Assalamualaikum. Aku Nuna. Aku dah kahwin, usia perkahwinan pun nak hampir 5 tahun. Dikurniakan 2 orang anak.
Asal kami berdua dari negeri pantai timur. Disebabkan kerja, kami tinggal jauh dari kampung.
Aku berkahwin dengan orang yang sama daerah. Jarak rumah mak aku dengan mil dalam 15 minit je.
Ramai orang kata, senang la kampung dekat2 takde gaduh2. Hakikatnya, orang yang laluinya saje yang tahu.
Setiap kali balik kampung, kami akan tidur di rumah mil. Rumah mak tak muat untuk kami adik beradik ramai, bilik pun ada 2 sahaja.
Jadi disebabkan aku tak nak suami aku tak selesa, kami buat keputusan tidur rumah mil jelah sejak kami kahwin selama hampir 5 tahun.
Dalam 5 tahun, 2 kali sahaja aku tidur rumah mak aku. Selebihnya, memang tidur di rumah mil.
Dah tidur di rumah mil, banyak masa terluang belah keluarga suamilah. Waktu siang, aku cuba ajak juga suami nak pergi jumpa family aku sendiri.
Tapi, masa nak keluar je pergi rumah mak, mil akan kata: “Ohhh, awalnya nak pergi”….”Kakak(anak sulung aku) tak payah pergilah, duk sini je”…
Sambil mil kata, dia akan tengok muka aku nak tahu reaksi macam mana kot.
Bila balik dari rumah mak je, mil akan tambah lagi. “Lewat balik”….”Ingatkan dah tak jumpa jalan balik”….
Bukannya kami balik rumah mil waktu malam. Keluar pagi, balik petang dalam pukul 3 petang macam tu je. Tetap kena sindir oleh mil.
Entah apa yang ada dalam hatinya tak puas hati sangat dengan family aku. Asyik2 aku kena sindir kalau jumpa family aku sendiri.
Padahal sebelum aku keluar, aku dah masak siap2 kat rumah mil.
Kita ni tumpang rumah orang, ada la juga common sense. Tolong apa yang patut. Masak, basuh pinggan. Mil ni ada tabiat juga.
Mentang2 aku ada, dia makan dia letak pinggan dalam sinki tak basuh. Aku ni tak sampai hati tolonglah basuh. Aku masak pun seorang diri, kadang suami aku nak tolong dia tolong.
Kadang, dia biarkan je aku masak seorang diri. Adik ipar perempuan pulak sibuk main fon dalam bilik. Keluar bilik bila nak makan.
Haaa, adik ipar perempuan boleh pulak keluar rumah, keluar waktu malam. Takde mil, fil nak tegur anaknya keluar waktu malam2. Bila aku nak keluar jumpa keluarga aku, boleh pulak main sindir2.
Sepanjang kami keluar beraya, mil akan ada selalu call suami aku, sibuk tanya ada kat mana, tanya bila nak balik rumah.
Kadang2, mil akan suruh adik ipar lelaki ikut jugak kami keluar beraya. Aku tahu, adik ipar aku tu jadi spy untuk mil. Dia akan report segala benda kat mil.
Entahlah raya tahun ni macam mana. Hampir 5 tahun aku dah hadap sindiran mentua. Ingatkan dapatlah keluarga mentua yang memahami rupanya suka control anak walaupun anak dah besar.
Suami aku pulak, aku cerita la apa pun bukannya dia peduli. Yang penting dia happy dapat luangkan masa dengan keluarga dia.
Raya makin dekat, lagi serabut fikiran aku.
– Nuna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kalau dia sindir, kau sindir la balik. Bagitau dia itu parents kau, memang kena la spen masa jumpa dorang.
Kau tak perlu berbaik sangat kalau asyik kena je selalu. Kena tunjuk juga kadang2 kau ada hati dan perasaan.
Kau tak nak bawak adik ipar kau, kau cakap terus terang je tak nak bawak, bagi je alasan nak jumpa kawan ke apa..
Kalau pinggan tak basuh kau try tak payah basuh. Tengok apa jadi.
Kau kena pijak ni sebab kau baik sangat. Mil kau ingat, kau tak melawan..