Terima kasih kepada yang sudi berkongsi pendapat dan cadangan serta kritikan di post saya yang pertama,
https://iiumc.com/kecelaruan-
Baik saya ingin betulkan sedikit salah faham di sini.
1) Anak saya berusia 2 tahun 6 bulan. Bakal cukup 3 tahun hujung tahun nanti. Tahun depan saya akan masukkan ke taska dengan umur 4 tahun. Sekolah tu maksud saya taska sebenarnya. Tapi tak tulis betul2. Maaf ya.
Jadi sekarang memang saya dah start potty training anak cuma bila dia di pengasuh, pengasuh tak train macam saya kerana pengasuh sejenis mak2 yang merasakan anak saya kecil lagi untuk off diapers.
Pengasuh sangat baik, sayangkan anak dan kalau boleh nak anak kami duduk dengan mereka setiap hari kami bekerja dan hanya ambil hujung minggu sahaja dengan bayaran RM300. Tapi saya tak nak.
Disebabkan itu suami kurang rasa tanggungjawab nak kena ambil anak tepat jam 5 petang lepas habis kerja dan keluar merata-rata sampai maghrib baru sampai rumah dengan anak.
2) Anak saya ada masalah kulit. Sehingga sekarang guna pampers fully cotton dan pengasuh akan tukar 2 jam sekali. Kos nak baiki kulit lebih mahal dari kos susu dan kos pampers.
Saya sedang slow2 tunggu dia off diapers. Dan susu pulak bila dah masuk taska saya nak stopkan untuk dia sebab dia memang tak boleh minum susu biasa.
Leher anak saya sampai dah hitam berkerak macam orang sakit kencing manis yang tak terkawal. Disebabkan itu anak kena minum susu Isomil yang soya tu.
Doktor yang rawat cakap sistem perut anak akan bertambah matang seiring dengan usia. Insyallah bila dia dah masuk taska dan explore pelbagai jenis makanan susu pun saya stopkan sebab kena salurkan pada adik dia pula.
Saya ada masalah asma dan kulit sensitif dan suami ada masalah kulit serta allergic rhinitis yang serius dan anak kami yang sulung ni lagi hebat masalah kulit dari kami. Sebab tu kos susu dan pampers agak tinggi.
Tapi alhamdulillah kos baju anak saya murah. Di kedai oren beli baju seluar sepasang semua dapat bawah RM10. Syukur sangat.
3) Yang komen gaji suami RM600 tak cukup saya tak tahulah di mana yang tak cukup. Dia perlu spend minyak motor sahaja. Sebulan dalam RM50 untuk pergi balik kerja. Makan minum tak pernah keluar duit sendiri hanya akan ke rumah ibu nya sahaja sebab rumah kami stok2 makanan tak selalu ada.
Kalau kami makan bersama pun semua duit saya, sebab alasan suami saya yang malas masak maka saya kena bayar. Suami hanya akan bayar makan minum sendiri kalau keluar ride dengan kawan. Nak pergi lepak pun kalau rumah kami takda makanan dia akan ke rumah ibunya makan dahulu baru lepak.
Jadi duit suami walaupun nampak cuma RM600 dia masih dapat menyimpan. Berbanding saya yang masih menanggung keluarga saya. Suami tidak menanggung keluarganya kerana ayah suami ada pencen yang besar. Rumah keluarga saya pun saya beli dan bayarkan.
Ayah dan ibu saya memang kekurangan duit dan masing2 tidak bekerja. Ada pula seorang adik OKU yang perlu dijaga ibu dengan bantuan duit JKM dan zakat.
Dulu keluarga saya, (ibu dan ayah) hidup menyewa rumah tapi kami banyak kali dihalau dan berpindah randah. Saya belikan rumah dengan bayaran RM650 sebulan 10 tahun lepas. Syukur tak perlu pindah dah.
3) Rumah harga RM1600 sebulan ni dibeli lepas berbincang suami isteri. Suami janji nak tanam sayur nanti boleh jual2 di tepi jalan. Sebab rumah ni ada tanah di tepi.
Tapi lepas dapat rumah janji hanya tinggal janji sahaja. Cuma nak cakap rumah kami ni tidaklah mewah mana. Cuma dia lebih selamat persekitaran sebab saya selalu ditinggalkan suami.
4) Habit lepak suami. Suami hanya lepak sebulan sekali sahaja masa kami berkawan. Itupun sebulan sekali sahaja masa dia balik kampung. Masa kami berkawan dulu, suami kerja luar bukan di kampung. Lepas dah balik kampung dan dapat kerja office balik jam 5 petang suami sangat kerap melepak yang kadang2 saya tahan.
Saya bukan kenal suami dengan kekerapan lepak sekarang. Saya kenal suami dengan melepak sebulan sekali masa balik kampung dan waktu setiap malamnya pulun OT. Kerja suami sekarang kerajaan tapi tak boleh OT dan suami tidak mahu buat part time walaupun dia tahu perbelanjaan rumah tidak cukup.
5) Gaji isteri RM3000. Komitmen saya RM1500 yang saya berikan pada keluarga kecil kami. Tapi jika tak cukup duit makan atau duit lauk dan duit baju anak saya perlu guna baki duit gaji saya untuk belikan.
Kalau cakap dengan suami pun suami akan cakap, dah takda duit nak buat macam mana, sambil teruskan lepak.” Tapi, bulan 5 kereta saya akan habis bayar alhamdulillah. Dapat saving dan menampung keperluan baby kedua saya.
Cuma saya sedikit terkilan sebab kalau saya boleh berkongsi perbelanjaan tapi kalau kerja rumah suami buat seolah olah dia tak wajib pun untuk tolong saya. Alasan dia kawan2 dia semua boleh lepak dan isteri tak ganggu pun. Suami dah bagi duit pandai pandailah urus rumahtangga.
6) Suami selalu je ajak saya lepak sebab dia tahu saya tak kan ke tempat lepak dia. Mereka bukan lepak di tempat makan. Mereka lepak di parking kereta di depan rumah kawannya.
Contoh rumah taman depan padang kan, so depan rumah tu dibangunkan garaj. Jadi melepak di sana bersama rumput2 panjang kiri kanan. Dia akan bawak je anak pergi lepak kalau saya cakap yang saya penat. Saya penat dan saya nak dia ada sama2 kat rumah dengan kami.
Tapi suami bukan jenis lekat kat rumah. Yang mana saya sangat tak suka diajar anak saya lepak dan tak lekat di rumah jugak. Kalau bawak anak pergi rumah mak dan kakak dia tak apa lagi.
Bila anak ikut dia lepak di kawasan garaj sana anak akan balik dengan bekas gigitan nyamuk. Manalah saya tak gaduh tentang aktiviti lepak ni.
7) Saya masih lagi hijau dalam dunia perkahwinan ini. Terima kasih sangat sudi baca luahan di post sebelum ini. Yang mintak saya fikir saya sebenarnya lebih bermasalah dengan suami suka lepak atau bermasalah dengan tak cukup belanja dari suami saya masih sedang mencari jawapan.
Ada juga yang saya baca minta saya tukar mind set tak perlu rasa cinta dalam keadaan sekarang. Keadaan sekarang patut saya lebih kepada hormat sahaja supaya saya tak sakit hati bila suami jenis tak nak update apa2 pada saya, contoh balik pukul berapa pergi mana dan sebagainya.
Tak banyak yang cadangkan komen bercerai yang mana saya pun susah nak setuju sebab dengan anak yang bakal lahir ni saya akan tak cukup duit RM2000 sebulan jika suami tinggalkan saya.
Saya hargai dengan setiap komen yang diberi ya. Terima kasih. Doakan anak kedua saya sihat dan bebas penyakit kulit juga. Aamiin ya rabbal alamin.
– Isteri Seorang Suami (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Lepas anak lahir.tlg mkn ubat jgn beranak dah.Dah tahu hidup tu bebanan…jgn bawa anak baru ke dunia yg penuh dgn kekejaman ni.
Hidup ni mmg memeritkan bila mana wanita tkde pendapatan sendiri
gaji 3k sy andaikan sis sorang yg bijak dlm kerjaya jugak. be smart jugak la dlm perkahwinan yaaa. jgn jd bodoh. jgn fikir kalau cerai duit tak cukup sbb suami takde. Allah tu lebih ada.