Bersikap Ehsan Sesama Manusia
Selepas berbuka tadi, aku terbaca kisah seorang anak yatim yang dipukul dan kepalanya dihentak ke tembok dua kali. Sayu hati ini bila membayangkan dia menangis mengadu saat penjaganya datang menjemput.
Semuanya kerana dia dituduh membuli anak seseorang di sekolah. Tanpa usul periksa, seorang lelaki menunggunya di pintu keluar sekolah, lalu memukulnya dan menghantukkan kepalanya ke tembok.
Si yatim itu baru berusia 7 atau 8 tahun.
Betapa kejamnya manusia dewasa hari ini…
Menurut penjaganya, anak yatim itu memang dalam keadaan trauma. Dia sedang berusaha memberi kasih sayang agar si kecil itu dapat pulih. Tapi bayangkan, bertambah trauma lagi emosi anak ini…
Dunia yang sudah dirasakan kejam, kini menjadi semakin menakutkan. Pasti hatinya berbisik,
“Kenapa aku sentiasa malang?”
Kenapa? Dan kenapa?
Soalan itu akan terus bermain dalam fikirannya… mungkin hingga dia dewasa.
Aku faham perasaannya.
Aku juga pernah menjadi seperti si yatim itu. Aku juga pernah memukul kerana tekanan. Bukan kerana aku suka, tapi kerana aku terasa tidak selamat. Aku tidak pandai bergaul kerana bagi aku, dunia ini tempat yang kejam.
Aku masih ingat… semasa kecil, aku diejek teruk oleh kawan-kawan.
Aku tiada bapa.
Aku dibuli.
Aku diam.
Tapi bila sampai satu tahap, aku membalas. Aku memukul kembali kerana aku tiada tempat untuk mengadu.
Dan seperti yang aku jangka, aku yang disalahkan.
Aku cuba terangkan keadaan sebenar, tapi tiada siapa yang akan menyebelahi aku. Siapa lah aku? Hanya seorang anak yatim yang miskin.
Selepas itu, aku selalu dipukul oleh orang dewasa. Walaupun aku tidak bersalah.
Patah.
Pecah kepala.
Lebam sana sini.
Semua itu aku rasa… akibat tangan-tangan orang dewasa.
Kamu tahu apa yang aku rasa ketika itu?
Mungkin kamu yang memukul aku melihat aku sebagai seorang yang degil.
Mungkin kamu fikir,
“Kenapa budak ni tak menangis walaupun dipukul teruk?”
“Kenapa dia tak terkesan?”
Sebenarnya, dalam hatiku, aku hanya berharap kamu memukul aku sampai mati.
“Bunuhlah aku.”
Kerana kami, si yatim, sudah lama menanti saat itu.
Aku rindukan kematian.
Aku rindukan ayahku di sana.
Aku sudah penat menahan kekejaman dan hinaan.
Ya… sejak kecil aku diajar bahawa orang yang baik akan ke syurga.
Jadi aku rindu ayahku di sana…
Itulah sebabnya kenapa anak yatim sering dilabel ‘degil’.
Kerana di hati mereka, ada trauma yang tersembunyi.
Maka bila aku terbaca kisah anak yatim yang dipukul tanpa belas kasihan, di bulan Ramadan yang mulia ini pula…
Hatiku terusik.
Kejamnya kamu…
Tujuan aku menulis ini…
Hanya satu.
Aku ingin mengingatkan agar kita bersikap ehsan sesama manusia.
Ya, jika anak kita dibuli, memang patut kita marah dan geram. Tapi siasatlah dulu.
👉 Buat aduan kepada sekolah.
👉 Laporkan kepada pihak berkuasa jika tiada tindakan.
👉 Jangan sesekali mengambil tindakan sendiri dengan memukul anak kecil.
Kerana anak sekecil itu tidak tahu kesan tindakannya. Kita pun tidak tahu apa yang telah dia lalui, apa trauma yang dia tanggung.
Kehilangan ibu bapa di usia sekecil itu pasti satu tragedi yang menghantuinya.
Pasti hatinya pernah berkata,
“Dunia ini tiada nilai buatku.”
Janganlah kita terlanjur menjadi manusia kejam hanya kerana amarah yang tidak dibendung.
Semoga kita semua menjadi insan yang lebih penyayang. ❤️
– Si yatim (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Manusia zmn skrg lbh suka ikut emosi berbanding akal sihat.
Lihatlah bagaimana Pakcik org OKU yg diseret atas jln tar di pasar malam Kemaman Tganu dulu.
Tgk la bagaimana org dibelasah hingga meninggal hanya sebab dia terlanggar motor rider Grab (walaupun x mati).
Entahlah kdg takut nak hidup dgn society zmn skrg.Manusia pantang sikit trs naik hantu.Jgn kata org luar…keluarga sendiri pun kalau x kena sikit terus angkat cangkul dgn parang nak bertetak.Padahal memasing tiap kali solat..p solat.
Sy pernah jd mangsa adik lelaki sendiri hampir nak kena bunuh angkara kes kecil babitkan mak sy.Sy dikasari dan dibaling bakul kain mujur muka sy tak pecah.Masih segar peristiwa tu dlm otak sy.Kalau mak sy takde di situ sy rs nyawa sy dah tak pnjg.Sy trauma sgt dgn adik sy smpai berbulan2 jd takut dan menggigil duduk serumah dgn dia.Dia juga dari zmn remaja kerap kasari sy.Sy susah nak maafkan dia tp terpaksa juga sebab duduk serumah.
Trauma ni amik masa lama nak sembuh sebab ia dah masuk dlm minda separa sedar.Sy faham bila awk kata trauma tu mcm mana lepas dipukul.
Hidup ni mmg tempat manusia2 zalim.Org2 baik layak mati dan hidup di alam lebih baik drp dunia
Dunia sekarang mmg dipenuhi dgn manusia2 yg kejam.. dari kisah2 perang dlm dunia, hingga lah perkara2 dlm rumahtangga n kluarga, kdg2 sbb hal yang kecil pon boleh bwak kpd pergaduhan dan ada juga sehingga berlaku kematian.. sbenarnya punca sbenar ialah ‘ego’ dan rasa ‘dendam’ yg dah ‘terbakar’ di dlm jiwa.. jgn nk salahkan ‘syaitan’ semata2, kerana dlm bln puasa, semasa syaitan diikat, pon berlaku ‘jenayah’.. inilah yg dikatakan ‘syaitan’ dah beraja di hati, lalu dia sendiri yg menjadi “syaitan” ketika itu.. sbb tu kita harus ‘mendidik’ hati, selalu istighfar, baca sirah2 Nabi yang lagi teruk diperlakukan, tapi tetap sabar dan sebaliknya mendoakan kebaikan kpd org yg membuat aniaya kpd mrk.. mmg kita mngkin xdpt bersifat demikian, tp setidak2nya ada cara utk meredakan rasa marah, dan tidak terus membalas balik.. ini adalah utk mngelakkan perkara yg lbh buruk berlaku.. paling tidak, tinggalkan terus tempat tersebut.. slalu kita dengar org kata, “mngalah tidak bererti kalah”, atau “orang yg mninggalkan perbalahan, walau pon dia di pihak yg benar, lebih mulia di sisi Allah..”, biarlah Allah shj yg membalas kpd mereka, paling tidak, suatu masa nt atau di Akhirat kelak akan ‘terserlah’ juga kesalahan mrk itu.. mmg sedih jadi pihak yg tertindas, tapi lebih ‘manis’ jika kita mngetahui Allah akn memberi ‘ganjaran’ yg besar kpd mrk yg sabar, so mngadulah dgn Allah SWT, krn Dia maha mngetahui segalanya.. wallahu a’lam