Bila Lelaki Merajuk

Hai semua pembaca. Aku dah berkahwin selama 5 tahun, mempunyai seorang anak 3 tahun dan bakal menimang cahaya mata kedua.

Ceritanya adalah, dulu masa kami berkawan suami selalu cakap bosanlah kalau asyik2 nak merajuk. Ya aku kalau tak puas hati akan merajuk dan suami akan pujuk.

Tapi waktu berkawan suami sangat lembut. Tak pernah tinggi suara selalu bagi nasihat yang baik2, sibuk mengejar ot sebab nak kumpul duit kahwin. Berkawan 3 tahun pun tak kan dapat tengok perangai sebenar seorang suami selagi belum serumah dan sebantal.

Selepas kahwin kami PJJ setahun dan tahun kedua terus dapat duduk sebumbung dan mula hilang manisnya. Aku pulak lepas je akad memang dah bertekad tak nak merajuk sebab suami dah pernah tegur dulu tak elok merajuk.

Tapi tak berapa lama makin lama kami makin tak serasi. Kalau aku terlalu penat bekerja dan balik kena jaga anak aku mintak dia jagakan dia akan selalu cakap yang dia penat. Sampailah ke anak pertama 9 bulan aku dah malas nak gaduh aku stop susu badan dan beri susu botol.

Mintak tolong cuci compartment breast pam yang bukan selalu pun dia mengomel. Last2 kadang tak buat pun. Jadi aku buat sampai aku larat last2 bila dah tak lalu aku stop ganti dengan susu tepung.

Sepanjang kahwin ni yang aku perasan suami suka merajuk. Apa sikit sentap, merajuk dan akan datang dengan silent treatment.

Bosan dekat rumah, keluar. Kalau aku dah merungut duduk rumah, tapi duduk bilik menghadap video2 pendek kat reel sampailah lelap. Langsung takda nak join tengok tv kat depan sama-sama.

Baru-baru ni bila gaduh lagilah buat aku ni macam pelac*r je. Terus keluar macam tu, dengan pintu tak kunci. Bagitahu apa pun takda. Kalau aku keluar tak balik lagi pun walaupun dah lewat takda pun nak call ke apa. Mana tak aku rasa aku ni bukan isteri.

Bila aku tercakap perkataan pelac*r tu dia tak puas hati. Dia suruh aku jaga mulut. Tapi aku manusia. Aku cakap elok2 tak nak dengar, tak nak jawab. Bila aku cakap kasar macam tu boleh pulak bersuara.

Suami kalau merajuk lama, kalau aku banyak2 tanya kan time merajuk mulalah dia akan mencarut. Tapi yang paling aku terkesan macam ni dia boleh cakap, “Bisinglah ko anjing!”.

Aku cakap jelah lembut2 kat dia masa dalam bilik tu. Dia boleh cakap macam tu kat aku. Alasan dia sebab aku cakap perkataan pelac*r tu.

Aku ni pun dulu kaki carut jugak. Tapi dah bekerja aku tak pernah mencarut. Suami lepas dah sebumbung asal tak puas hati je sebut P, C, G, yang perempuan punya yang lelaki punya semua la sebut.

Dan time gaduh biasanya tak bersama. Suami aku memang tak nak. Aku pulak sebelum ni kalau gaduh kalau suami datang dan usik2 aku on je. Aku bukan jahat nak hukum suami mintak maaf dulu baru boleh on ke apa. Sebab selalunya suami lagi marah.

Cuma kalini je aku tersentuh sebab dia panggil aku anjing tu. Aku send mesej kat dia, walaupun samakan isteri dengan anjing tak layak kena zihar tapi tetap tak baik panggil isteri anjing. Bayangkan isteri yang kita gauli tu kita sanggup panggil KO ANJING pada isteri tu.

Aku pun tak tergamak nak cakap ko Babi pada suami tu. Mencarut ni asal ko jangan panggil orang dengan nama binatang je yang aku boleh tahan, jangan panggil orang dengan nama binatang tu.

Jadi lepas pada tu suami aku sampai tanya kita dah tak on ke? Aku cakap mintak maaf la dulu sebab terpanggil aku dengan binatang tu. Aku cuma nak dengar dia tuturkan ayat tu je. Sebab aku rasa terhina sangat dipanggil anjing.

Ko bayangkan dalam ramai2 orang aku jumpa tak pernah orang rujuk aku dengan panggilan babi secara depan2. Sebab tu aku sangat tersentuh.

Tapi dia tak nak ye. Lepas aku cakap mintak maaf dulu, dia terus kata ha tak payahlah. Habis tu aku nak buat apa? Terus mengangkang ke?

Semalam masa ambik gambar raya di studio pun masih merajuk, cakap sepatah sepatah dan kasar. Aku cakap tak nak ikut ke? Mula kata setuju nak ambik. Baju raya aku dan anak aku beli tahun ni sebab suami kata nak simpan sikit duit untuk anak beranak. Kos bergambar pun aku bayar.

Mula2 dia tak nak. Aku terus cakap, dulu ayah aku macam ni lah. Gambar raya kami setiap tahun hanya ada mak dan kami sahaja,

Tiba2 bila ayah dah tua tak kerja dan banyak masa di rumah barulah nak bergambar so masa tu sangat awkward. Sebab ayah selalu takda bukan sebab kerja, sebab tengok fon, keluar lepak. Benda2 yang enjoy.

Aku kata nanti anak2 rasa benda yang sama macam adik beradik aku rasa jangan menyesal. Dia bangun dan ikut. Tapi memang menyakitkan hati lah weyyyy. Dengan muka masam nya.

Setel gambar bertiga aku request nak gambar sorang dan gambar dengan anak aku. Tahun depan aku dah set aku nak pergi dengan anak aku je. Anak pun dua perempuan. Lantak situ orang yang ajak bergambar, baju dah siap ironkan pun masih lagi dengan merajuk bodoh tu.

Oh terima kasih baca sampai habis. Panjang2 ni aku nak tanya lah, susah untuk aku buat hubungan badan selagi suami tak mintak maaf sebab terpanggil aku anjing.

Dia sentuh aku pun aku dah teringat ingat perkataan tu. Yelah anjing kan haram dipegang, tapi pegang orang yang ko gelar anjing boleh pulak. Macam tu.

Masuk harini dekat sebulan dah tak bersama. Macam mana ye nak atasi masalah ni?

Setakat ni suami aku selain bagi sperma dia masih lagi bagi nafkah. Contribute separuh dalam perbelanjaan rumah tangga dan kerja rumah hanya 5 peratus je. Iaitu cuci baju. Lain semua aku.

Walaupun sikit tapi aku tak mampu nak cover seorang. Tunggu lah aku mantapkan saving aku baru tak rasa ralat nak angkat kaki ke apa.

Biol jugak kepala dan hati kalau lama2 duduk dengan lelaki kerap merajuk ke apa. Nasihat cara lembut tenang2 dah, kasar dah semua tak jalan sebab di akhir luahan dia akan cakap semuaaaaa salah aku.

Apa aku boleh cakap lagi?

Terima kasih sudi baca ya. Selamat Hari Raya semua.

– Bini Yang Dibinatangkan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Lelaki ni mana2 pun kuat mencarut nama haiwan.Nama je sembahyang tp bila mrh nma haiwan akan keluar

    Laki ko tu nfsu setan.kena bwa ke doktor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *