Hi semua. Nama aku Cempaka, berumur 32 tahun dan mempunyai 2 orang anak dan sudah bercerai, aku duduk dengan mak ayah aku sekarang.
Aku mempunyai 4 orang adik beradik. Kakak, abang, aku dan adik perempuan. Aku nak luahkan sikit soal kurang nya didikan dan fahaman agama dalam keluarga aku.
Pertama mengenai solat. Aku ingat lagi masa aku darjah 4 tak silap, ada amali solat di sekolah dan masa tu aku tak tau solat tu apa yang perlu dibuat. Dah la masa tu aku terpilih untuk berada di depan tunjuk contoh pada kawan2 lain.
Aku malu sangat, sampai ada sorang budak lelaki ni mcm tau yang aku tak tau solat. Dia pertikai kan kuku aku panjang lah, aku bagi salam salah lah. Dia nak cakap yang aku tak tau solat, tapi aku diam je.
Dan lepastu ada sekali kami dibawa untuk solat berjemaah di masjid waktu asar. Aku takut sangat sebab aku tak tau solat ni kena buat apa.
Mungkin waktu tu masa tadika pun tak diajar amali solat macam ni. Berbeza anak aku sekarang yang tadika kemas Alhamdulillah ada latihan amali solat.
Masa nak ke masjid tu, aku cakap dengan kawan aku “kite takut lah tak tau nanti sebab kite tak pernah solat jemaah kat masjid”.
Tapi kawan tu cakap “ala ikut je imam, tapi cempaka biasa kan solat kat rumah”. Aku diam. Dan waktu solat tu memang aku gerak lambat sebab nak tengok orang sebelah dan depan buat apa.
Aku tak berapa ingat masa kecil mak ada solat ke tak. Tapi ayah aku ingat ada sesekali nampak dia solat. Mungkin pada mak ayah aku, dah sekolah kan anak, so anak akan belajar di sekolah.
So memang dalam kehidupan kami, tidak dititikberatkan soal solat. Apetah lagi bila diluar. Aku ni bila dah umur 18 tahun masuk belajar di kolej, baru lah aku berjinak2 untuk solat. Mungkin juga kerana aku dikelilingi kawan yang baik dan menjaga solat.
Tapi sebenarnya kawan serumah aku sewaktu belajar dulu pun tidak lah solat. Cuma kawan sekelas aku je. Sebab masa di rumah sewa dulu, dalam 12 orang. Aku sorang je yang solat. Dan ada lah lagi 2 orang akak ni tapi dia duduk dengan kami sekejap je. Selebihnya semua jenis tak solat.
Aku ingat ada 1 hari tu ada akak tu tegur, “baik lah cempaka ni, mesti mak ayah suruh solat ya” aku tersentak n aku jawab “takde lah, mmg diri sendiri yang nak buat”.
Alhamdulillah sewaktu aku sedang belajar juga lah aku pertama kali menunaikan solat terawih. Sebelum itu, mak ayah aku tak pernah bawa sampai aku tertanya2 mcm mana solat terawih tu.
Tapi sewaktu aku sambung belajar tu, kan ada dapat baucer buku. So aku beli himpunan buku solat2 sunat. Dari situ lah aku belajar macam2 jenis solat sunat.
Dan untuk pertama kali aku beranikan diri pergi masjid untuk solat sunat terawih. Berjalan kaki dari rumah sewa. Ada 1 waktu tu aku sampai sebelum maghrib, dan aku tunggu je di ruang solat tu sampai masuk waktu maghrib.
Ada seorang jemaah lelaki panggil aku untuk berbuka, aku cakap takpe sebab dah bawa air. Lah baru beberapa tahun ni aku tau dekat semua masjid ada buka puasa.
So bila aku balik kampung sewaktu ramadan. Aku pergi masjid seorang. Mak ayah aku macam terkejut n tanya masjid situ solat berapa rakaat. Aku jawab 23.
Tapi yang aku ingat ada 1 tahun tu mak aku pergi masjid, aku suka sangat tengok. Tapi itu pun mungkin sebab waktu tu makcik2 aku share diaorang pergi masjid mana untuk terawih. So mak nampak macam terpaksa untuk nak sama dengan makcik2 lain lah. Tak tau lah.
Sebab biasanya lepas buka, mak akan masuk bilik dan terbaring. Aku faham lah mak penat urusakan rumah, siap kan juadah dan sebagainya.
Solat raya pun seumur hidup aku sampai dah usia 32 tahun ni tak pernah lagi merasa pergi raikan di masjid. Aku teringin sangat tapi aku tak berani lagi nak pergi sendiri.
Sebab untuk family kami biasa pagi raya ayah je pergi masjid, kami akan sibuk kemas2kan rumah. InsyaAllah tahun ni aku nak bawa anak2 pergi masjid lah. Doakan ya dan kalau ada tips, boleh lah bagi.
Begitu juga bila dekat luar, tak pernah aku merasa singgah mana2 untuk solat melainkan kalau keluar beramai2 dengan sedara mara yang lain.
Diaorang minta singgah masjid ke surau, dan waktu tu pun baru mak pun turun. Tapi ada masa juga mak malas nak turun kereta kalau waktu tu mungkin tak ramai yang pergi solat.
Aku bila dulu zaman kolej, baru aku merasa singgah surau contoh pasar seni ke times square ke. Ibaratnya waktu dengan kawan2 aku yang jenis jaga solat, memang kami akan usaha cari surau untuk solat. Tapi bila dengan keluarga takde rasa tu.
So kami adik beradik ni memang solat tunggang langgang lah sebab takde didikan dari kecil untuk pentingkan solat. Aku sendiri masih cuba untuk penuhkan solat wajib, sedih betul kadang paling liat nak bangun subuh.
Dan bila solat yang tiang agama pun kami tak jalankan. Memang setiap anak tu ada perangai masing2 yang mak ayah tak berani tegur. Aku boleh cakap yang bila anak2 dah besar ni, mak ayah takut dengan anak2 lagi2 abang dan kakak aku.
Diaorang buat salah apa pun, tak berani tegur. Dulu abang aku ada sifat baran yang sampai hampir nak pecahkan tv, marah ayah sampai ludah ayah. Memang dasyat2 lah perangai masing2. Aku dengan adik je setakat ini takde buat perangai yang melampau batas.
Aku dah cerai, dapat lelaki tak bertanggungjawab. Kakak aku pun yang dah ada anak 5 orang dalam proses cerai juga dengan suami dia. Pun sama jenis tak bertanggungjawab, tapi buat anak pandai. Abang aku pulak, ada lah juga perangai2 dia yang malas aku nak ulas.
Ayah ni memang kurang ilmu agama, masa aku umur 20an baru aku tahu yang ayah tak pandai ngaji. Alasan ayah, dah lama tak baca tulisan jawi, kalau dulu ada surat khabar jawi tau lagi.
Aku masa dengar tu pelik sebab sepatut dia cakap dah lama tak baca quran. Lepastu baru aku terfikir kalau pergi tahlil ke doa selamat ke, ayah baca buku yasin tu wayang je ke apa.
Pernah lah haritu abang aku nak pergi umrah, dan masa tu memang kami je anak beranak. Sebelum nak gerak dari rumah tu, ayah konon2 nak azan dan baca doa. Tapi aku rasa sedih sebab ayah azan salah, doa pun entah apa2 je yang ayah baca siap ada doa makan.
Dia buat mungkin sebab biasa nak hantar orang lain pergi umrah, akan ada orang azan dan doa. Tapi dia tak tau tu tak payah lah buat, dah malukan diri sendiri. Tapi nasib baik masa tu takde orang lain, memang kami anak beranak je.
Baru2 ni aku ada berkawan dengan seorang lelaki, dia pesan aku cari lelaki yang solat. Aku dlm hati, anak laki ko tak pulak tegur suruh solat, tapi ko minta anak perempuan ko cari lelaki yang solat. Hmm maleh aku
Lepastu pasal membazir. Tak kisah lah pasal makanan ke apa ke tp aku tak berapa gemar dengan perangai mak aku. Makanan tak habis, simpan kat peti sejuk berbulan2.
Pernah aku jumpa makanan lauk kenduri yang 2-3 tahun lepas dalam freezer. Kalau bulan puasa ni, bagi aku dapat makan sikit2 jadilah. Tapi mak aku tak boleh, kalau boleh nak ada kuih lah itu lah ini lah. Ayah pernah kena sound balik tak beli apa2. Sejak itu, setiap kali ayah balik mesti akan beli apa2.
Belum cerita, suka simpan barang yang dah tak pakai. Entah lah, kadang aku rimas sangat tengok rumah tu. Barang2 lama yang dah tak pakai pun sayang nak dibuang.
Contoh frame lama dah pecah, simpan. Zink2 tak pakai simpan. Baju2 entah dari zaman bila dlm plastik hitam, simpan tak tau nak buat apa. Haritu ayah ada dapat 3 almari baju dari org yang nak bagi je. Tapi ayah bayar duit transport sendiri dalam rm50+ tak silap.
Rumah tu dah penuh dengan barang, sofa lama, meja makan lama semua kalau boleh sayang nak buang. 1 ayah bagi makcik aku yang duduk rumah sebelah,1 letak di bilik mak ayah. So lagi 1 tu untuk bilik adik aku, tapi adik kata dia taknak sebab almari lama dia lagi besar so dia tak jadi.
Aku fikir bagi lah makcik sebelah rumah tu sebab dia baru pindah n dia mmg kata kalau ada yang tak pakai bagi dia, tapi ayah punya kedekut dia taknak bagi sebab dia kata rugi je dia bayar duit transport sendiri. Ya Allah tepuk dahi aku. So bertambah2 lah perabot dlm rumah tu.
Dan ada lagi 1 perangai mak yang dari dulu mak buat waktu nak raya ni. Mak minta ayah duit nak beli baju raya. Tapi mak beli di benggali/pakistan yang bayar bulan2 tu. Dan duit yang ayah bagi tu mak beli untuk benda2 lain.
Mak dari dulu suka sangat berhutang. Aku yang risau tengok makin lama makin menimbun hutang mak.
Seterusnya bab ikhtilat dan aurat. Aku ni pelik tau kadang pergi beraya rumah jiran yang suami dia dah tua dan sakit. Tapi mak selamber salam pakcik tu.
Itu orang luar, yang jenis suami pada makcik mak, sepatut tak boleh salam kan? Tapi mak salam peluk cium je. Apetah lagi sepupu mak, ipar duai mak. Semua salam je, sebab bagi diaorang salam je.
Aku ni yang baru2 juga diberi kesedaran pasal ini, aku cuba elakkan. First sebelum raya, aku akan buat status poster pasal mahram dan aurat ni. Dan sewaktu salam raya, bila orang yang bukan mahram contoh suami makcik atau sepupu aku. Aku just ucap selamat hari raya maaf zahir batin sambil tangan di bahu.
Tapi ada sekali tu aku rasa mcm diri ni poyo pulak mcm acah alim sangat pulak padahal orang lain rileks je. So aku just salam macam biasa. Tapi dalam masa yang sama aku rasa serba salah. Entah lah aku tak tau nak fikir mcm mana
Aku ni seboleh nya cuba dan usaha nak jadi lebih baik, ikut perintah agama. Tapi bila sekeliling kite jenis buat sambil lewa je, aku jadi segan. Sebab dulu masa aku zaman kolej, aku terikut kawan aku, jenis pakai stokin dan handsock. Tu pun aku pernah digelar ustazah tau. Sedih je rasa
Semalam mak cerita, haritu ada sepupu dia meninggal. Dia nak cium jenazah, tapi adik perempuan jenazah larang. Tapi tadi ada anak kawan dia meninggal, dan ada kawan mak yang lain cium jenazah,elok je ustaz atau ustazah lain takde tegur pun.
Dia nak backup diri kata “kan jenazah tu dah meninggal jadi dah takde mahram ke apa lah”. Aku diam sebab 1 aku tak pasti hukum cium jenazah yang bukan mahram.
Lagi 1 aku heran kenapa sibuk nak cium jenazah yang bukan mahram tu. Tu aku kadang tak suka cara mak ni jenis melebih2 kadang.
Ada sepupu aku kahwin dengan gitaris 1 group kat malaysia ni. So kire kita panggil artis lah. Kemain tu bila bergambar nak peluk lengan lah apa. Ee aku tengok meluat, haha..
Tapi disebalik semua ini. Sebenarnya orang lain pandang mak dan ayah aku ni sebagai orang baik. Sebab diaorang ni pemurah, suka berkongsi rezeki dan tak berkira dengan sedara mara. Lagi2 mak aku kira kakak yang paling sulung, so ramai orang hormat lah.
Dan sebenarnya aku sentiasa menghormati mak ayah aku, selalu hargai apa yang diaorang buat untuk aku dan anak2 aku. Memang jasa dan pengorbanan sebagai mak ayah tu aku tak nafikan cuma bab hukum hakam yang orang pandang sambil lewa ni aku takde tempat nak luahkan.
Sekian..
– Cempaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit