“Macamana Ye Perasaan Bila Ada Abang?”

“Hai, perkenalkan aku jiwa yang bertahan,

Sudah ditempa keras oleh banyak cerita,

Mati berkali-kali tapi bisa hidup lagi,

Konon jika selamat, aku semakin hebat”

Lirik Lagu ‘Daur Hidup’ seakan berputar di kepala tatkala aku menulis ruangan ini.

Sekadar menghembuskan keluhan berbaur kepenatan yang berulang-ulang tanpa nampak jalan pulang.

“Macamana ye perasaan bila Ada Abang?”

Soalan ini terdetik di hatiku.

Macamana ye perasaan rasa dilindungi?

Macamana ye rasa ditanya keadaan? Apakah baik-baik saja?

Membesar dengan latar belakang keluarga yang ramai adik beradik perempuan benar-benar melelahkan.

Aku si bongsu perempuan. Punya kakak yang ramai tanpa kehadiran seorang Abang. Ada seorang adik lagi-laki yang sudahpun meningkat dewasa.

Membesar dengan suasana ibu ayah PJJ dalam tempoh yang sangat lama.

Figura seorang ‘pelindung’ sudah terlalu lama tenggelam saat aku sedar aku sudah meningkat dewasa.

Aku tidak menyalahkan ayahku kerana tuntutan nafkah mengikat tanggungjawab ekonomi. Namun yang aku kesal, nasib kakak-kakak perempuanku yang hancur di tangan yang salah.

Hancur tanpa perhatian dan perlindungan seorang pelindung.

Kadang cemburu melihat rakan-rakan setia dijemput ibu ayah dalam kereta setiap hari sejurus pulang ke sekolah.

Ditunggu jam pulang andai lewat pulang malam.

Teringin dididik dengan kerasnya rotan dan garangnya disiplin seorang ayah.

Sekali lagi aku tidak mampu menyalahkan ayahku. Kerana dia membesar tanpa figura seorang ayah. Masa kecilnya terbiar dan tercari-cari kehidupan sendiri.

Aku ingin berhenti menyalahkan. Aku sedar kita tidak bisa memilih siapa ibu ayah kita. Dari mana datangnya lahir keluarga kita. Miskin atau Kaya bukan tanggungjawab kita untuk menyesalinya.

Berpendidikan atau tidak bukan kita yang perlu rasa tersakiti, walaupun banyak kali terpaksa menanggung kesan psikologinya dalam jangka masa lama.

Apapun, ayahku sudah tiada.

Mohon kalian jiwa² yang baik, sedekahkan Al-Fatihah padanya. Moga rohnya tenteram dengan dinginnya doa kalian.

Serasa bertambah dewasa diriku dengan tanggungjawab tanpa bapa, tanpa kehadiran seorang ‘Abang’, tanpa kehadiran seorang pasangan.

Kadangkala aku tertanya-tanya, apa rasanya punya abang?

Adakah abangku yang akan menopang segala tanggungjawab ini?

Adakah abangku akan protect andai ada pasangan yang tidak brtanggungjawab terhadap adik-adik perempuannya?

Adakah abangku akan turun menyingsing lengan ‘berdepan’ dengan abang-abang iparku?

Adakah abangku akan turut menyinga andai anak-anak buahku diperlakukan seperti tidak layaknya anak?

Adakah abangku akan bantu turun naik mahkamah atau balai polis untuk membantu keterangan?

“Aku lelah.

Lelahku terbiasa.

Sakitku terbiasa.

Semua untuk kamu..

Tak mengapa, peluhku bercucuran..”

Adakah jika aku punya abang, aku akan rasa dilindungi?

Adakah jika aku punya abang, lelah di bahuku terasa berkurang?

Adakah jika aku punya abang, aku punya ruang untuk ditanya keadaan kewangannya?

Adakah jika aku punya abang, aku merasa selamat saat membawa pulang calon suami untuk ditapis?

Tapi jujur aku katakan, traumaku terlalu dalam untuk punya rencana pasangan.

Segala ruang aku sedaya upaya tutup. Walaupun kadangkala aku sendiri lelah. Berjuang sendiri. Berdikari. Melawan fitrah ketakutan seorang wanita tika terpaksa sendirian kerana dipaksa oleh keadaan benar-benar melelahkan.

Berkitab-kitab buku psikologi sudahku hadam melawan ketakutan oleh trauma silam.

Namun, jujur ketakutanku masih ada walau berjela-jela panjang doaku meminta dipertemukan pasangan yang baik dan bertanggungjawab.

Sekali lagi aku terdetik,

“Macamana ye perasaan bila punya ‘abang’?

Pasti seronok ya adik perempuan yang punya ramai abang.

Punya pelindung-pelindung yang banyak menjadi bodyguard ya.

Bila berfoto raya, pasti terserlah aura kekuatan pria-pria berbaju melayu di sisi.

Bila berfoto di pelaminan, pasti gementar hati sang suami adik perempuan melihat baris-baris kekuatan dari keluarga abangnya.

Memikirkan berkali-kali sama ada untuk menjentik atau tidak sang isteri saat naik angin.

Aku punya adik lelaki, terserlah sifat tanggungjawab dan perlindungan saat aku susah.

Tapi sifat dan karakternya yang tertutup, tidak mahu berlaga angin, lebih suka perdamaian dan jalan doa berbanding ‘confront’ buatkan aku lelah juga kadang-kadang.

Kakak-kakakku wanita feminine bersikap submissive dan tidak bersuara, hanya ikut kerana tidak mahu berbalah. Mungkin trauma untuk menjadi janda buat kali kedua barangkali.

Kadang-kadang trfikir, perkahwinan ini sungguh mengerikan. Bertemu pasangan yang salah, merana hidup seorang perempuan yang bergelar ibu.

Buat kesekian kalinya, “bagaimana ye punya rasanya ada ‘abang’? Yang melindungi fitrah emosi dan ketakutan seorang wanita?”

– Sakura Putih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Sy pun pernah terlintas mcm ni sbb adik beradik semua perempuan ditambah lg bongsu pulak haha.. kdg tu teringin nk merasa mcm mana dilindungi abang2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *