Hi, saya nak minta pendapat korang. Saya Tiara berumur pertengahan 20an. Sepanjang hidup saya tak pernah bercinta. Senang cakap saya ni jenis menjaga diri lah. Berduaan dengan lelaki pon tak pernah apatah lagi nak bersentuh2.
Ok nak dijadikan cerita, 3 tahun lepas saya ada main dating apps. Main pon sebab kawan ajak. Nak hilangkan bosan je. Bukan niat nak cari pasangan ke apa.
Dalam dating apps tu ada la dalam 6 ke 7 orang yang approach saya tapi yang saya layan sorang je sebab yang lain semua tu gatal nokharom.
Mamat sorang ni kita namakan dia Jim. Jim ni baik, soft-spoken, caring. Dia selalu ingatkan saya untuk solat pada awal waktu. Memang baik lah senang cerita.
Niat dia berkenalan dengan saya pon sekadar nak berkawan. So kami pon berkawan lah sampai sekarang. Dia sangat baik ye.
Awal tahun haritu dia pergi rumah pakcik dia sebab pakcik dia tak berapa sihat dan pakcik dia ni bujang. Takde yang jaga so dia pergilah jaga. Kebetulan rumah pakcik dia dengan saya dalam 30 minit je so dia ajak jumpa.
Awal tu saya dilemma tapi disebabkan dia tak pernah tunjuk perangai pelik2 so saya ok je lah. Hari yang kami jumpa tu agak awkward sebab ye lah tak pernah jumpa depan2 kan sepanjang 3 tahun kenal.
Sepanjang keluar tu kami ok je tapi kami dah mula berpegangan tangan. Yang tu pon dia yang paksa konon dia ‘sejuk’.
Awal tu saya terkejut dan saya melawan tapi lama2 tu saya biar je sebab time tu saya fikir ‘pegang tangan je’. Bodoh ye saya masa tu.
Saya perasan je yang saya dah start hanyut sebab sebelum ni kalau lelaki datang berdiri sebelah pon saya dah lari. Tapi ni baru jumpa sekali je saya dah boleh pegang2 tangan. Tapi setakat pegang tangan je. Tak lebih. Then dia hantar saya balik.
After few weeks dia pergi rumah pakcik dia lagi dan dia ajak saya jumpa. Saya pon setuju. Dari awal saya masuk kereta saya dah nampak ‘adik’ dia naik. Saya pilih untuk ignore sebab taknak awkward kan keadaan.
Kami borak2, makan2, then bila dah start malam tiba2 dia start berubah. Tangan dah start merayap. Satu badan saya rasa seram sejuk. Literally meremang.
Saya melawan tapi kudrat perempuan kan. Takat mana je boleh lawan. Bila dah tak larat nak melawan, saya mula merelakan. So terjadi la adegan ‘ringan-ringan’ dalam kereta. Saya ni macam patung je. Kaku tak bergerak.
Awal2 saya terpaksa merelakan sebab takut dan tak kuat nak melawan tapi lama2 saya sendiri yang memang merelakan diri saya disentuh macam tu. Saya makin hanyut.
Tu last kami jumpa. Lepas dari tu kami selalu oncall. Cakap yang bukan2. Hari2 memang chat benda2 kotor je.
Hari ni Allah hadirkan satu rasa dalam hati saya. Sebelum ni saya rasa suka dengan perbuatan kami tapi harini saya rasa benci. Rasa marah dengan diri sendiri sebab biarkan diri saya disentuh. Rasa kotor sangat.
Pagi tadi dia chat saya dan dia mula nak start cakap yang bukan2. Saya terus cakap kat dia yang saya nak stop semua ni.
Saya dah sedar apa yang kami buat ni salah dan saya taknak kalau benda ni melarat sampai hancurkan diri saya. Saya nak jadi diri saya yang sebelum ni. Saya nak jadi perempuan yang mahal.
Awalnya dia taknak stop tapi bila saya pujuk2, dia menerima. Dia ada cakap dari awal dia kenal saya memang dia dah suka kan saya tapi dia kalah dengan nafsu. Dia pon menyesal sentuh2 saya.
Dia minta peluang untuk tebus balik kesalahan. Dia nak kami sama2 berubah ke arah kebaikan dan stop semua perbuatan ni.
Sekarang saya tengah dilemma sama ada dia ni betul2 nak berubah atau ni satu ‘perangkap’. Dia ada cakap nak jumpa lagi lepas ni tapi dah tak buat yang bukan2. Just keluar makan, lepak.
Jujur cakap saya dah mula sayangkan dia dan dia pon cakap yang dia memang sayangkan saya tapi hati saya masih ragu2? Betul ke dia nak berubah?
Lately ni saya selalu berfikir pasal jodoh. Siapa je taknak pasangan yang baik kan? Saya pon nak pasangan yang baik. Yang menjaga batas. Jaga maruah. Tapi diri saya ni pon dah kotor.
Layak ke orang macam saya untuk dapat lelaki yang baik? Ada ke lelaki yang baik nak perempuan macam saya? Memang la saya masih dara tapi saya dah kotor. Ke patut je saya bagi peluang kat Jim?
– Tiara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Lari la dik selamatkan diri kita perempuan memang mudah dipujuk kadang2..tu takut main dating app sebab yang kena dalam online lain ,depan2 lain
Adik, pakcik nak nasihat sikitttt ja. Lain kali nak jumpa org asing, tlg bawa mak/ayah/abang/ kawan pompuan dua orang untuk teman kamu. Kamu ni ya Allah.. Bahaya adik oii jumpa ntah sapa2 kat luar tu. Dah2 lepas ni tak payah jumpa lagi. stop semuanya dan bertaubat. Mohon perlindungan Allah
Betul tu bang. saya setuju sangat2. Keluar nak berkenalan ke, nak dating ke, bawa keluarga sekali. Dari situ kita boleh tengok keikhlasan lelaki tu. Aritu saya ada tengok dekat tiktok, ada seorg perempuan ni pergi dating, memang abis satu family ikut sekali. diaorg berdua duduk satu meja, yg family ni duduk satu meja belakang diaorg jer.
(ٱلْخَبِيثَـٰتُ لِلْخَبِيثِينَ وَٱلْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَـٰتِ ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ ۚ أُو۟لَـٰٓئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ ۖ لَهُم مَّغْفِرَةٌۭ وَرِزْقٌۭ كَرِيمٌۭ (٢٦
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Sama2 berubah dan niat berubah biarlah kerana ALLAH. Dan lebih baik lagi cepat2lah nikah. Dah halal kan lagi baik.
Lelaki sanggup memberikan cinta untuk mendapatkan seks..tu je nk cakap..
bykkan membaca adik uiii, byk kes mcm awak ni kat iium ni..byk pegalaman depa mula2 ringan pastu terus jd zina. last2 si laki2 xbertanggungjwab pun, tinggai mcm tu ja..laki ni memg suka dgn pompuan innocent yg xpenah bercinta. sng utk depa gula2 kan awak adk uii. harap adk dpt pikir dgn matang.