Isteri Queen Control II

Untuk part I, (https://iiumc.com/isteri-queen-control/).

Sebenarnya, 4 juta kali fikir nak tulis ka tak. Tapi aku betul-betul perlukan bantuan la. Aku tahu ramai-ramai akan mengecam. Tapi aku rela ja kena kecam asalkan ada yang nak bantu aku dapatkan kepercayaan isteri aku balik.

Betul, aku mengaku aku pernah curang dulu. Masa tu aku rasa macam saja-saja kawan ja, sebab kami kerja dalam department yang sama. Aku selalu belanja perempuan tu makan la apa la. Pernah juga bagi hadiah kecil-kecil, tu pun sebab dia minta. Keluar pun kedai depan tempat kerja ja.

Tapi aku tak ada niat pun nak berzina ka apa. Perempuan tu pun isteri orang. Cuma dia muda setahun daripada aku. Dia selalu juga cerita masalah dengan suami dia. Suami dia kaki pukul la, minum ketum, selalu tak bagi duit sebab kerja tak menentu. Lepas tu curi duit dia pula.

Aku mula-mula tu kesian kat dia… Sedih tengok dia menangis. Kononnya nak gembirakan hati dia. Aku anggap kawan ja. Aku anggap apa yang aku buat tu sedekah. Kami rehat sama-sama, jadi kerap juga aku bayar makanan dia.

Tapi tu la, benda tu tetap salah, kan? Perempuan tu pula ada perasaan kat aku rupanya. Dia selalu cakap isteri aku untung la apa la. Siap sanggup nak jadi isteri kedua kalau isteri aku setuju. Masa tu aku ingat dia gurau.

Tapi dalam hati ni sampai sekarang pun, aku hanya cintakan isteri aku saja. Aku tak pernah ada hati nak pasang tiga empat macam orang lain.

Aku sedar ja, isteri aku pilih aku masa aku tak ada apa-apa pun. Aku baru nak set up hidup aku, sedangkan dia dah ada kerjaya sebagai tenaga pengajar.

Kami kenal dekat kolej, tempat pertama isteri aku mengajar. Kolej biasa ja, tapi isteri aku sekarang tenaga pengajar kat universiti swasta, bukan tempat lama lagi.

Gaji dia pun dah cecah RM10K aku rasa, sedangkan aku ni jauh betul nak sampai angka tu. Isteri aku bukan jenis perempuan tak ada rupa ke apa sampai terdesak nak kena pilih aku.

Dia perfect sangat. Tinggi, kulit pink-pink, badan slim. Betul kata kakak aku, aku yang macam kobis ni tak padan pun dengan dia. Tapi nak buat macam mana, jodoh Allah tentukan. Ada benda yang dia suka tentang aku. Dia rasa aku layak jadi suami dia. Jadi dia pilih aku.

Isteri aku pernah ada trauma ayah dia kahwin dua, abaikan mak dia semua. Jadi masa kami bercinta, dia selalu cakap impian dia nak rumah tangga yang perfect, apa semua.

Sebelum kahwin, aku merokok. Aku kan muda daripada dia, jadi cara aku enjoy tak sama macam dia… Habiskan duit entah apa-apa.

Jadi dia cakap lepas kahwin dia akan kawal belanja aku untuk aku stop rokok. Dia bawa aku pergi treatment untuk berhenti merokok sebab dia sangat anti dengan orang yang merokok.

Awal kahwin dulu, dia pun tak ada la 100% macam sekarang. Aku masih pegang ja duit lepas tolak komitmen bahagian aku.

Belanja dalam rumah ni 70% aku tahu ja atas dia. Gaji aku bukan besar mana pun. Tak cecah RM3K pun. Dari gaji aku, dia settle bil, settle hal-hal barang dapur. Sebab aku ada bagi duit dekat mak dengan adik aku juga. Itu pun sebab dia suruh continue bagi.

Nafkah untuk dia, dia minta dalam bentuk barang. Yang tu, selalu aku yang belikan. Sebab aku akan pegang duit lepas dia settle semua.

Lepas tolak semua, lebih kurang RM300-RM400 selalu ada la dalam tangan untuk aku buat belanja sendiri. Lepas tu beli barang apa dia nak.

Aku tahu dia banyak habis untuk aku juga. Insurans family semua atas dia. Rumah ni rumah dia. Perbelanjaan major memang atas dia.

Isteri sangat suka baby. Dia selalu cakap nak anak ramai-ramai. Tapi awal kahwin pun banyak kali juga gugur. Lepas tu, alhamdulillah Allah kurniakan seorang anak perempuan. Sekarang dah 5 tahun umur dia. Tu pun dapat lepas 2 tahun nikah.

Tapi lepas pada tu sampai sekarang, kami cuba nak tambah anak tapi tak lekat-lekat dah. Aku rapat dengan perempuan tu pun masa dia datang kenduri akikah anak kami. Lepas tu perlahan-lahan jadi rapat.

Isteri tak pernah tahu pun aku macam mana kat tempat kerja. Sebab bagi aku pun, aku tak ada salah apa pun. Tak ada benda aku perlu cerita pun. Sebab aku anggap perempuan tu kawan.

Dulu perempuan tu pun tak pernah contact aku kat rumah. Cuma masa nak dekat kantoi tu, ada la dia WhatsApp tanya baby buat apa la, isteri buat apa la… Mostly dia suka tanya pasal isteri aku.

Dia pakai skincare apa la, baju jenama apa la… Masa tu aku mana sedar apa-apa. Aku rasa dia sekadar nak tahu ja. Start tu dia kerap juga la WhatsApp kat rumah… Tanya bini masak apa. Aku balas-balas macam tu ja la. Tapi depan isteri aku tak balas.

Masa tu isteri pun jarang tengok fon aku. Tapi tu la, bila Tuhan nak tunjuk.

Satu malam tu masa kami tengah healing-healing kat rumah, perempuan tu WhatsApp aku. Dia voice aku menangis-nangis, kata suami dia pukul. Masa tu isteri kat sebelah. Aku tengok mesej dia, aku tak berani buka.

Isteri tanya siapa tu. Aku kata kawan kat tempat kerja. Dia tanya kenapa, apa semua. Aku kata entah. Mula-mula aku macam tak nak buka depan dia sebab tiba-tiba macam tak sedap hati.

Tapi dia macam nak dengar. Dia sendiri pergi buka. Aku pun sebenarnya tak sangka perempuan tu meluah perasaan kat aku.

Dia mengadu gaduh dengan laki tu, nak cerai apa semua. Lepas tu kata dia suka aku, suruh aku terima dia. Dia kata dia tahu aku pun suka dia… Padahal aku anggap kawan ja.

Dan macam-macam lagi la dia voice. Benda ni mendatangkan kemarahan isteri aku.

Isteri aku sebenarnya cepat melenting juga. Masa aku dengar voice note tu, aku terpinga-pinga. Aku tak sangka semua ni akan jadi.

Malam tu, berlaku pergaduhan besar. Anak kami masa tu dah lebih dua tahun. Isteri aku mengamuk macam orang gila, habis semua benda dia campak.

Anak aku yang tengah tidur terkejut dengar bising-bising, menangis teruk tengok mak dia mengamuk. Aku pula tak tahu nak tenangkan anak ke atau isteri aku.

Aku cuba jelaskan yang aku tak tahu apa-apa. Aku pun tak faham kenapa perempuan tu cakap macam tu, sedangkan aku tak pernah pun bagi harapan atau ayat-ayat manis.

Selalu aku cuma cakap, “Sabar la, doakan suami berubah.” Aku cerita pasal anak dan isteri aku, tak pernah sentuh soal perasaan. Tapi isteri aku tak percaya. Bagi dia, “Pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin.”

Isu ni dah libatkan dua belah keluarga – keluarga aku dan keluarga isteri. Isteri aku terus call perempuan tu guna telefon aku. Perempuan tu pula boleh berani ajak berbincang. Malam tu juga dia datang ke rumah aku.

Aku rasa dia tertipu dengan karakter isteri aku yang nampak lemah lembut depan orang. Tapi malam tu, isteri aku berubah jadi singa. Perempuan tu kena lempang bila dia ajak bermadu.

Kalau orang tak pegang isteri aku, mungkin perempuan tu dah koma. First time aku tengok isteri naik hantu sampai aku sendiri terkaku. Aku tahu isteri aku boleh jadi garang, tapi tak sangka sampai macam ni.

Masa tu la isteri aku ungkit macam-macam, hina aku, hina perempuan tu, rendahkan martabat aku sebagai suami depan semua orang. Malu tak terkata. Tapi aku diam sebab aku bersalah.

Pengalaman tu terlalu berat untuk aku ingat dan tulis. Isteri aku minta cerai, tapi aku tak sanggup. Aku pujuk dan merayu sehabis daya.

Dia berkali-kali tanya aku, pernah sentuh perempuan tu atau tidak. Aku sumpah tak pernah. Perempuan tu pun cakap benda yang sama – aku baik, tak pernah ambil kesempatan.

Lepas tu, isteri aku bawak anak keluar dari rumah. Aku tak tahu dia tidur di hotel mana. Dia kata dia perlukan masa untuk hadam semua ni. Hampir seminggu juga. Semua keluarga nasihatkan aku bagi dia ruang.

Hari-hari aku cuba pujuk dia. Aku sanggup buat apa saja asalkan dia balik. Bukan senang nak dapatkan dia semula.

Akhirnya dia balik, tapi hampir enam bulan dia langsung tak bercakap dengan aku. Sangat dingin. Tidur pun bilik asing-asing. Aku stress gila masa tu.

Aku resign dari tempat kerja lama, cari kerja baru. Sampai satu hari, dia cakap dengan aku… dia maafkan aku, tapi sampai mati dia takkan lupa apa yang aku pernah buat kat dia.

Padahal aku memang tak tahu pun perempuan tu suka aku. Tapi ya lah, salah aku juga. Aku suami orang, aku tak jaga batas. Aku terima hukuman ni.

Sejak tu, dia mula kawal semua benda. Dia kata dia kembali pada aku sebab dua sebab saja:

Sebab anak. Anak rindu aku, sebab aku memang rajin layan dia. Dia tak nak anak kami membesar tanpa ayah, macam mana dia sendiri membesar dulu.

Sebab aku tak pernah sentuh perempuan tu. Dia kata kalau aku dah pernah buat benda tu, dia takkan kembali. Sebab bagi dia, aku ni “sisa orang,” dan dia takkan “makan sisa orang.”

Mula-mula aku okay, asalkan dia sejuk balik. Tapi dah lebih dua tahun… Aku tak kisah dia kawal duit aku, cek semua benda. Tapi hati aku makan dalam dengan kata-kata dia.

Dia selalu sarkastik. Lama-lama aku tak tahan. Aku tahu aku pernah buat salah, tapi aku dah jadi macam yang dia nak.

Tapi setiap kali ada isu, dia mesti cakap aku nak keluar dengan perempuan lain, suka benda haram, akan habiskan duit dekat perempuan lain.

Aku nak lupakan hal tu, tapi dia asyik ungkit. Sekarang aku pula yang kerap memberontak, sebab dia langsung tak nak dengar penjelasan aku. Dia buat andaian berdasarkan voice note dan kata-kata perempuan tu.

Sebab bagi dia, “Kalau kau tak layan, benda ni takkan jadi.” Tapi aku manusia, ada khilaf. Aku selalu fikir, sampai bila nak macam ni? Kadang-kadang aku rindu isteri aku yang dulu. Tapi ya lah, aku punca semua ni jadi.

