Korang tau tak, few months ago. Aku pergi holiday dengan family.
Masa nak balik tu, kami naik flight. Dekat airport aku dah nampak satu group perempuan ni. Dalam empat orang macam tu.
Aku rasa diaorang ni member2 la. Dok huha huha. Mula aku tak kisah la.
Actually hari tu mood aku pun tak baik. Ada bertengkar sikit dengan adik aku.
Dan kami duduk dekat dengan group perempuan ni. Actually di tempat duduk paling last.
So aku ada rasa tergangu sikit la.
Dia orang gelak² tak ingat dunia. Dok ambik² gambar macam tu la. Tapi agak noisy. Macam dunia ni diaorang punya ja.
Lepas tu aku bangun nak pergi cafe sebab aku tak suka bising². Aku rasa semak betul dengan group ni.
Aku tak pasti la apa diaorang ni buat. Ibarat situasinya macam kawan tu nak rampas handphone dari member dia la.
Lebih kurang macam tu la yang aku perasan. Macam tengah tolak² satu sama lain. Bergurau² bergelak² macam tu.
Tapi macam mana tah la, yang sorang tu terlanggar aku. Mungkin dia tak perasan aku kat belakang dia. Lepas tu terpijak kaki aku.
Aku akui aku hot temper. Kurang sabar. Tapi dah kau pijak kaki aku kot.
Perempuan tu macam terkejut. Memang la dia cakap sorry berulang kali sambil nak pegang bahu aku
Tapi aku tengah bad mood, kau pijak pulak kaki aku. Makin sakit hati dan kaki aku. Apa lagi aku marah la.
Aku kata, “Mata letak kat lutut ke. Tengok la orang lain sama. Ingat airport ni bapak ko punya ke”.
Lepas tu aku nak berjalan la sambil cuba cover sakit aku. Geng² tu macam terdiam. Mungkin terkejut tengok aku mengamuk.
Tapi perempuan tu kata eh bapak² jangan main eh. Aku balas dengan angkat middle finger aku tanpa pandang dia pun. So aku tak tahu la dia ada tengok ke tak.
Aku rasa macam kau yang salah, lepas tu nak marah aku pulak. Aku macam lantak kau la.
Time tu aku tergangu banyak benda. Tak boleh nak focus apa. Aku hanya fikir pasal masalah aku dengan adik aku ja. Sampai mak aku call kata dah nak boarding.
Masa tu aku tengok group tu pun satu flight dengan aku. Aku makin stress. Suratan kebetulan apakah ini.
Tapi aku buat bodoh ja la. Perempuan tu pandang macam tak puas hati ja.
Tapi dah tak terkinja² macam beruk dah la. Tahu pulak nak beratur elok².
Mungkin mood diaorg pun dah spoil.Tapi bagi aku bagus la. At least tak de menyusahkan orang lain.
Dalam flight aku cuma tidur. Nak lupakan masalah aku. Nasib la seat kami tak de berdekatan dengan geng² tu.
Tapi masa nak ambik luggage kami berjumpa lagi. Perempuan tu macam cakap² dengan kawan dia macam nak sindir aku.
Kawan² dia pun belagak bagus ja.. Mentang² ada geng.. Cuba sorang² nak tengok berani ke tak.
Aku dengar dia cakap orang sekarang macam tak de adab. Rupa bagus dah. Tapi adab fail.
Eh, macam dia tu ada adab sangat. Ok la aku ignore benda tu. Aku jenis malas nak gaduh dengan orang yang bukan level aku.
Mujur beg aku sampai cepat. Aku terus blah walaupun family aku belum dapat beg diaorang.
Aku sebenarnya sebelum holiday tu baru resign tempat lama. Aku tahu aku ada masalah attitude.
Aku sedang cuba untuk ubah sikap aku. Aku tak suka kaki ampu kaki jilat. Kaki putar belit.
Aku tak takut nak gaduh dengan sapa pun. Even itu adalah bos aku.
Tapi orang yang takut dengan aku mungkin. So orang sengaja bagi pressure dekat aku.
Akhirnya aku angkat kaki. Sebab bagi aku, company yang rugi hilang pekerja baik macam aku.
Lagipun aku selalu rasa dengan experience dan education aku, aku akan dapat ja kerja kat mana² pun.
Ibarat satu hilang, sepuluh datang. Sebab aku percaya career aku sentiasa ada demand.
Sebagaimana yang aku sangka, memang betul aku dapat pangilan temuduga. Tapi tau tak siapa yang interview aku tu, perempuan yang pijak kaki aku tu.
Nama dia cik shira. Memang aku terkejut gila la..Aku rasa dia pun mesti ingat ja muka aku.Tapi dia macam buat bodoh ja.
Aku pun pura² cool ja la. Dia bersikap professional ja. Tanya soalan berkaitan pengalaman kerja aku dan explain pasal projek company diaorang.
Tapi masa tu aku rasa la dunia ni kecik ja sebenarnya. Dan ada time kita kat atas, ada time kita kat bawah.
Teringat jugak daddy aku cakap. Kalau kita jumpa orang tu tiga kali..Mesti selepas² tu akan selalu jumpa dia.
Time tu ada jugak terfikir dia ni hr ke. Sebab aku memang tak minat nak tanya apa pun pasal dia. Sekadar bersangka sendiri.
Cumanya beza betul dia masa kat airport dan sekarang.
Kat airport, macam orang baru first time jumpa kapal terbang. Tak professional langsung. Macam budak² baru nak up.
Padahal dia dah 30lebih. Dia tua aku dua tahun. Tapi perangai masa kat airport macam kanak² rebina ja.
Ataupun tah² ni kembar dia kot. Aku fikir² sendiri ja la.
Balik pada interview tu aku pasrah ja la. Aku memang rasa aku tak dapat kerja tu. Dia kata kalau dapat dia akan call.
Aku pun tak berharap apa la. Sebab aku rasa banyak lagi company akan hire aku. Tapi rupanya tak de pun.
Company yang aku pergi interview pun tak pangil. Memang aku tahu tak dapat dah yang tu. Tapi company² lain pun tak pangil jugak.
Masa tu aku rasa la aku ni terlalu sombong mungkin. Tuhan nak ajar aku mungkin. Aku cuba muhasabah diri. Aku banyak dengar ceramah² dan motivation talk.
Aku cuba berbaik dengan family. Cuba pupuk sifat sabar pada diri aku. Aku cuba baik dengan semua orang la.
Masa aku kat rumah, aku banyak bantu mak aku. Teman dia shopping semua. Dengan adik pun aku dah baik semula.
Aku pernah terbaca, kalau jaga silaturahim insyallah murah rezeki.
Tup² company yang aku gi interview tu, th engineering nama company tu. Nama yang aku singkatkan.
Ada orang dari company tu call tanya dah dapat kerja ke..Boleh join diaorg ke. Aku mula tu ok ja. Lepas tu terfikir nanti akan jumpa perempuan tu tak eh.
Lepas tu fikir dia mungkin hr. Mana mungkin jumpa aku dah lepas ni. Lagipun aku fikir lantak la kalau dia kerja situ pun.Bukan masalah aku.So aku terima la offer tu.
Nah, hari first aku diperkenalkan dengan team aku. Cik shira tu rupanya head kami. Kiranya dia bos aku la.So hari² aku akan jumpa dia.
Company tu sekarang nak buat projek baru.So diaorang tengah cari staff yang ada experience la. And cik shira yang incharge projek tu.
Receptionist girl tu baik. Peramah. Aku selesa dengan dia. Budak tu cakap actually cik shira tak berminat pun dengan aku.
Dia tunggu candidate lain. Tapi tak de yang sesuai. Lagipun dia kata tiga orang ja apply jawatan tu. Last² aku jugak yang sesuai.
Sebab company lama pun memang aku dah expert buat quotation, cari supplier, and set up untuk factory electronic memang kepakaran aku.
Then tarikh nak start projek dah makin dekat. Projek ni diaorang nak buat kat vietnam. So diaorang perlukan orang yang agak mahir.
So nak tak nak dia terpaksa jugak la hire aku.. Aku pun oo macam tu ke. Patut la dia yang interview aku.
Sebab receptionist girl tu cakap kalau untuk team dia, memang dia yang akan interview orang. Dia nak kenal² orang yang akan team dengan dia.
Ok la, aku buat biasa ja masa tu. Monday tu ada morning meeting. Nak kenalkan aku pada team kan.
Habis meeting dia suruh aku stay. Tahu tak dia cakap apa? Actually dalam resume aku tu aku tak letak reference company lama tu.
Sebab aku kan dah gaduh teruk dengan orang² kat sana termasuk bos aku. So aku just letak company sebelum² tu ja la.
Tapi rupanya dia pergi call company lama aku tanya pasal aku. Apa lagi, pucuk di cita ulam mendatang.
Hr kat sana kaw² la buruk kan aku. Siap cakap all the best and good luck la kalau ambik aku kerja.Kurang asam betul.
Siap dia kata manager aku ada call back dia cakap jangan hire aku.
Lepas tu dia cakap, actually dia tak perlu call pun company lama aku tu.
Sebab 5 minit tengok perangai aku kat airport hari tu dia dah tahu aku jenis tak de manner.
Cuma phone call tu untuk confirmation ja. Cuma tak sangka tangapan dia pasal aku betul kononnya.
Oh wow.. So dia memang ingat la aku sapa. Tapi aku kan dalam fasa nak berubah. Aku malas nak gaduh. Aku cakap kat dia sorry about that day. Aku tak sengaja.
Tapi dia tak de pun said sorry. Mungkin dia rasa dah cakap sorry hari tu banyak kali.So tak perlu cakap dah kot.
Dia just cakap dia akan keep watching me. Nak tengok jugak tahap pro aku macam mana. Tapi kalau dia tak puas hati, dia akan kick aku macam tu ja.
Sound like dia ada dendam kan. But its ok. Aku beranggapan rezeki allah bagi. Memang rezeki allah bagi kan.
Sebab tu walaupun my previous company cakap buruk pasal I pun, aku tetap dapat kerja ni.
Masa tu aku sedar satu benda, bila allah berkehendak sesuatu, tak de sapa mampu halang.
Time fly, aku buat kerja macam biasa ja la. One day dia cakap kat aku, “Personally I don’t like you. But I akui kerja u bagus”.
But lepas tu ada pulak dia kondem itu ini. Suruh tukar itu tukar ini. Aku tiba² jadi panas hati la.
Sebab aku tahu apa yang aku buat tu betul.
Tak semestinya dia bos, dia tua aku dua tahun dan experience dia lebih dari aku bermaksud dia betul.
Aku rasa dia just buat semua ni sebab personal purpose dia ja. Dia tak puas hati dengan aku dan berdendam dengan aku.
Nampak macam dia mula sengaja bagi pressure kat aku. Mungkin dia nak aku give up kot.
Aku pun manusia yang kesabaran sangat tipis. Aku memang kaki gaduh kalau orang kacau aku. So baran aku memang cepat naik.
Aku cakap kat dia, eh cik shira, u tak payah nak kata personally tak suka aku. U tak kenal I personally pun.
Who are you to judge me. Aku kata awak dengan kawan² beruk awak hari tu ada adab ke? Tak fikir orang sekeliling.
Ingat saya ni suka awak personally ke. But u sangat tak professional. Tak pandai manage what is personal and work. Benda dah lama berlalu pun masih nak attack orang.
Dia pun naik angin jugak. Dia kata beruk awak kata kami. Awak ingat awak tu bagus sangat ke.
And macam² hal lagi la. Senang kata kami bergaduh mulut hari tu sampai staff lain masuk campur.
Dia nak defend diri dia, aku nak defend keadaan masa tu. Last² masing² blah macam tu ja.
Cuma after that aku rasa macam bodohnya gaduh dengan dia. Macam budak² sekolah.
Nampak sangat tak matang. Benda tak de apa pun sebenarnya. Padahal we both sama² professional. Tapi untuk benda remeh yang dah lepas bebulan²an jadi ungkitan balik.
Sama macam kita tengok video² dalam reels kadang tu. Isu boleh settle dengan baik. Tapi hanya sebab tak de kesabaran, benda kecik pun jadi besar.
Sekarang kat office macam tu la..Kami akan elak satu sama lain, kalau berjumpa masing² berkerut.
Bercakap guna perantaraan iaitu linda. Orang pun dah tahu, cik shira tak suka damia. Damia pun tak suka cik shira. Tapi buat kerja dalam satu team.
Aku memang ada terfikir nak berhenti kerja. Tapi aku fikir buat apa nak berhenti pulak. Aku tak de salah pun. Kalau dia tak suka aku dia la berhenti.
Lagipun environment kat sini bagus. Staff kat sini takat ni tak jumpa yang toksik. Kecuali dia.
Kat sini semua jenis happy². Aku pun happy ja kat sini walaupun work load tu banyak.
Aku ni jenis kerja stress mana pun, susah mana pun aku boleh handle tau. Tapi kalau perangai manusia ja aku tak boleh.
So aku tak tahu la nak bertahan lama mana. Kadang aku tak faham, apa yang besar sangat salah aku tu.
Sapa² kat tempat aku pada hari kejadian tu mungkin buat benda yang sama.
So aku buat assumption aku sendiri yang cik shira suka take it benda tu too personally. Which is aku rasa tak bagus sebagai seorang ketua team.
Tapi buat masa ni aku diam ja dulu. Cuma kadang ada rasa awkward. Sebab kita berjumpa sangat kerap.
Sekarang ni dia tegur apa pun aku macam tak boleh terima..Bagi aku, dia tengah attack aku personally. Aku start overthinking.
Tapi atas nasihat family aku, aku kendurkan ego aku tau mesej dia. Kebetulan masa tu ramadan baru masuk.
Aku ucap selamat berpuasa kat dia. Lepas tu aku sekali lagi mintak maaf. Aku cakap kosong kosong la. Yang lepas tu lepas la.
Aku kata kita kawan secara professional ja la. We are adult and mature.
Tak seronok staff bercakap². Tambahan dia seorang bos. Ni demi harga diri dia jugak. Kita nak handle kerja bukan sehari dua.
Tahu dia balas apa. ” eh I kan beruk. Tak kan u nak kawan dengan beruk pulak. So far I ok ja kita macam ni. U tak suka I, I tak suka u. So fair and square. Bab apa orang nak cakap I dont care. I lebih rela macam ni dari jadi fake. So dont text me kalau bukan hal kerja.
Menyesal weh aku mesej dia.. Macam tu ja dia malukan aku. Seriously menyesal gila. Aku tak sangka perempuan ni macam tu sekali.
Dengan orang lain elok ja dia baik, manis. Jadi solehah sangat.
Tapi dengan aku, ego. Macam munafik pun ada. Padahal aku dah tundukan
Ego aku mintak maaf. Sebab tu leceh kalau bos perempuan.
Tapi aku ada ego yang lagi tinggi dari dia.Memang aku tak akan hadap dia lagi dah la. Dia belum kenal aku lagi.
Bercakap bab adab macam ustazah. Tapi tang diri sendiri hampeh.
Aku ikutkan nak gaduh. Tapi mak aku suruh sabar ja la. So aku diamkan diri.
Lepas isu texting tu, muka aku makin masam bila berhadapan dia especially dalam meeting.
Aku punya presentation pun sangat berkerut dan serius walaupun ada client. Kalau tak dekat office aku jenis boleh ja buat gurau.
Tapi sekarang perubahan aku semua sebab dia. Sekarang kalau linda cakap cik shira suruh ubah apa², aku cakap kat linda suruh dia alter sendiri apa yang dia rasa tak betul.
Sebab aku banyak lagi benda nak buat. Kalau benda tu logik aku boleh ja terima. Tapi benda aku rasa tak salah. So lantak kau la.
Sebab bagi aku. Kalau berani kick ja la aku..
Sebab aku tahu la selagi project kat vietnam tak habis, selagi tu ko tak boleh buang aku.
Sebab madam pun puji kerja aku bagus. Sampai ko tak boleh nak cakap apa dah kan.
Ko nak tengok sangat kan tahap pro aku..So kau tengok la sendiri.
Korang rasa apa yang aku buat ni betul ke? Korang pernah ke berhadapan situasi macam ni.
Ni satu benda lagi pulak aku dok runsing. Aku dengar cerita, next friday, madam nak buat majlis berbuka.
Tapi disebalik majlis berbuka tu, dia nak aku dengan cik shira clear personal isu kami. Sebab orang kan macam dah tahu dah kami ada isu peribadi.
Tapi sampai sekarang sorang pun tak tahu apa isu tu.
Dia pun tak cakap kat sapa². Aku pun tak cakap kat sapa². Tapi semua orang tertanya² kami gaduh kenapa.
Aku memang tak kan cakap la benda bodoh macam ni. Tapi tak tahu la kot dia berani nak malukan diri dia sendiri. We will see soon.
– Damia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Seronok baca penceritaan kau sis. Tapi aku berpegang 1, sekeras mana pun manusia, ada lembutnya. Cuma cara dan masa kena betul. Bulan baik ni, aku doakan hati Cik Shira tu lembut hati untuk bermaafan dengan kau dan boleh bekerja serta bersilaturahim dengan baik lepasni. Goodluck!
Dari penulisan kau ni,aku rasa kau ni cepat triggered.kalau marah tu,kejenya nak terus meledak je.lepas ni, kalau marah tu diam dulu. Muka kalau takleh control,takpe.start dengan diam dulu.tak rugi ape kalau tak bercakap masa tengah marah.cuba kau bayangkan ape outcome situasi2 kau yang kat atas ni kalau kau diam? Kau takdelah malu dalam flight,tak malu time interview dan mesti tak awkward langsung waktu kerja.kita ni kerja seharian,kalau boleh nak tenang2 aje.manusia tak semestinya ade pendapat yang sama,bila ade perbezaan,bincanglah dengan rasional. Ajak meeting baik2,bagitahu point kau kenapa kau stick dengan certain decision. Kau tak boleh pikir kau je betul.you need to humble yourself a little bit.cuba kau letakkan diri kau kat tempat dia dan fahamkan point dia pulak.bab mesej tu,kau terima jelah.kau pun bukan tak salah langsung. Dia dah cakap sorry, kau marah dia kat airport,tunjuk middle finger lagi, pastu kemain bengkeng lagi lepas dia dah hire kau. Kau expect ape?dia nak lupakan semua ke?bagi aku,dah elok tu dia reply suruh buat hal masing2,at least dia tak burukkan kau dekat staff lain.kau sendiri cakap orang lain tak tahu ape punca korang gaduh.that’s a good part on her. Sebab kalau ikutkan posisi dia sebagai boss dan pekerja yang lebih lama dekat situ,kalau dia nak buat hidup kau lagi derita,dia boleh je.tapi dia tak buat pun.tengok gayanya, possibility korang ni nak kamceng tu macam tidak lah,kalau boleh pun mungkin makan masa yang lama dengan syarat kau tak ego sangat. Tapi,buat masa ni, mungkin boleh je jalani hidup dengan tahan mulut kau tu dari bercakap masa marah.ade satu buku kau boleh baca, tajuk dia: How to win friends and influence people. Elok buku ni untuk elak disaster dalam kehidupan seharian
Kau kena lawan kalau dibuli Damia! Kau da mesej dia rendah kan ego dia yang perangai sampah. So xperlu dah kau nak rendahkan apa-apa lagi.
Kalau orang pertikai kan kau tak nak berbaik, kau tunjuk je mesej kau dengan dia. Apa dia reply kau. Senang..
Kalau dia boleh sengaja nak cari pasal, kau pun boleh sakitkan hati dia. Fair. Kau buat je kerja kau. Biar dia stress jumpa kau tiap hari.
Batu api eh Kau ni hahaha damia dah tua ni elok buat Hal masing2 ,kita muhasabah diri lebih baik..dah bagus Kau mintak maaf tapi lagi elok ignore je la ko buat je kerja Kau sebab both of u semua ada silap masing2..n sape cakap kalau dah 30an tak boleh nak enjoy2 gelak nga kawan hahahaha 🤣🤣 maybe tu cara cik Shira tu happy ..tiber
Hi damia, aku pun pernah di situasi ini tapi beza kita aku tak baran, tapi teruk gak la gaduh. Aku ignore je dia, cara nak sakitkan hati dia senang je kau buat macam takde apa jadi, takyah nak berkerut masam sangat. biar dia kerut sorang2. Kau happy2 je ok. At least part kau dah settle kau dah mintak maaf
Tak dinafikam Cik Shira tu bermasalah. Tapi aku rasa confessor ni sendiri lebih bermasalah dari Cik Shira. Orang lain je yg salah. Cuba la muhasabah diri lebih lagi…
buku bertemu ruas! 2 2 sama je perangai, ego tinggi, perasan hebat. tp i puji u coz dah rendahkan ego dn text dia. i doakan u dn dia akan berbaik lepas ni. tp berbalik pada tajuk, mcm mana nk handle ni, buat biasa je.. dlm hati sentiasa maafkan dia, u akan lebih tenang.
Semoga akhirnya kamu berjodoh
Damia, dari awal lagi kau bermasalah. Kau tu ada baran. Rendahkan sikit baran kau tu tak boleh kah? Dari ayat kau ni, mcm pick me girl SANGATTT. Overlah sis. Kenapa sbb baran nak mampus kau tu org sekeliling perlu ikut rentak kau? Tiba2 bagi middle finger utk perkara remeh? Mcm tiada adab