Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-tersepit-antara-suami-dan-ibu/).
Hi korang. Nak sambungan untuk cerita ni tak? Aku baru siap mandi ni. Hahahahaha.
Aku ada juga baca komen, ada yang kata ibu mana boleh duduk lama-lama di rumah anak. Tapi masalahnya, ibu aku mana ada rumah dah?
Ayah aku dah meninggal dan kami tak ada apa-apa harta. Sekarang, akulah yang menyara adik-adik aku dan adik-beradik yang lain.
Puas aku nasihat ibu aku tu, tapi itulah…? Aku nasihat macam ni bukan sebab aku benci, tapi sebab aku fikir jauh. Tapi bila aku nasihat, aku juga yang nampak buruk. Hmm…
Ada juga yang komen, “Suami boleh cari lain, ibu tiada ganti.” Tapi anak aku pula macam mana, korang? Takkan nak bagi dia tak ada bapak? Sebab tu aku cakap, aku tersepit.
Nak diluah tak boleh, nak dipendam sakit. Aku takut nak luahkan lebih sangat, nanti habislah kantoi dengan kaum kerabat aku.
Mak aku mana tahu yang suami aku tu tak selesa. Aku tak apa je, orang nampak aku yang bermasalah. Aku cuba jaga mana yang aku boleh jaga.
Tapi kadang, aku pun banyak juga makan hati dengan cara ibu aku tu. Entahlah, penat sebenarnya. Suami macam ini, ibu pula macam tu.
Tapi bila apa-apa je, aku yang akan nampak bermasalah, sedangkan aku cuba buat yang terbaik untuk semua, tau? Aku cuba berkorban selagi mana aku boleh berkorban. Tak apalah, aku buat ni sebab Allah, kan?
Aku tak nak kecewa kalau berharap dengan manusia. Dan yes, aku memang people pleaser. Korang faham-faham sendiri lah macam mana sakitnya jadi people pleaser ni.
Aku banyak kali rasa macam nak terjun bangunan, nak telan ubat banyak-banyak. Asalkan aku tak payah fikir masalah ni. Tapi itulah, aku pandang anak aku, aku tak sanggup.
Aku berdoa, Ya Allah, tariklah nyawa aku dan anak aku. Sebab aku takut anak aku sedih kalau aku tak ada. Biar aku dengan anak aku pergi sama-sama. Hahahahahaha.
Sambil drive kereta dengan anak aku, dekat dengan lori tu, aku saja bawa perlahan-lahan, biar lori langgar. Hahahahahaha.
Sedih sebenarnya dapat layanan macam ni dengan suami aku, dan kadang-kadang keluarga aku pun pandang aku jahat. Diorang tak nampak ke pengorbanan aku? Penat tau.
Aku nak berhenti kerja pun aku fikir beratus kali. Fikir siapa yang nak tanggung keluarga aku. Mak aku tak ada duit, siapa nak bagi dia?
Walaupun aku sangat-sangat kecewa dengan segala tindakan dia, tapi aku tak pernah nak lepaskan tanggungjawab sebagai anak.
Di bulan puasa yang berkat ni, aku mohon korang doakan keluarga aku dan keluarga besar aku berbaik seperti biasa ya.
– Mahu Kuat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Mungkin sis boleh cari rumah sewa murah untuk mak sis duduk dan bulan bulan share dengan suami untuk bayar bulanan. Kalaus sis mampu bole je cari yang mahal sikit. Untuk husband pulak, try slow talk bincang dengan dia okay ke kalau mintak mak duduk rumah sewa gitu. Saya rasa kalau betul dia tak selesa mesti dia setuju. Kadang benda macam ni sis kena bersuara baru boleh settle. Kalau bab orang cakap sis nampak jahat tu abaikan je yang penting sis dah jalankan tanggungjawab seorang anak. Pujuk mak elok elok dan sekali sekala hantar la makanan atau barang dapur untuk dia .