Hina Sangat Ke Ada HIV?

Hari tu aku ternampak kisah seorang lelaki yang meninggal kerana HIV. Aku adalah penghidap HIV sejak 10 tahun yang lalu. Macam mana dapat? Tak tahu lah. Malas nak fikir.

Cuma pemikiran masyarakat kita yang pandang hina dan jijik sangat kat pesakit HIV. Entah-entah dalam ahli keluarga korang pun ada yang ada sakit tu.

Masa meninggal tiba-tiba kurus, tiba-tiba macam mayat hidup sedangkan muda lagi.. Entah-entah ada HIV. Tapi korang dapat berita meninggal dunia sebab kena sihir, kanser, kuman dalam paru-paru dan darah.

Sebenarnya ramai sangat dah rakyat Malaysia yang sakit HIV ni. Lubuk dia universiti kat dalam Selangor tu.. Tahun 2024 je ada 100,000 pesakit HIV, tapi kitorang ni boleh je hidup macam orang biasa. Yang kahwin dan ada anak pun ada.

Tapi aku tak beruntung. Belum jumpa jodoh lagi. Padahal boleh je makan ubat, kahwin dan mengandung tanpa jangkit kan HIV ke pasangan.

Tempat kerja aku pun problem. Dulu aku kerja tempat yang best. Search nama aku boleh nampak aku kerja tempat yang berprestij. Lepas dapat tahu ada HIV, aku kena berhenti kerja.

Sekarang aku kerja tak menentu. Tak ada duit. Aku stress. Bila stress mula lah penyakit yang aku ada selama 10 tahun ni sebelum ni tak pernah pun effect pun kehidupan aku tapi sekarang? Muka aku kusam, badan aku kurus kering. Aku mula pening-pening dan sakit perut.

Aku takut nak mati.. beberapa bulan lepas, aku dah masuk hospital sebab pengsan dalam tandas sampai termuntah dan terberak-berak. Ambulance ambil aku bawa ke hospital.

Aku takut pernah declare aku hidap HIV. Kat sana dorang buat test baru cakap aku ada HIV. Bila dah dilabel RVD positive aku rasa lah layanan dorang beza. Mata pun jeling je macam aku ni penjenayah.

Paling best bila doktor interview kita macam kita ni banduan. Tanya beria mana aku dapat penyakit ni. Aku tak tahu lah. Then dorang tak percaya. Sampai masa aku nak keluar dari hospital pun aku boleh rasakan vibe negative dorang tu terhadap aku.

Sejak hari tu memang aku tak jejakkan kaki dah kat sana. Ubat aku ambil kat klinik swasta. Lantak lah bayar mahal sikit. Dari aku stress sakit hati kena judge.

Sedih sangat.. Hina sangat ke ada HIV?

– Khaisiyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. perlu bg tahu ke if berkerja yg kita ada hiv pd majikan .bkn ke bende tu pnc bg mengelakkan bende sebegini berlaku ..btw semoga awak kuat jalani kehidupan be positve .ujian setiap org kan tk sama ..berdoa pd Allah swt semoga d mudahkan sgala urusan ..Aamiin..

    • Yes perlu! Buatnya pesakit HIV cedera dan orang yang tak tau apa2 baik hati tlg balut luka or darah tu terkena kat dia, dia pulak yang kena HIV x pasal2. Macam tu jugak kalau nak menikah. Perlu bagitau sbb benda ni sangat penting. X bagtau boleh kena saman. Menyusahkan banyak pihak.

      Kepada confessor, you patut jujur je you dapat dari mana? Dari hubungan seksual ke? Dari share jarum ke? Pernah kerja cleaner pastu tercucuk jarum time kemas bilik hotel ke?

      You kena jujur biarpun pahit pada dokter sbb benda ni bukan benda remeh. I tak tau apa yang you buat sampai diuji sebegini but please… jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Kalau u nak mnikah nanti, jujur pada pasangan.

  2. selalu yang tahu hiv ni, hubungan sejenis, dadah, seks rambang dan yang paling rare semasa pemindahan darah, derma darah ka , kemalangan ka.. jadi awk yg mana? sebab kata tak tahu tu

  3. HIV ni tak hina pon, tapi cara dapat tu kebanyakannya cara hina la. So kalau jawab tak tahu tu orang boleh buat andaian la dapat macam mana kan? Kecuali awak terus terang jujur je. Sebab kalau secara tak sengaja dapat, mesti awak akan gila2 punya cari punca dia sampai tahu punca dan akan pastikan orang yang bertanggungjawab sebarkan tu dihukum. Kalaupun awak taktau macam mana dapat pon, at least awak boleh tunjuk bukti yang awak dah berusaha cuba cari punca dapat penyakit ni dan mungkin ada hint2 yang awak dapat walaupun tak boleh nak confirm.

  4. Kena tau lh punca…kalau x macam mana nk control HIV ni. Mustahil x tau punca..ingat senang ke kena HIV. Kalau jujur drpd awal senang, ini kau pun beria terpaling suci, memang orang akan buat assumptions mcm2 lh. Ingat HIV ni penyakit berjangkit bkn benda ringan. Sedangkan covid dulu pun Dr pakai full PPE untuk elak jangkitan inikan lagi HIV. Senang cerita, bila berurusan dengan healthcare worker ni jujur je lh. Diorang pun tahu etika kerja utk kes penyakit2 sensitif mcm ni.

  5. Mngkn awak tak cuba explain dgn bersungguh kot masa depa tny
    Mind you im not blaming you if you were truly a victim.
    Sebab org yg kalau difitnah perlu jelaskan pd orang lain wpon tak buat benda yg difitnah tu.
    Kat situlah ujian awak,
    Kalau betul awak innocent awak boleh jd spokeperson perjuangkan yg tak semua pesakit hiv dijangkiti dr sebab perbuatan maksiat.
    Akhir kalam, Hina di mata manusia tidak bermakna hina pd mata Allah. Hidup dan mati kite ni kerana Allah.

  6. Klu kamu dptkan rawatan perubatan drp hospital kerajaan, kamu hanya byr rm1 shj drp ambil ubat, consultation Dan monitor penyakit kamu.tp klu hospital swasta, kos ubat sebln pun x kurang dr rm500, tu x termasuk consultation Dan test darah. Drp byr beratus2 , baik kamu gunakan duit tersebut utk tujuan lain.pedulikan pandangan serong kakitangan hospital.bukan dia kenal kamu pun .janji kamu sihat cukuplah. Fikir positif je.

  7. Salam Dik.. Bab cari rezki tu skrg byk peluang jana income online ie trading saham etc (cari yg halal), eCommerce (Amazon FBA or Shopify), freelancing (writing, design, coding), affiliate marketing, and selling digital products like courses or templates, Content creation etc.. Kuatkan semangat k.. Part org judge tu since awak yakin mmg tak terlibat dgn perkara bukan2.. Gantung lah hati dgn Allah.. Harapkan perhatian DIA shj.. (jk ada pass issue pon still org x berhak tentukan hala tuju hidup awak..) Awak terus berjuang k.. ALLAH maha segalanya.. Turn to Him.. Him alone.. All de best to u

  8. Apa yang doktor buat tu history taking lah. Bukannya soal siasat. DIa just nak tahu latar belakang. Tapi HIV ni biasanya sebab aktiviti-aktiviti yang orang cakap dekat atas. Jaranglah sebab tukar darah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *