Sama Ada Narisistik Atau Psycho Atau Aku Terlalu Beremosi

Ceritanya bermula masa aku diperkenalkan oleh member aku melalui kawan bini dia. Aku mula kenal melalui beliau. Then, aku WhatsApp taaruf dan sebagainya.

Selama tiga minggu aku kenal dia—WhatsApp, sleep call—tiba-tiba aku dapat mesej daripada dia bahawa aku cuma permainkan dia. Padahal aku dah cakap aku belum bersedia untuk lebih serius.

Dia kata kat aku… aku tak ada pendirian. Chat, sleep call tanpa hala tuju, end up dia minta putus.

Sejak pada tu, aku terus frust, sakit hati, sebab aku ikutkan emosi aku sampai satu tahap depression la… HAHAHA.

Waktu tu aku dah nak pindah dah. Masa aku pindah, tiba-tiba pulak dia confess dengan aku balik, dia suka aku. Aku pun terima la dia balik meskipun sakit yang amat.

Nak dikatakan, lepas aku pindah tu back to normal. Siap panggil sayang, love you, siap emoji love putih ooo…

Aku sebagai lelaki, mana taknya bila dapat macam tu, rasa dihargai pun ada… HAHAHA. Memang aku rasa tenang dengan dia.

Long story short, dijadikan cerita setelah tempoh tiga bulan berkenalan, dia tiba-tiba friendzone aku secara mengejut. Dia tak maki aku, cuma dia suruh go away, jangan chat dia dan sebagainya.

Dijadikan cerita, dia up status WhatsApp dengan lelaki beruniform askar dengan caption “Lama dah tak chat dia, dulu sibuk, sekarang ni dia dah free.”

Aku terus screenshot status WhatsApp tu dan aku reply, “Semoga berbahagia…”

Pada malam tu juga, aku tak overthink dan sakit hati, tapi badan aku memberikan respon muntah pada malam itu.

Dan aku berdoa kepada Allah dengan rasa yang hiba, “Terima kasih Ya Allah kerana Engkau tunjukkan diri dia sebenar kepada aku.”

Lepas pada tu, aku tak chat dia. Selang dua-tiga bulan, dia chat aku balik tanpa beri salam, tiba-tiba call aku suruh teman la, bagi pendapat dia tentang lelaki lain…

Aku dengan keadaan yang amat sakit hati bila dia chat aku sedemikian tanpa memberikan perkataan “minta maaf”, walhal mengulangi lagi perkara yang sama… Aku pun palau dia selama beberapa minggu.

Selang hampir sebulan, dia chat aku balik dengan berkata, “Masih marah lagi kat saya?”

Aku dengan penuh emosi dan tak fikir perasaan dia, aku luahkan segalanya kepada dia setelah apa yang dia buat kepada aku…

End up, dia utuskan dia tak nak berkawan dengan aku. Dia block aku di WhatsApp.

Pada waktu yang sama, aku pun block WhatsApp dia juga.

Sejak pada block tersebut, aku rasa tenang dan ambil keputusan untuk mencari orang lain.

Ya, ini pun salah aku juga sebab terlalu ikut emosi… sebab aku ingat apa yang dia buat kepada aku, dari segi kata-kata dia yang menusuk di hati aku. Aku hanya sekadar luah apa yang aku rasa…

Dan aku ingat sampai mati apa yang dia buat kepada aku.

Ya, ramai orang kata suruh tinggalkan dia…

Tapi…

Aku ingat memori dia sakitkan hati aku sampai bila-bila.

Dan pada masa yang sama, aku juga bersalah dalam hal ini sebab aku terlalu ikutkan emosi aku, sampai aku lupa emosi dia.

Rupa-rupanya, dia hanya sekadar tempat singgah aku dan hanya selesa sahaja. Itulah kebodohan aku dalam hubungan—cepat love bombing, catch feelings, dan sebagainya…

Sekian, kebodohan aku.

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. A ko bukan terlampau emosi ke terlampau narcissist ke apa ke ..cuma Kau terlampau baik sampai dijadikan tempat persinggahan ermm 🙏😅

  2. Dlm per ni aku tgk korg tkde apa2 ikatan special pun.

    Jgn perasan lebih la bro…klo dah rasa x suka blok je..forget her.
    Biarkan dia memburu jantan2 miang lain yg akan jadikan dia mngsa ya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *