baju nikah, sanding pun kami tempah sendiri je. Lebih murah.
Masa mengandung suami dapat kerja dengan company GLC. Start dengan kontrak. Gaji RM1800. Lepastu setahun dapat permanent. Masa baru permanent, gaji ikut tangga gaji sebenar jadi turun rendah. Masa tu RM1250 kot.
Kami sama sama bina kerjaya. Duduk di bandar kecil. Sambil besarkan anak anak. Kami ada dua orang anak. Sepasang. Masa kami muda, hidup kami memang fokus untuk anak anak je. Anak saya baru 9 bulan pun dah pergi kelas muzik. First time mom memang excited terlebih.
Masa tu, kalau saya ada kursus yang kena outstation, saya sanggup balik hari. Tak kisah lah naik train atau naik kereta. Sebab saya nak ada waktu anak anak nak tidur. Kami nak say good night to each other. N pun macamtu. Setakat kursus di kl ke, dia sanggup balik hari.
Alhamdulillah, anak anak pun membesar dengan baik. Akademik dan kokurikulum berjalan seiring.
Nampak manis je semua kan? Sebenarnya masa saya mengandungkan anak kedua, N jatuh sakit. Sakit tak boleh bangun, tak boleh bergerak. Turun berpuluh2 kilo jadi kurus. Pergi klinik merata tak jumpa penyakitnya.
Tapi seminggu sebelum anak bongsu saya tu lahir, baru jumpa doktor yang diagnos penyakitnya dengan betul. Masa tu dah buat appointment nak kena operate kaki dekat Pantai hospital. Rupanya bukan penyakit yang kena operate langsung. Jadi mulai dari situ, N kena sentiasa pergi checkup dan dapatkan rawatan. Yang ni saya boleh cerita kemudian kalau ada yang rajin nak baca pasal penyakit tu.
Kami hidup macam biasa, happily, melalui onak dan duri kehidupan. Anak kami dapat 2 kali masuk pertandingan di peringkat antarabangsa dan kami dapat la merasa ke luar negara. (dalam ASEAN je).
Then covid hit.
Saya kehilangan kerja. Taraf sosio ekonomi jatuh. Tapi, kita percaya dengan setiap yang berlaku ada hikmahnya kan. Anak sulung kami dapat masuk SBP. Mestilah saya dan N seronok sebab kami adalah produk sekolah harian biasa. Anak kami masuk asrama dan kami tak dapat datang pun untuk menjenguk dia sepanjang di sana. Sebab masa tu musim covid. Hantar masuk asrama pun drop off je. Tak boleh nak peluk cium sebelum pergi. Anak saya memang down sangat waktu baru masuk sekolah. Dan untuk bagi semangat kepada anak manja kami tu, N pun sambung belajar juga.
Kan saya kata ada hikmahnya kan. Sementara saya tak kerja, saya tolong tolong juga N dapat perjalanan pembelajaran dia. Secara tak langsung, saya pun dapat belajar benda baru.
Kami duduk di bandar kecil. Jadi bila covid dah reda, takde peluang pekerjaan di tempat saya. Tapi alhamdulillah, walaupun dah tua, saya masih dapat kerja walaupun jauh. Kalini terpaksa PJJ dengan N dan anak anak.
Saya mula bekerja di negeri lain pada bulan Januari dan pada tahun yang sama, anak bongsu saya pula dapat tawaran ke asrama. Jadilah kami sekeluarga tinggal di tempat berbeza.
Masa baru nak biasakan diri PJJ, memang susah. Saya dah biasa apa apa semua buat Bersama sama N. Tiba tiba kena berdikari sendiri. Masa tu pun, N dah nak habis belajar. Tinggal nak siapkan studies je. Dengan tolong N dalam siapkan tesis dia, ini ubat saya waktu PJJ.
Pada hari jadi saya ke 40, N masukkan cash 2.5 kali ganda amaun hantaran dalam akaun ASB saya. Seronok? Mesti la seronok.
N masih jadi pillar saya. Saya rasa sayang saya pada dia tak pernah kurang. N masih akan bagi surprise dengan tiba tiba datang ke negeri tempat kerja saya randomly pada hari kerja. Dia datang lepas kerja dan pagi pagi akan pulang sebab dia pun kerja.
Kan saya beritahu yang kami sekeluarga tinggal berasingan. Kami akan berjumpa dan berkumpul waktu cuti sekolah atau waktu anak anak balik bermalam. Tapi rutin saya dan N adalah melawat anak tiap tiap minggu di asrama.
Sebab kami tak tinggal bersama, saya dan N selalu share momen momen keluarga kami dalam tiktok. Tak sangka juga ramai yang menonton. Ramai yang suka gelagat anak anak saya. Dan saya nak berterima kasih kerana ramai yang mendoakan perkara yang baik baik untuk kami anak beranak.
Ada yang minta share macamana nak have a happy family. Sebenarnya apa yang dipertontonkan tu cuma sebahagian kecil je dari kehidupan sebenar kami. Mana ada kehidupan yang semua indah. Lagipun apa yang diletakkan di tiktok tu semua untuk kenangan. Takkan lah kita nak letakkan benda yang tak seronok. Nanti di masa hadapan, kalau tengok, sendiri juga tak seronok.
Untuk anak anak muda, walaupun aunty tau sekarang ramai Perempuan yang nak cari lelaki provider, yang dah stabil baru nak kahwin. Tapi, it is okay to grow together. Kami pun mula dari bawah, tapi alhamdulillah sekarang, kami sama sama ada peningkatan dalam kerjaya. Bila kita dah kahwin ni, bukan lagi I or U, tapi US and WE. Kalau ada hal hal yang menganggu fikiran, terus discuss. Hidup ni kita kena berterus terang. Jangan simpan. Nanti jadi barah.
Ok lah. Aunty nak pergi meeting. Kalau ada yang suka baca, nanti aunty bakteria sambung lagi ya.
– Aunty Bakteria (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Invisible disease ke? AI. Nampak normal dimata kasar tapi hari2 kena berlawan.