Hai semua. Aku baru baca pasal kisah seorang suami yang cemburu bila isterinya rapat dengan orang yang berlainan jantina ditempat kerja.
Untuk encik, cemburu tu tersangatlah valid. Kalau mampu, jangan jadi lelaki dayus, kena tegas untuk kekang benda ni atau minta isteri tukar/berhenti kerja. Sila tegas sebelum melarat teruk.
Ni kisah seorang isteri orang yang langsung tak jaga ikhtilat di tempat kerja. Aku namakan dia Pikachu.
Aku kerja dalam sektor perbankan. Dalam department aku, tak ramai perempuan. Ada la dalam 2 3 orang macam tu, lain semuanya lelaki…
Kenapa aku kata si isteri orang, Pikachu ni tak jaga ikhtilat? Setiap kali ada staff yang dia berminat nak menggedik, dia akan mulakan langkah.
Mula-mula rajin bantu staff tersebut walaupun tu bukan kerja dia. Offer diri untuk bantu ya, semestinya jadi peramah tanpa sebab.
Bila staff tu dah selesa dengan dia, mulalah kegatalan dia. Time breakfast, kirim dulu nak beli apa. Lepas tu, join sekali bf, melarat ke lunch sama-sama pula. Minum petang pun sibuk ikut juga.
Melarat sampai ke dinner selalunya sebab berkali-kali aku jumpa dia dalam mall lepas habis kerja.
Macam mana aku tahu lebih?
Pernah kantoi banyak kali berduaan dalam kereta, di kawasan parking, masa berjalan ke kereta, mesra lain macam siap berpegangan tangan. Parking pula, jauh dari kawasan tempat kerja. Apakahhh…
Dalam group whatsapp kerja yang takde boss, dialah terpaling no 1. Cara jawab langsung takde batas, sticker, emoji pun hantar yang macam nak bermanja je. Bergurau tanpa batas.
You know what, suka bagi emoji kucing/girl buat muka comel kononnya. Geli ya. Itu group kerja kot walaupun unofficial.
Majoriti kat tempat kerja pun tahu si pikachu ni suka bercerita masalah peribadi, suami problem la, suami tak melayanlah, suami itu lah, suami ini lah. Tapi, anak dah sepasang.
Semua ni trick untuk dapatkan perhatian jejantans kat tempat kerja. Bukan seorang, bertukar-tukar tau.
Dengan lelaki department lain pun menjadi-jadi, lagi-lagi kalau kena pergi site. Laju offer diri saja nak pergi. Happy semacam!
Berbuih dah aku nasihatkan. Tapi tak jalan dah. Dia macam lagi suka dapat perhatian sebegitu.
Bagi aku la kan, tak normal ya lelaki & perempuan tak kira bujang atau berkahwin, pergi lunch sama-sama, hari-hari di tempat kerja. Bertepuk tampar tanpa ada batas. Bergurau senda cuit sana cuit sini juga.
Jangan normalisasikan benda macam ni. Duduk bercampur lelaki perempuan masa makan. Jangan kata aku kuno. Selagi boleh jaga ikhtilat, jagalah. Keluar je lunch sesama jantina.
Oh ye, bukan setakat ni je. Pikachu ni akan involve sekali cari socmed orang yang dia suka tu. Macam mana aku tahu?
Tahu la sebab kadang-kadang dia akan bercerita, si polan suka macam ini. Si polan hobi macam ni. Si polan pergi sini. Anak si polan cutenya. Sampai macam tu sekali dia tahu…
Lagi satu, pikachu ni gunakan modal kegedikan/kemanjaan dia kalau bercakap dengan lelaki di office.
Time meeting, suara ok je, normal pula. Tapi, kalau bercakap dengan lelaki, mak aihhh, macam suara doraemon, kepit teruks! Aku pun pelik kadang. Hukhuk..
Aku penat dah nak nasihat dia. Tapi tu lah, tak sangka juga, isteri orang ada yang bersifat macam ni.
Pakaian tutup dari atas ke bawah. Rupa pun memang muka awam je. Tapi modalnya rajin tolong orang secara rela & gedik manja yang dibuat.
Kucing kalau ada ikan depan mata, mana nak tolak kan. Lagi la kalau tengah lapar kan.
Tolonglah jaga ikhtilat di tempat kerja demi maruah kita sebagai seorang isteri dan juga seorang wanita juga.
– Puan Sailormoon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit