Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca..
Terima kasih admin kerana sudi siarkan penulisan ini..
Saya bukan nak buat confession.. tapi saya nak share saja apa kesilapan yang ibu bapa saya buat dalam mendidik anak-anak semasa saya kecil dan kesan buruknya yang kelihatan sekarang..
Saya tulis disini supaya tiada sesiapa yang mengenali saya, ibu bapa atau adik beradik saya.. tiada sekelumit pun niat mahu memalukan atau menyalahkan kedua ibu bapa saya atas apa yang mereka lakukan..
Zaman dulu bukan macam zaman sekarang.. ilmu parenting tu mungkin tiada langsung.. mereka juga mungkin dibesarkan dengan cara yang lebih teruk lagi..
Adik beradik kami hampir 10 orang.. bapa hanya bekerja biasa sahaja.. ibu pula seumur hidup tidak pernah bekerja makan gaji.. kedua-duanya hanya berpendidikan rendah sahaja.. kalau ikut kategori sekarang, rasanya taraf B40 atau mungkin rendah lagi..
Bila anak bergaduh, respon mereka bukan meleraikan pergaduhan, memujuk atau abaikan saja.. tetapi dengan ‘nasihat’ yang berbunyi “padan muka.. siapa suruh kawan dengan dia”..
Masa anak kecik, ‘nasihat’ tu memang seolah-olah tiada kesan.. selepas beberapa jam, anak-anak akan elok bermain semula macam tiada apa yang berlaku. Tapi kesannya bila dewasa adalah.. memang betul-betul mereka tak berkawan..
Ada adik beradik kami yang terus mengasingkan diri daripada keluarga kerana kecil hati atas perkara yang remeh temeh..
Ibu bapa saya juga suka marah dan tengking anak-anak tak tentu pasal.. kesilapan yang kecil pun boleh marah macam nak telan anak..
Marah anak tertumpah air.. marah anak gelak kuat.. marah anak duduk saja tak buat apa-apa.. pantang nampak anak.. mesti kena marah.. kadang dengan pakej bahasa kesat.. mak saya boleh membebel 3 hari 3 malam atas 1 kesalahan yang sama..
Kesannya adalah anak-anak jadi tiada keyakinan diri.. semua adik beradik saya tidak berani bercakap dihadapan khalayak ramai.. jadi semua pun punya pekerjaan yang biasa-biasa saja..
Saya yang paling terkesan kerana pekerjaan saya memerlukan saya selalu bercakap di khalayak ramai.. di hadapan bosses yang berjawatan penting.. saya sangat struggle untuk meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi saya..
Sehingga sekarang, saya rasa keyakinan diri saya masih belum mencapai tahap yang sepatutnya..
Kami juga jadi tidak pandai meluahkan perasaan dengan cara yang betul.. majoriti adik beradik saya bermasalah dalam rumah tangga.. bercerai berai.. saya pasti salah satu sebabnya adalah masalah komunikasi..
Saya sendiri sangat struggle nak luah perasaan kepada pasangan bila ada masalah.. akhirnya hanya mampu silent treatment dan pendam segala rasa tak puas hati tu..
Ibu bapa saya juga suka pukul dan belasah anak.. pantang silap sikit, paling minimum pun mesti kena cubit.. kadang tak pasal-pasal pun kena cubit.. kami tak tau salah apa pun.. kalau kesalahan yang besar lagi la.. memang kena belasah..
Alat belasahan paling standard adalah ranting jambu.. bayangkan ranting jambu yang baru diambil kat pokok.. yang masih liat dan basah tu.. boleh hancur bila pukul anak.. tali pinggang.. hanger.. getah paip.. dan rotan buluh pun memang semua pernah merasa..
Perkara ni pun memberi kesan kurang keyakinan diri pada adik beradik kami.. dan menurun macam penyakit keturunan.. semua adik beradik saya memang kaki pukul anak.. tapi tidaklah kronik macam mak ayah.. mujur saya tersedar awal daripada penyakit ni..
Kesian juga kat anak-anak masa kecik-kecik.. walaupun tak seteruk mak ayah saya dulu, setakat cubit dan hanger tu pernah juga mereka merasa.. saya stop bila anak sulung mula masuk sekolah rendah.. yang bongsu langsung tak pernah merasa.. selamat dia.. haha..
Jadi nasihat saya untuk ibu bapa muda.. kawal perasaan dan emosi anda daripada marah atau pukul anak.. benda tu sangat tak bagus.. tak bagus untuk anak dan tak bagus untuk kita..
Budak-budak zaman sekarang lagi tak sama macam kita dulu.. nak kuatkan semangat mereka, bukan dengan cara macam ni lagi.. banyak cara lain yang lebih elok..
Nama pun budak.. beri mereka ruang untuk mereka belajar membetulkan kesilapan mereka sendiri.. belajar ilmu parenting.. jangan malu mengaku kita tak pandai.. tak nak anak buat salah, jangan ada anak.. bela anak patung sudah..
Cikgu-cikgu pun sama.. sudah-sudahlah marah dan denda anak orang sebab tak ikut cakap cikgu.. mereka takkan jadi baik pun dengan marah cikgu tu.. buat penat je.. lagi boleh jadi penyakit nanti..
Saya ada kenal 2 orang bekas guru disiplin.. kedua-dua guru ni kena kanser.. ni yang saya kenal ye.. mungkin ramai lagi.. belajarlah ilmu psikologi yang asas untuk urus emosi sendiri.. dan macam mana nak buat anak murid dengar nasihat kita..
– lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dear Confessor,
Cerita u lebih kurang like mine, in my story, my dad.
Adik-beradik kami 5 org, ayah mmg seorang yg berpangkat namun sangat bengis dgn keluarga. Hinggakan rakan-rakan ayah & saudara-mara, nenek pun ada nasihatkan ayah supaya melayan kami dgn baik tapi ayah merasakan yg kami ini tidak meet his expectation.
Mak bekerja & memegang jawatan penting, mak bersabar dgn perangai ayah. Mak hanya diam seolah2 tidak mampu menahan Ayah drpd membantai kami.. Mak kata mak diuji mendapat suami yg mcm ni.
Kami adik beradik cemerlang di dlm pelajaran, mendapat straight A’s.. ada yg dapat masuk asrama, ada yg tiada rezeki ke asrama.. tapi ayah tetap tidak merasa bangga dgn pencapaian kami.. ingat mudah ke nk dapat 4-5A dlm upsr, 6-8A PMR dan pangkat 1 / straight A’s SPM?
Adakah ayah bangga dgn pencapaian kami? Tidak ye…
Sejak kami kecil, umur 5 tahun mcm tu ayah dah belasah kami dgn tali pinggang, bila dah sek rendah, ayah kurung dlm bilik air dan macam2 lagi hukuman berat yg ayah bagi kpd kami.. paling teruk abg yg sulung.. bukan sekadar dibelasah malah ditibai di khalayak ramai.. ayah seolah-olah bangga bila dpt pukul anak.. dia akan bercerita sana-sini yg dia pukul anak tanpa dia sedar sbnrnya perkara itu mengaibkan diri & keluarga..
ayah ckp ayah dulu lagi teruk kena dgn arwah atok & nenek.. wahai ayah, zaman dah berubah.. zaman dulu mmg ramai yg jahil ilmu parenting.. as time goes by masyarakat semakin sedar yg memukul / mendera anak itu adalah perkara yg x betul…
So apa hasilnya bila ank2 membesar dalam keadaan ketakutan akibat bengisnya seorang ayah?
Sama spt confessor, kami hilang keyakinan diri. Adik-beradik saya kerja biasa2 dan ada yg tidak bekerja wpun dahulunya cemerlang dlm pelajaran.
Alhamdulillah, dlm adik-beradik, saya dimurahkan rezeki, memegang jawatan tinggi di salah satu syarikat gergasi di Msia dgn pendapatan bulanan 5 angka, wang itu saya byk spend utk keluarga adik-beradik saya…
Yg paling kasihan ialah abg saya, usianya kini hampir 50 tahun, tidak mempunyai pekerjaan, tidak mempunyai ramai kawan, berkelakuan agak ganjil drpd org lain.. bila ada org datang rumah, dia akan beri pelbagai alasan utk tidak bertemu.. abang saya hilang keyakinan diri yg sangat teruk.. abang masih tidak boleh berbaik dgn ayah.. masa abg muda (20an) abg kerap bergaduh dgn ayah kerana ayah sangat toksid melayannya.. gemar memalukan dan mengaibkan abang.. bila bergaduh, Abang mengalah.. samapai sekarang hubungan mereka masih renggang walaupun tinggal serumah..dlm keadaan Abang tiada pekerjaan manalah mampu utk dia menyewa di luar..
Kesian abg, sepatutnya sbg anak sulung abg dijadikan role model buat adik2 tetapi sekarang abg tidak mempunyai apa2..mak kata Abang gagal..saya ckp pada Mak, Abg jadi mcm ni sebab childhoodnya rosak teruk..dan kami adik-beradik yg lain tidak akan mengulangi kesilapan yg mak dan ayah lakukan terhadap kami.. we want to end this generation curse..
Org tua dulu2 didik anak serupa didik anak lembu dan itik.Tiada perasaan dan belas ehsan.
Kesannya mental anak2 yg jd mangsa sampai ke tua bawa trauma zmn kanak2.
Sebab tu disarankan berhijrah keluar dari sesuatu tmpt tu bila dah cukup umur.Jgn dipaksa stay dlm persekitaran toksik.
Sama spt yg sy lalui..😢😢