Second Degree atau Masters?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya tak tahu nak mula macam mana. Sebelum itu, maafkan saya jika penulisan ini tidak tersusun dan kurang menarik.

Saya harap pembaca faham apa yang saya cuba sampaikan. Saya cuma ingin meminta cadangan atau pandangan para pembaca terhadap dilema yang saya alami sekarang ini.

Saya berumur 27 tahun, telah berkahwin dan belum mempunyai anak. Saya telah bergraduasi pada tahun 2021 dalam bidang Sains Sosial. Selepas bergraduasi, saya bekerja di beberapa buah syarikat secara kontrak/sementara.

Sepanjang tempoh itu, saya telah memohon pelbagai jenis kerja di semua jenis laman sesawang. Bahkan, saya juga hadir di temuduga terbuka yang dianjurkan di sekitar tempat tinggal saya. Namun, tiada apa-apa tawaran yang diterima.

Jawapan yang selalu diberikan oleh pihak majikan, “Awak ni overqualified”, “Kami nak lepasan SPM dan Diploma sahaja”, “Degree awak bukan dalam bidang yang kami tawarkan”.

Saya sangat buntu. Sehinggalah saya terfikir untuk menceburi bidang pengurusan atau IT, tetapi tidak tahu laluan mana yang perlu saya ambil.

Setelah berbincang dengan suami, saya membuat keputusan untuk menyambung pelajaran dalam bidang sumber manusia di peringkat ijazah sarjana muda juga.

Akan tetapi, hasrat tersebut telah disangkal oleh kedua ibu bapa mertua saya. Menurut mereka, lebih baik teruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, bazir masa sahaja untuk sambung ijazah kedua.

“Kalau ada masters, senang dapat kerja pangkat tinggi, gaji pun lumayan”, kata mereka. Saya buntu lagi. Hattakan degree pun overqualified, apatah lagi masters. Saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan.

Tujuan saya menulis luahan ini adalah untuk meminta pandangan para pembaca yang lebih arif dan berpengalaman. Jalan mana yang harus saya pilih? Saya nak sangat bekerja tetapi tiada satu pun peluang yang diberikan.

Tolong saya ya..

Terima kasih.

– Mrs. S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Masters boleh ambil apa apa jurusan yang awak suka. tak semestinya sambung apa yang awak belajar di degree.

  2. kalau nk kerja dalam industri…xperlu ada master pon…degre pon dah cukup…industri xpandang sgt master…melainkan GLC, jbtan kerajaan..

  3. Hi Confessor,

    Firstly tahniah kerana ada good intention to further study.

    Just nak share pengalaman lah ye..

    Saya dulu degree in Social Sciences juga di IPTA. Lepas grad, saya bekerja di salah sebuah GLC sbg Asst Manager ( Sales).

    Walaupun tak minat Sales sbb stress kena achieve Target tapi saya suka berjumpa dgn pelanggan. Selepas berkahwin dan mempunyai anak, saya join team after-sales di mana saya enjoy sangat sbb tak perlu nak hit Target namun dlm masa yg sama masih boleh berinteraksi dgn pelanggan. Disebabkan enjoy dgn tugasan di samping environment yg positif, saya jadi sangat passionate terhadap kerja dan melakukan yg terbaik sehingga mendapat KPI yang cemerlang dan award.

    Selanjutnya, saya telah mendapat promotion menjadi Manager di Division yang lain. Pada mulanya saya sgt stress sebab tak biasa dgn tugasan baru tapi eventually saya dah boleh cope dgn new task & environment.

    Tapi dalam duk stress tu, sempat juga la sambung Master of Management di salah sebuah IPTA. Alhamdulillah, I graduated with flying colours; career pun Alhamdulillah KPI cemerlang dan menerima awards.

    Mungkin dari pengalaman saya yg memiliki background in Social Sciences & Master of Management ini dapat memberi sedikit sebanyak idea /timbang-tara kpd Confessor to decide on your next step..
    All the best ya!

  4. Saya ada master tapi skrg kerja cikgu swasta, gaji RM1.2k je 🤣. Selalunya orang sambung master sbb nk ada PhD.

    Ramai je kt luar sana yg ada PhD tapi kerja gaji kecik je. Sbb skrg nk jadi lecturer kena ada banyak pengalaman since dh makin ramai org ada master, PhD. Ramai jugak yg PhD holders menganggur, stay as suri rumah atau kerja biasa², gaji kecik je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *