Perempuan Bermuka Dua, Pemusnah Hidup Orang

Aku ingat kisah aku dengan S dah cukup teruk, rupa-rupanya ramai lagi yang pernah jadi mangsa. Salah seorangnya, kawan aku sendiri, M. Aku tak sangka dia pun terperangkap dalam permainan kotor S.

Semua bermula bila S mula mengganggu M setiap hari. Mula-mula dengan mesej biasa, konon nak berkawan. Katanya dia sunyi, tiada sesiapa, tak ada tempat nak mengadu. Dia cakap dia janda, sudah lama bercerai, hidup penuh ujian.

M yang jenis tak suka layan perempuan sembarangan pada awalnya buat tak tahu. Tapi S tak berhenti. Hari-hari dia cuba. Dengan pujuk rayu, dengan cerita sedih, dengan ayat-ayat yang penuh simpati.

Akhirnya, setelah puas dipujuk, M mengalah. Dia mula layan S sebagai kawan. Lagipun, M ni jenis baik hati, mudah kesian dekat orang. Dia tak tahu yang dia sedang masuk dalam perangkap seorang penipu.

Sebulan berkawan, semuanya nampak baik-baik saja. S sentiasa berlagak seperti wanita yang lemah, penuh dengan luka lama, kononnya pernah disakiti lelaki.

M yang tak tahu apa-apa mula percayakan dia. Tapi entah kenapa, ada sesuatu yang tak kena. M mula rasa ada benda pelik dengan cara S bercakap dan bertindak. Seolah-olah ada sesuatu yang S sembunyikan.

Sangkaan M benar. Suatu hari, dia dapat panggilan daripada seorang lelaki yang dia langsung tak kenal. Lelaki itu marah-marah, memaki hamun tanpa henti. M terkedu.

“Kau siapa yang sibuk kacau bini aku?!”

Bini?!

Masa tu baru M sedar dia dah kena tipu. S bukan janda, S masih isteri orang. Dari awal lagi dia menipu, dia memperdayakan M dengan cerita palsu.

Semua cerita sedih tentang perkahwinan dia, tentang bekas suami, tentang kesusahan hidup, semuanya dusta.

Dia masih berkahwin, masih ada suami, tapi dalam masa yang sama, dia sibuk mencari mangsa lain untuk dipermainkan.

M terkedu. Dia langsung tak tahu S masih isteri orang. Dia rasa bersalah, rasa tertipu, rasa marah dengan diri sendiri. Kalau dia tahu dari awal, tak mungkin dia akan berkawan dengan S. Tapi nasi sudah menjadi bubur.

Sekarang, dia yang kena marah, dia yang kena maki, dia yang dipersalahkan. Sedangkan S? Diam. Tak bersuara. Tak mengaku salah. Seolah-olah semua ni bukan salah dia. Seolah-olah M yang bersalah sebab layan dia.

Aku kesian dengan M. Dia tak mintak semua ni. Dia bukan jenis lelaki yang suka kacau bini orang.

Tapi S? Dia memang tak ada hati perut. Dia tahu dia masih isteri orang, tapi dengan selamba dia perdayakan lelaki lain. Bila kantoi, dia buat-buat tak tahu, buat-buat suci.

M dah cuba hubungi S selepas kejadian tu. Dia nak tahu kenapa S sanggup tipu dia, kenapa sampai tahap ni.

Tapi S tak peduli. Langsung tak bagi penjelasan. Langsung tak rasa bersalah. Seolah-olah semuanya tak pernah berlaku. Yang lebih menyakitkan, M pula yang dipersalahkan.

Aku tertanya-tanya, berapa ramai lagi lelaki yang dah jadi mangsa? Berapa ramai lagi yang kena tipu dengan perempuan ni? Dan sampai bila dia nak terus buat benda ni tanpa rasa bersalah?

S sekarang masih aktif di media sosial. Masih menipu, masih buat cerita sedih untuk tarik simpati. Malah, sekarang dia berniqab, seolah-olah menunggang agama untuk menutup kejahatan yang dia lakukan.

Tapi sampai bila dia boleh menipu? Sampai bila dia boleh terus berlakon sebagai ‘wanita baik’ sedangkan dia dah hancurkan ramai orang?

Aku percaya, lambat laun, kebenaran akan terbongkar. Orang macam S tak akan selamanya terlepas. Mungkin sekarang dia boleh terus menipu, tapi satu hari nanti, topeng dia akan jatuh juga.

– Jiji (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *