Aku malas nak confess sebenarnya tapi hari ni tiba2 ada semangat nak menulis. Kiranya tulisan ini aku cuba setelus mungkin dari hati dan sejelas yang mungkin dari apa yang aku alami. Jarang lelaki minat nak tulis confession ni.
Aku dulu tak pernah terfikir atau terlintas dalam hati apa yang dimaksudkan dengan kecurangan atau perselingkuhan. Bagi aku benda tu tak mungkin aku nak alami sebab satu-satunya insan yang bertakhta pastinya isteri aku, suri hati cinta aku sebagai suami. Tapi rupanya, jalan cerita hidup setiap pasangan pastinya berbeza.
Seiring dengan usia perkahwinan, pasti ada jalan cerita yang menjadi ujian dan cabaran setiap suami isteri. Aku pernah dengar seseorang berkata, “Evolusi rumahtangga pasti berlaku seiring dengan usia perkahwinan suami isteri.” Tinggal lagi, sekuat mana dan sebijak mana kita manage ujian-ujian yang datang menduga.
Aku dan isteri sebaya. Kami berusia 37 tahun dan dikurniakan dua anak setelah 12 tahun bernikah. Kami bahagia bersama melayari bahtera perkahwinan sehinggalah kepercayaan dan kesetiaan ini diuji dengan kehadiran seseorang.
Aku dan wife dua-dua bekerjaya. Di samping bekerja, kami suka buat bisnes sampingan sekadar untuk menambah pendapatan bulanan. Sambil kerja sambil ambil masa terluang dengan berniaga. Wife aku suka ajak kawan2 dia join perniagaan sampingan kami. Jadi secara tak langsung, aku kenal jugalah kawan-kawan dia.
Salah seorang kawan dia yang giat join perniagaan kami ni ialah Julia. Julia ni aku kenal dah lama sebab kami bertiga schoolmate masa belajar dulu. Aku berkahwin dengan wife dan Julia berkahwin dengan pasangannya. Cuma takdirnya, Julia menjanda setelah berpisah dengan suaminya.
Mesti korang ingat aku ni reka cerita tapi hakikatnya inilah yang berlaku. Asal orang ketiga mesti janda, mesti itu anggapan korang. Aku bukan menulis untuk memburukkan golongan janda tapi dah ini yang berlaku dalam kisah aku ni.
Jadi aku teruskan lah dengan apa yang berlaku, apa yang aku alami. Apapun yang berlaku, aku tak salahkan Julia sebab Julia hanya seorang perempuan yang jauh nak dibandingkan dengan kudrat dan kecerdasan aku sebagai lelaki.
Sebelum tu, aku kena akui aku bukanlah orang yang kuat iman (lelaki yang baca ni lepas ni kena kuatkan amalan untuk menambah keimanan) walaupun aku faham mana yang baik mana yang buruk.
Sebagai lelaki, pasti ada kala pertimbangan itu salah dan mungkin terlalu mengikut keinginan dan nafsu. Biasanya, mana2 lelaki memang tewas dengan wanita yang cantik dan menggoda. Wanita pula tewas dengan pujian, perhatian dan pujuk rayu.
Benda2 macam nilah yang menjadi alat yang menduga lelaki dan wanita. Dan, benda nilah yang menguji aku. Betul kata orang, ada isteri cantik pun lelaki boleh terpikat dengan ppuan lain. (confirm aku kena maki dalam komen nanti)
Julia memang cantik. Comel. Memang menawan di mata aku. Aku berani mencuba Julia sebab dia berstatus janda. Kalau isteri orang maaf aku tak berminat dan aku hormat. Itu prinsip aku. Hubungan kami bermula dengan sekadar berkisar tentang perniagaan sampingan ini.
Daripada hubungan biasa, semestinya bila dah selalu bersama akan wujud kemesraan dan lahirnya rasa minat dan suka. Mana tak, asyik jumpa dan bergerak bersama.
Dari bulan ke tahun, aku, wife dan Julia selalu bersama bilamana ada urusan berkaitan ambil stok, jumpa pelanggan, perbincangan dan proses pesanan. Keakraban dan kepercayaan antara kami sangat tinggi membuatkan kami boleh bekerja bersama dalam pasukan.
Wife percayakan Julia dan aku bilamana berkait dengan urusan perniagaan. Maklumlah, kawan dia. Kami ke hulu ke hilir bersama. Sampaikan aku boleh keluar bersama Julia atas urusan bisnes dalam pengetahuan wife. Cakap aje apa yang aku dan Julia buat, pasti bersama.
Kadang2 aku amik Julia di airport tanpa ditemani wife, hantar Julia ke mana-mana, urusan bil dan servis kereta, klua lunch atau dinner dengan Julia, semua aku pergi.
Korang bayangkan sepercaya itu wife letak kepercayaan pada Julia dan aku. Walaupun kadang2 ada jugak dia bertanya dan syak sesuatu cuma pada awalnya wife tak terlalu serius untuk mengorek cerita.
Dan pada ketika itu aku boleh jamin, kalau ada apa2 berlaku antara kami, yang pasti aku yang dipersalahkan. Bak kata netizen, lelaki memang kena salah di mata orang bilamana berlakunya situasi mencurigakan.
Singkatkan cerita, akhirnya Julia dan aku telah wujud hubungan yang serius walaupun. Aku cuba memenangi hati dan perasaan Julia. Aku bagi hadiah, aku belanja baju, aku teman makan, dan bermacam lagi. Selautan pujian dan perhatian aku curahkan pada Julia untuk wujudkan kasih syang ini.
Julia tahu status antara kami dan cukup faham hakikat itu dan aku juga lebih daripada waras untuk sedar akan hal ini. Tapi tak terdaya aku untuk menafikan perasaan suka pada Julia.
Julia pula cemerlang dalam tugas kerjanya dan dalam masa sama bijak juga menyembunyikan hubungan kami dari wife. Aku sedar yang Julia memerlukan aku disisinya memandangkan aku saja lelaki yang rapat dan faham jiwa dan kehendaknya. kadang2 aku rasa semua ni macam drama tapi sebagaimana yang berlaku, itulah Julia di mata aku.
Anehnya, aku dan Julia berhubungan tapi tidak lah sampai ke katil atau hotel setakat ni. Kami berusaha bertahan untuk tidak sampai ke arah itu walaupun kadang kala, aku mmg bernafsu dengan Julia.
Pada awalnya, kami sekadar melampiaskan kerinduan dan kecintaan ini dengan cara ringan2. Bilamana dah tak tahan, kami berjumpa macam biasa dengan alasan urusan perniagaan, walhal, kami tenggelam dalam melepaskan rindu yang tak tertanggung. (harap tak kena kecaman yang melampau walaupun aku tahu korang dah trigger)
Bila tak dapat berjumpa atau berjauhan, Julia akan send gambar2 nya yang bikin hati aku galau, bak kata orang seberang. Tak kuat aku nak menepis kecantikan Julia. Memang gila dah tahap ni aku dengan Julia. Aku kena bijak sorok hubungan ini walhal tahu ini salah dan berdosa. Tapi bilamana dah namanya seronok bersama, semuanya letak tepi.
Dari bulan ke tahun, Julia pula dah pndai rasa cemburu. Julia dah mula ambil tahu apa aku dan wife buat. Ada kala, aku ditanya Julia tentang hubungan kami bersama setiap kali aku pulang ke rumah. Julia seringkali bergurau yang dia juga perlu diutamakan. Aku hanya dengar dan tersenyum dengan kata-kata Julia yang aku anggap gurauan.
Julia makin manja untuk raih perhatian dari aku. Tak lepas tangan Julia bila bersama aku. Ketika inilah aku pula kemaruk dengan kasih syang dan perhatian dari Julia hinggakan aku struggle membahagikan masa untuk wife dan Julia.
Makin hari makin kerap aku dan Julia bersama. Aku dah mula ada gap dengan wife. Cuma aku berharap ke depan hari, aku tak terbabas jauh dengan Julia.
Akhirnya, setelah berbulan bulan aku dengan Julia, aku nekad bagitau wife. Aku berhasrat nak kawen dengan Julia sebab aku tak boleh berterusan dengan dia tanpa ikatan yang sah. Menangis wife bila aku cerita hubungan aku dengan Julia. Merayu rayu minta aku jgn teruskan niat aku. Dia tak sanggup nak berkongsi suami dengan Julia, kawan dia sendiri.
Aku yang pada awalnya nekad nak bernikah dengan Julia, terpaksa mengalah bila wife keluar dari rumah seharian tak balik. Risau dan rasa bersalah pun ada sebab mengkhianati perasaan dan kepercayaan dia selama ini. Akhirnya mmg aku dengan Julia tak jadi meneruskan matlamat untuk berumahtangga. Julia terima keputusan aku. Aku jem sekejap masa tu.
Wife aku bukan jenis mengamuk. Tapi dia berkonfrontasi dengan Julia selepas pada hari itu. Julia tidak lagi bersama pasukan perniagaan kami. Wife singkirkan dia sebab hubungan kami telah dihidu. Tapi aku tetap curi-curi jumpa Julia.
Julia tidak lagi akrab dengan wife selepas peristiwa itu. Cuma hubungan aku dengan Julia tidak putus, malah masih kekal seperti dulu cuma dalam ruang masa yang terhad. Julia juga masih berani keluar dengan aku walaupun dah tak sehaluan dengan wife aku.
Julia ni kadang2 nakal juga. Perempuan kan.. bila kita dah kenal dia lama, makin nmpak la sisi sebenar dia. Julia bertindak semakin menggoda dan manja. Ada satu tahap bilamana aku nak bersama wife, Julia pasti terlebih dulu mengajak aku bertemu untuk bersama dia terlebih dulu.
Julia sengaja mencipta sensasi. Dia buat macam tu supaya aku akan berasa letih bilamana aku nak bersama wife di malam hari. Julia suka bilamana dia berjaya menggagalkan usaha aku. Aku ingat beberapa kali peristiwa ni berlaku dan senyuman nakal Julia selepas berjumpa dengannya mesti menjadi perbualan kami keesokannya.
Aku yang kemaruk cinta dengan Julia, hanya mampu membiarkan Julia dengan perangainya. Dari masa ke semasa, kadang2 wife tanya samada aku ada mesej atau keluar dengan Julia. Sewajibnya aku menafikan. Supaya tak memburukkan prasangka dia pada aku dan Julia. Cuma ada masa aku mengaku ada masa tidak.
So, pada saat ni wife tahu aku ada keluar sembunyi2 bersama Julia. Dan sebenarnya aku tak boleh nak lupakan setiap saat bersama Julia.
Sebenarnya pernah terlintas di hati, nak je aku bawa Julia ke hotel tapi aku sendiri rasa aku kena kuat untuk menepis keinginan sebegitu. Lelaki mana yang tak terfikir hal tu.. Mustahil takde.
Kadang2, aku pernah rasa bersalah duduk dalam keadaan macam ni dengan Julia. tapi rasa bersalah tu bertahan paling tinggi pun 2 minggu je. Rindu dan rasa nak jumpa tu membuak-buak. Akhirnya, bertaut kembali.. walhal dah sama2 berjanji nak cuba untuk menjarakkan diri. Inilah yang menjadikan hubungan ni terus kekal.
Ini kalau wife tahu apa letak duduk sebenar aku dengan Julia, memang hancur.
Kini, walaupun aku masih berhubungan dan berjumpa senyap-senyap dengan Julia, aku sedar benda ni harus berakhir.
Baru aku faham apa dia yang boleh menjadi titik tolak kepada sebuah perselingkuhan. Cukup dengan sedikit rasa suka dan ditambah dengan kekerapan bertemu, maka akan terbitlah bibit-bibit yang bakal menyeksakan diri.
Buat lelaki di luar sana yang senasib seperti aku, benar, rasa suka, cinta, syang itu terlalu kuat hingga kita lupa diri. Tapi di akhirnya, keluarga lah yang paling utama dan membahagikan.
– De Michell (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kpd Encik De Michell..
Manusia sblm kehilangan mmg mcm ni..
Wife u manusia biasa..jgn sampai dia tawar hati..u dh ada keluarga..Silap u sebenarnya,tak jaga batasan pergaulan..Balik solat taubat…tgk muka dan mata isteri dan anak2 u..Pasal Julia maaf ,dia perempuan yg tak baik..kalau dia baik tak akan tergamak dia mengkhianati kawan baik dia sendiri apatahlagi menghancurkan rumah tangga wanita lain..Janda,cantik bukan tiket utk menjadi wanita murahan apatah lg menggoda suami kawan baik sendiri..dia dh tahu hati wife u terluka..tp teruskan lagi. Maaf,wanita yg goda encik ni..sgtla tak bermaruah..Sy ramai kawan janda yg pandai jaga diri…bkn mcm Julia..Penyelesaiannya,pada Encik..Nasihat saya,Block,berhenti hubungi Julia..jgn contact apa2 dh klu betul2 sayang keluarga..Luka yg Encik beri ini terlalu dalam bg wife… jgn kata sembuh,Sampai mati pun parutnya kekal ada…Jgn sampai Encik kehilangan wife dan anak2 sebab Julia..Cuba Encik bayangkan,Encik hilang keluarga sbb BETINA ini..berbaloi tak?…porak peranda keluarga..hancur masa depan anak2 sebab perempuan mcm ni…Encik,hargailah isteri encik dan anak2..Mungkin,ditangan @ di mata Encik,wife biasa2…tp mungkin di luar sana luar biasa di mata lelaki lain dan bujangan di luar sana..jgn sampai kehilangan akan mengajar Encik..Satu lagi Encik,letakkan diri di kasut orang lain,klu wife yg buat mcm Encik..agak2 Encik blh terima tak?..keluar dgn kawan baik Encik,bercinta dgn kawan baik Encik..mengkhianati Encik…Sy ckp bygkan..bygkan pun rs pedih apalagi klu wife buat betul2…mesti kn ceraikan..dia terima balik Encik kn bersyukur byk2..Ramai wanita di luar sana terus fail cerai dan tinggalkan suami klu kes mcm ni..kdg2 kita sibuk kaca ditangan..sdgkan permata sudah kita miliki sekian lama..Hidup ini tak lama Encik,baki berapa tahun lg nak mati..jgn sampai kita mati..bini kita yak yak yeay happy..doa pun bini tak sudi hadiahkan nanti..Masa berbaki ini…fokus pada keluarga dan akhirat cukup..Bisnes bisnes juga Encik..ikhtilat dan batasan pergaulan kena jaga..Jgn sampai Allah jadikan wife tawar hati dengan u..sementara ada masa..Block dan berhentilah..bila wife dh tawar hati..masatu..u akan kehilangan segalanya…Sesungguhnya..perempuan yg baik untuk lelaki yg baik..