Sekarang, nak buat kejutan untuk birthday dan anniversary dia pun tak boleh. Sebab aku tak ada duit.

Bila aku cakap pasal ni, dia kata, “Cukup lah surprise yang aku pernah dapat dulu.” Dia kata aku khianati kepercayaan dia. Dia cuma ucap terima kasih atas tanda ingatan.

Tapi lepas aku protes-protes, dia bagi kad ATM dia suruh aku guna untuk beli hadiah dia sendiri. Aku cakap, “Tu duit awak, saya nak pakai duit sendiri.” Tapi bagi dia, “Sama je, sebab aku yang pegang duit kau kan?”

Aku dah puas merayu dan berjanji, tapi hati dia terlalu keras. Sekarang hari-hari aku dah tak ceria. Aku pun tak tahu, sebab aku tak pegang duit atau sebab aku stress dengan kata-kata dia.

Mungkin sebab kata-kata dia. Macam tadi, dia ajak pergi beli barang. Aku kata petang sikit sebab panas, malas nak keluar puasa-puasa ni.

Dia jawab, “Kalau perempuan lain yang ajak, api neraka pun sanggup redah kan?”

Ya Allah… tolonglah hamba-Mu ini. Aku dah tak larat nak jelaskan apa-apa lagi. Setiap perkataan yang keluar dari mulut dia penuh sindiran.

– Akmal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. ko yang musnahkan kepercayaan bini ko , pastu ko nak blame kan bini ko plak. Hey cuba tengok balik karakter bini ko sebelum ko curang , baikje kan. Tula sape suruh buat perangai, bila bini dh start pegang duit cakap bini itula inila. Rasa nak carut je kt ko ni tapi sabar

  2. Betullah rupanya ada cerita di sebalik sikap queen control nya tu dan cerita itu adalah sebab TT curang (tanpa sengaja?)

    Isteri TT jadi sampai macam tu mungkin sebab ayahnya yang kahwin dua dan abaikan dia dan mak dah jadi childhood trauma untuk dia di mana dia memang benci sangat dengan lelaki yang curang (kalau tak curang pun tapi jenis friendly layan lebih2 sampai selalu bercakap hal personal), lelaki yang poligami sebab ia akan trigger trauma tu.. Tak pastilah kalau kepercayaan dia terhadap TT dapat kembali sebab trauma ni memang susah nak dipulihkan.. TT pun tak sempurna ada silapnya lagi2 sebab lagi muda kot..Saya agak faham juga mngkin TT rasa ‘hebat’ sebab ada perempuan lg muda nak minta nasihat dari TT, depend kt TT sebab tu TT layan kot? Yalah sebab isteri TT lagi tua jadi macam tak perlu minta nasihat sangat dan depend on TT kot ..

    TT banyak2 lah berdoa mohon Allah lembutkan hati isteri sebab hanya Allah sahaja yang pegang hati manusia. Mohon Allah untuk bagi kesabaran dan kelembutan kepada diri TT juga untuk hadapi ujian ini. Mungkin kalau di masa depan cerai adalah jalan penyelesaian untuk dua2 pihak dapat ketenangan, semoga TT akan berlapang dada dapat lepaskan dia masa tu.. Semoga benda ni jadi pengalaman yang mematangkan TT..

    Nasihat saya juga untuk sesiapa yang dah berkahwin baik perempuan atau lelaki, bila ada orang berlainan jantina (kebiasaannya rakan sekerja) cerita masalah luah2, jangan layan lah sangat. Sekadar dengar bagi nasihat sikit2 pastu dah fullstop. Jangan bawak sampai ke mesej2 personal. Jangan sampai keluar berdua teman2 makan dan ke situ ke sini siap belanja2. Mula-mula memang lah pikir sebagai atas dasar kawan, tapi bila dah selalu sangat akan ada benda ‘ketiga’, iaitu syaitan, untuk hasut. Syaitan kan memang suka utk porak peranda kan manusia. Kalau hasutan dia tak berjaya kat si pendengar, mungkin hasutan dia berjaya kat yang luah masalah tu dan dia mula ada perasaan dan akhirnya confess walopun tau si pendengar tu dah kahwin. Kan dah timbul masalah untuk si pendengar kan?

    Dan bagi saya, saya tak pernah percaya lelaki perempuan boleh jadi kawan (yang ke arah personal utk luah2 masalah) walaupun dua2 bujang sebab mesti akan ada salah seorang yang akan tangkap perasaan cinta.. Itu kalau lain jantina. Tapi sama jantina pun ada hasutan dari syaitan juga. Saya yang perempuan ni pun kalau ada kawan perempuan luah masalah, saya tak lebih2 sangat pujuk dan selalu ada untuk dia 24/7, kang takut jadi benda lain kang. Kot dia jadi songsang atau dia jadi obses dengan kita dah tak boleh renggang langsung dari kita sikit pun, macam dah nak ke arah toxic friendship pula. Kita just anggap kawan biasa tapi dia dah anggap lebih dari tu… Hmm.

  3. tak boleh nak ckp apa… kenalah sabar… lawan pun tak guna… Tapi sebenarnya, tau tak sebab apa dia pilih kau utk jadi pasangan hidup… sebab kau penyabar.. Dia suka kau sebab kau penyabar… tu sebab dia pilih kau, walaupun ada perbezaan langit dengan bumi… sabar aje lah… sampai masanya lembutlah hatinya…tapi tak tau bila…

  4. maaf encik, tapi kalau ikut pengalaman orang keliling saya (yg dicurangi), memang tak akan pulih kepercayaan itu. encik memang kena banyak berdoa & banyak bersabar je. doa Allah swt lembutkan hati isteri encik. kenalan saya tu walaupun dah berbelas tahun, dia tetap tak boleh lupa apa suami dia buat. dia sangat trauma. memang dia akan sebut setiap kali ada peluang. tapi Alhamdulillah jodoh panjang, masih bersama sampai hari ni. cuma nya memang kepercayaan dari 100% tinggal 60%.

  5. Padan muka kau. Itulah sejenis laki tak sedar diri. Bini bukan main tiptop, tapi tak sedar diri masih test market. Memang padan bini buat macam tu dekat kau bang. hahahahha. puas hati aku baca

  6. betul la bini ko buat.. aku sbg wife sokong sangat,,aku pun pernah warning laki aku , ko curang aku ambik semua duit gaji..aku bagi takat duit makan n minyak g kerja je..merana la ko seumur hidup..at least kalau ko ceraikan bini ko sbb betina lain , bini ko ada duit HAHA , takde la dia merempat..so bini ko mmg cerdik..mmg duit laki utk bini..duit bini utk bini jerrr..

  7. “Perempuan tu kene lempang bila dia ajak bermadu”. Bro, zaman sekarang pompuan punya berani lain macam. Terima lah hakikat, bila diberi second chance, tak sama macam dulu. Datang bersama ‘terms and conditions apply’. Istighfar bro. Mungkin lepas ni bro kene banyak bagi act of service, sbb nak bagi gift, duit takde pulak. Hahaha.

  8. Kembali kepada agama. Berubah untuk menjadi suami yang lebih baik berdasarkan agama. Solat jemaah di surau/masjid, peduli mengenai agama anak isteri, doa kepada Allah banyak2. Allah yang pegang hati manusia. InsyaAllah, Allah akan beri jalan keluar yang kadang2 tak disangka2.

  9. lahh lain kali cerita lah bagi habis bro dah org salah anggap kt isteri ko memula rupanya ko yg mulakan semua masalah ni. sakit tak kene perli hari2? apaa lagi g lah kawin lain dgn gaji seciput ko tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *