Salam semua, tak tahu nak meluah pada siapa. Saya suri rumah yang buntu.
Sebelum ini, saya adalah pencari rezeki utama (breadwinner) sebab keluarga saya taklah sebahagia orang lain.
Jadi, dari sebelum kahwin memang dah rasa struggle hidup tu, tapi syukur, Allah itu Maha Baik. Allah permudahkan urusan saya untuk sara mak disebabkan ayah saya wujud tapi statusnya “ghaib” sebagai seorang suami.
Bermulalah hidup rasa sunyi, umur pun makin bertambah dan rasa nak ada peneman dalam hidup. Yelah, bila dah jadi breadwinner, semua benda kena struggle sendiri—jadi penat, sedih, semua ada.
Saya nak seseorang yang boleh saya bersandar, susah senang bersama, dan semestinya yang boleh membimbing saya, sebab status ayah saya yang ada tapi tiada itu.
Sebelum kahwin, semuanya indah belaka. Biasalah, memang semua nampak yang manis. Tapi saya perasan bakal suami ni sikit-sikit akan sebut mak dia.
Awalnya, saya anggap benda tu normal sebab dia dibesarkan dalam keluarga yang, boleh dikatakan, perfect.
Pada saya, ibu ayahnya jenis alim, tak ada isu pun dalam keluarga dia. Jadi, saya rasa memang patutlah dia dengar cakap mak sampai satu tahap bila saya dah berkahwin dengan dia…
Awal perkahwinan, dia masih lagi terbawa-bawa dengan pendapat mak dia. Selalunya saya berkecil hati sebab dia utamakan pendapat mak dia walaupun itu hanya hal remeh-temeh.
Sampailah tahun kedua, saya dikurniakan zuriat. Tapi sekali lagi, kesabaran saya diuji. Anak saya lahir dengan keadaan IUGR, dan doktor mendiagnosisnya dengan Laryngomalacia underlying Pierre Robin Syndrome.
Ya Allah, saya terduduk. Dunia saya gelap sangat masa ni. Saya keluar masuk hospital sampai satu tahap saya berkampung berbulan-bulan di hospital untuk jaga anak tercinta.
Saya pun terpaksa tinggalkan sumber rezeki saya untuk sara mak saya selama ini disebabkan ujian ini. Sakit, perit, tapi masih cuba bersangka baik.
Sekarang saya dah jadi suri rumah sepenuh masa. Sebelum resign tu pun dah berbincang tentang komitmen dengan suami, dan so far tak ada isu.
Tapi sekarang, isunya lebih kepada kos untuk anak tercinta pula sebab dia perlukan CPAP & bateri, yang setiap bulan sewanya dalam RM600 juga.
Komitmen bulanan saya dalam RM2.5K juga sebab semasa bujang, saya sempat beli rumah. Yang lain tu komitmen biasa sahaja—kereta pun RM300++ je, rumah jelah yang tinggi nilainya.
Btw, suami tak ada rumah lagi, dan masa saya masih bekerja dulu, dia ajak saya kongsi 50-50. Saya pun okay jelah sebab fikir kesian dan niat saya nak bantu dia juga.
Bila dah jadi suri rumah ni, simpanan pun tak banyak. Duit tetap keluar juga kalau mak saya ada craving apa-apa, sakit, dan saya masih lagi bagi mak duit jajan. Kadang-kadang suami tu sesak juga tengah bulan, jadi saya akan dahulukan duit saya.
Di sinilah part yang mula buat saya turn off bila dah nak raya ni. Saya minta balik duit yang dah saya dahulukan sebelum ni sebab berbulan juga saya tunggu nak claim dengan suami.
Tapi alasannya, “Dah nak raya ni banyak nak guna duit, so tak sure boleh bayar ke tak.” Lagi sekali dia utamakan nak bagi duit raya ke mak dan saudara-mara dia.
Saya sangat terkilan. Kali ini saya dah macam tawar hati dengan suami. Hutang tak nak bayar, tapi sibuk nak bagi duit raya.
Saya sangat perlukan duit tu sebab sekarang saya suri rumah. Sedih saya, Min. Saya pun sampai dah lupa-lupa ingat jumlah sebenar yang dia patut bayar sebab terlalu lama menunggu dia ganti.
Sejak saya jadi suri rumah dan jaga anak yang tak sihat ni, saya makin emosi dan kerap bermasam muka dengan suami. Rasa macam isteri derhaka pun ada. Tapi saya buntu.
Saya nak kerja, tapi anak tercinta masih perlu susu melalui tiub. Mak pula dah tua, memang tak pandai nak uruskan hal susu ni. Tapi kalau tak kerja, macam mana pula nasib saya kalau suami macam ni?
Puas saya cari kerja WFH, tapi kebanyakannya di sekitar KV, sedangkan saya di selatan. Kadang-kadang rasa macam useless pun ada duduk rumah ni. Rasa murung pun ada.
Apa patut saya buat ya nak hadap suami macam ni? Ikutkan hati, saya nak tinggal je anak ni pergi kerja, tapi… Allah saja yang tahu hati ni.
– Hanum (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit