Ujian Dan Ramadan

Hai, aku Puan Bunga, aku menulis ni jam 3.45 pagi pada malam Ramadan ke-12 dengan perasaan yang sungguh hancur.

Pendekkan cerita, aku adalah pengantin baru, perkahwinan belum mencecah 2 bulan pun, tapi dah ada ujian yang sangat aku tak sangka.

Ringkas perkenalan dengan suami, kami berkenalan di tempat yang baik dalam keadaan yang baik, kami best friend di tempat kerja, setahun berkawan and decide untuk taaruf sebab dua dua berkenan each other.

Aku boleh katakan proses taaruf dan perkahwinan sangat smooth dan healthy, semua benda aku dah tanya, semua point of view aku utarakan,

Lots of discussion and communication serta proses perkahwinan kami yang Allah mudahkan sangat sangat, behavior dia juga tiada yang red flag, dia nampak normal sahaja,aku sangat positive dengan pasangan dan perkahwinan ni

Sampailah hari berkahwin dan honeymoon, aku perasan ada yang tak kena bila ada orang call dia bertubi-tubi tapi dia taknak angkat, bila tanya katanya kawan lama,

Bila dah duduk serumah baru la kita kenal pasangan kan, aku perasan suami aku tak tidur malam, sampai seminggu kadang2,

Tapi bukan tak tidur yang annoying main phone or main game, tapi dia akan kemas rumah, buat kerja, main game sikit, dan macam orang busy uruskan macam2.

And ada lagi beberapa suspicious things happen dan aku terus doa Allah beri petunjuk, dan harini di bulan ramadan ni, aku dapat tahu suami aku adalah penagih dadah,

Sebab aku terbaca di whatsapp web conversation dengan kawan nya, berapa gram dia nak beli, tools yang digunakan, discuss tentang urine sebab takut roadblock,

Dan aktiviti tu berlangsung lama since bertahun2 lepas, bayangkan beberapa gram dadah yang dibeli almost RM500 dia transfer for 1 week, dan almost every week dia akan repeat order.

Hancur sungguh hati ni tak kala baru sebulan lebih kahwin, aku track behavior dia, bila dia tiba2 hilang dengan kawan, dia akan balik menjadi orang yang sangat sweet talker, dan dia akan tak tidur for 3 days,

Lepas tu akan topap tidur non stop for 2 days, bayangkan 5 hari habis mcm tu je, aku baca di whatsapp dia tempat2 dia akan on project dia, aku sedih, mostly dia akan pergi rumah kawannya, dan kawannya adalah kawan baik aku juga.

Majlis bertandang pun tak buat lagi, aku rasa dah give up, aku dah tak fikir dah tentang anak dan impian masa hadapan, aku kecewa sungguh, dan sangat takut untuk confront.

Aku perlukan pandangan pembaca untuk isu ni, apa yang patut aku lakukan dan tidak membahayakan aku.

Terima kasih, salam ramadan kareem.

– Puan Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Bagitau mak ayah elok2. Baik cut off sekarang sebelum melarat. Jalan terus. Mintak ayah dgn abg kau confront dia dgn semua bukti. Jgn main2 dgn org ambik dadah ni. Otak diorg bukan betul mcm org normal.

  2. Report AADK. dan jangan jamin.. pastikan sesiapa pun jangan jamin. Walaupun org ckp kat serenti dia akan bagi jugak, tapi sekurang²nya kat sana dlm kawalan… Ada tunjuk ajar cara nak kawal. Sy da lalui.. sy report aadk sendiri. Bgtau bila suami ada kat rumah.. aadk pun bagi kerjasama. Once ada rekod dgn aadk, aadk akan kerjasama dgn polis next time.

  3. For me tak payah confront. Sy lalui benda sama. Dan masa proses cerai sy pregnant. Hold sekejab tp masih tekad bercerai dan bercerai pada umur anak sy 7bulan setelah turun naik mahkamah sbb ex taknak berpisah.

  4. sy ada abg ipar yg “amik brg” juga. sampai anak dah ada yg masuk U pun masih tak berubah. keluar masuk penjara mcm tu je. klau ikut kakak sy cerita, klau dia amik brg tu sama jugak laa utk buat2 keje mengemas etc. smpai tak tidur. tp dah kata pun amik sampah, perangai sampah pun akan ada. domestic abuse dr makayah kami hidup smpai la skrg kami anak yatim piatu, tetap sama. kakak sy tu mcm dah kena brainwash la. bila suruh berpisah sebab orangnya pun tak bekerja, nafkah entah kemana, duduk rumah pun mengharapkan rumah pusaka makayahnya, klau kakak sy pergi kerja ada saja yg tak kena smpai byk kali kakak sy diberhentikan kerja, mesti kakak sy dok berfikir sejuta kali. kdg dia teringat momokan suami tak guna dia tu juga. konon orang tu kuat berdendam, kakak sy takut2 klau nnt dia keluar penjara habis kakak sy. family lelaki pun tak amik port dah psl dia sebab dah tahu sgt perangainya mcm mana. kakak sy jgk la yg kena hadap skli sy la terbabit klau ada apa2 sebab kami tinggal dua beradik je. bg sy even suami puan takda smpai tahap domestic abuse etc, tetaplah cuba cari jalan keluar dr perkahwinan unless klau dia nak berubah. klau dia betul syg dia akan berubah. nnt bila dah ada anak, kesian anak2 tu. klau pun dia takkan sentuh anak2 puan, boleh jd mental ya kena hadap bapak yg tak bertanggungjawab. sy selalu kesian pd anak2 buah sy. sy pun trauma apetah lg mereka. semoga urusan puan dipermudahkan ya 🥹

  5. Salam.. saya terpanggil nk tinggal komen.. pendapat saya adik carilah jalan pemyelesaian awal sebelum awak dapat anak. Pengalaman saya adik ipar pemagih.. keluar masuk and finally biras saya berkahwin baru, adik ilar masuk pusat. Anak2 dijaga oleh mertua.. mertua saya dah tua kasihan tengok. Bila ada anak, mcm ni la kisah dia.. semoga dipermudahkan urusan awak yer.

  6. Lebih baik keluar walau pun terpaksa menanggung malu. Biar malu sekarang dari menanggung derita berpanjangan yg akan datang. Maklumkan juga pada ibu ayah sendiri dan keluarga mertua.

  7. Dik.. ko blum mengandung lg kan.. better file cerai skrg ni.. sblm benda makin rumit bila ada anak. Drp cara ko citer tu nmpk dia amik ais.. dadah sintetik yg bahaya. Kene skali, susah nk tggal. Masa kene mmg la sweet talker, bila xdpt, kaki kene kat muka kau dik.. ape yg boleh buat skrg ni.. kumpul bukti, p buat pmohonan cerai. Mak ayah & mertua kemudian setel slow².. laki kau tu, ko tepon AADK suh mai kutip kat tempat port dia layan. Ko install la pape tracker kat phone dia.. nak tau dia buat port kat mane

  8. Allahu Akbar! Sedih bila dpt tahu berita mcm ni. Jadi pd pasangan yg baru sgt layari hidup berumahtangga. Sabar dulu. Mmg panik, sedih & marah sb rasa mcm xpatut kau ada dlm rmhtangga yg suami rulanya penagih. Kau kena ambil tindakan segera. Cari kt Google ttg PENGASIH. Tempat di mana penagih dipulihkan. Call minta bantuan, tangkap suami & kwn2 dia sekali. Klau ditangkap, mmg akan duduk dlm tu sampai sembuh klau x silap. Tp klau awak biarkn, dan dia trtangkap dek polis, dia akan ‘ke dlm’ masuk lokap. Akan di icarakan & klau xde duit nk jamin mmg akan masuk lokap terus. Dlm lokap lbh tersiksa. Lbh baik masukkn dlm Pengasih, ada peluang uyk pulih. Masalah ni mmg kena la bgtau mak ayah awak jgk. Tgok apa tindakan yg trbaik buat awak. Tp klau awak ada rasa syg pd suami lg, pulihkn dia dgn masukkn ke dlm pusat rawatan iaitu Pengasih di daerah kau tinggal.
    Buat pengetahuan awak, Seorang penagih, klau dh ambil benda tu, mmg tenaga jd luar biasa, sikap & tingkah laku jg. Yg org akan trpikir, normal ke x tido semalanan & rajin melampau uruskn rumah, kemas semua. Duit selalu cepat habis beli benda tu. Hubungan suami isteri xperform mcm org normal. Sb mcm xde rasa kt bini. Nk dpt seminggu sekali pun susah. Klau yg cuba nk buang rasa ketagihan, akan ambil ubat dr klinik, nama ubat Methadone. Ubat nidi jual seboril kecik x penuh pun dh RM15, klau penuh mgkin RM25 ke RM30. Tahan seminggu. Klau dh ambik, ketagihan tu hilang, xde la bdn sakit2 & rasa panas dlm sampai x senang duduk. Xboleh buat kerja. Ini pengalaman Angah uruskn org yg pernsh ketagih. Skg org tu dh pulih sepenuhnya & dh x ambil lg ubat Metha tu dh. Hidup lbh sihat, badan berisi & dh xnak terjebak lg. Sb katanya, sakit. Sakit sgt. Hanya org yg rasa je tahu. Kita yg x rasa ni, boleh dengar aje la.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *