Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Nama aku Mahu Kuat. Umur 30an. Sudah berkahwin, sebab tu tajuk aku tersepit antara suami dan ibu. Ada anak, tapi tak ramai.
Ibu aku baru je keluar rumah dia. Sekarang dia banyak tumpang rumah anak². Aku taknak cerita banyak sangat pasal kisah keluarga aku tu.. Cuma sekarang aku tersepit antara suami dan ibu ku.
Ayah aku dah meninggal. Sekarang ibu aku duduk rumah aku. Suami aku macam tak selesa.
Sebagai isteri dan anak. Aku tersepit. Layanan suami aku dah makin lain. Tak kan aku nak kata dekat ibu aku suruh balik.
Aku sedih… aku penat. Aku sayang ibu aku, tapi dalam masa sama tak kan aku nak jadi janda? Hahaha. Pepelik je ek aku fikir ni.
Korang doakan aku kuat boleh? Kalau ikutkan banyak sangat aku nak bercerita, tapi ni aku ringkaskan jela..
Banyak terjadi dalam hidup aku. Orang ingat aku hidup senang, kaya, dan happy. tapi itulah. Aku kena banyak bersyukur dan redha kot?
Tadi aku tanya sepatah, suami aku jawab sepatah. Entah lah. Mesti korang ingat remeh sangat kan masalah ni. tapi ni baru 5% dari cerita² yang aku pendam je.
Kalau ada yang nak baca nanti aku sambung lah. Nak mandi jap. Baru balik kerja.. tak kerja nanti kena hina je. Sobs sobs..
– Mahu Kuat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit