Semoga Isteriku Berubah

Hai semua, namaku Azhar dan aku rasa terpanggil untuk berkongsi cerita setelah membaca confession dari Puan Sophea mengenai teguran dari anak, (https://iiumc.com/teguran-dari-anak/).

Cerita aku bukanlah nak membuka aib isteri. Tapi lebih kepada perkongsian.

Aku sudah berkahwin hampir 20 tahun. Mempunyai dua orang anak perempuan. Masing-masing berusia 18 dan 16 tahun.

Isteri aku bagi aku semuanya perfect. Cantik, jaga makan minum aku dan anak-anak, hormat aku sebagai suami dan berkerjaya. Mempunyai jawatan yang hebat. Gaji hampir seperti gajiku 5 angka..

Cuma, seperti Puan Sophea, isteriku tidak solat apabila berada diluar rumah. Pelbagai nasihat aku sudah bagi, tetapi apabila berada diluar, beliau masih lagi tidak menunaikan solat.

Kini kerisauan aku kerap kali terjadi, dua orang anak perempuan aku sudah mula mengikut jejak langkah mummy mereka.

Apabila kami keluar ke mall, bercuti atau pulang ke kampung halaman, hanya aku yang akan menunaikan solat. Setiap kali selepas solat, aku selitkan doa supaya isteri dan anak-anak aku berubah.

Mereka juga seperti Puan Sophea, apabila dirumah, memang tidak akan tinggalkan solat. Kami juga hampir setiap hari akan berjemaah solat Maghrib dan isyak bersama-sama.

Kalau isteri aku period, aku akan solat berjemaah dengan anak-anak aku. Dan kalau anak aku period, aku akan berjemaah dengan isteri aku. Begitulah rutin harian aku.

Aku tidak pasti dekat mana silapnya didikan aku, apabila keluar, mereka pasti tidak akan menunaikan solat.

Pelbagai alasan yang sering diberikan isteri aku, tak bawak make up remover la, tak bawak telekung la, solat dekat rumah nanti la. Untuk anak-anak, mereka pasti akan mengikut sahaja mummy mereka.

Aku pernah berborak dengan isteri mengenai perkara ini. Jawapan yang sering kali diberikan adalah, masih belum bersedia.

Saya tidak pasti kesediaan apekah yang ditunggu beliau. Tapi saya menghormati keputusan beliau dan akan terus menasihati dan mendoakan yang terbaik untuk anak-anak dan isteri aku.

Semoga pembaca boleh kongsikan pengalaman kalau pernah berhadapan dengan situasi begini dan macam mana solutionnya.

Sekian terima kasih..

– Azhar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Mulakan dengan faham isi kandungan Al Quran iaitu bertadabbur. Lebih mudah untuk Encik kerana sudah biasa solat jemaah di rumah. Dalam diri perlu kenal Allah dengan sebenar2nya, rasa keagungan Allah, takut murka Dan azab Allah, barulah dengan rela hati melakukan ibadah dengan ikhlas kerana Allah.
    Memang sekiranya tidak faham tujuan solat, mungkin solat sebab nk mengatakan masih Islam, tapi tak ada rasa ketundukan kepada Allah semasa solat.

  2. Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bg org yg khusyuk-firman Allah

    Dah nasihat x jln kan?Serah aje lah pd Allah utk ubah hati dorg.Kerja hidayah ni milik Allah dah.Dah jgn risau sgt
    Doakan tanpa jemu

  3. Klau nk mudah, bawa telekung ‘spare’ dlm kreta.., skrg ni di mana2 surau pon ada ‘telekung wakaf’ utk dipakai org yg xbawa telekong, or pakai je baju yg mnutup aurat n stokin, dah bole solat; sama ada nak atau tidak shj.. sbg ‘ketua kluarga’ tuan perlu bertegas dgn ahli kluarga tuan krn tuan juga akn disoal nt.., ada ayat dlm qur’an : “jaga lah diri kmu & kluarga kmu dari bakaran api neraka..”, xkan tuan sorang2 je nk masuk Syurga, sedangkan mereka tidak.. saya x tahu dgn kluarga lain, tp sejak kecil ibu n bapa saya sgt mementingkan solat.., di mana2 kmi pergi, bila tiba waktu solat, semua faham yg ianya perlu didahulukan.. di Malaysia ni, xde org yg nak halang kita dari solat di tempat umum, infact d tepi hiway pon ada yg solat.. org kata, ‘jaga kubur masing2’.. betul, tapi kita nk ke kubur kita sentiasa ‘panas’..? Wallahu a’lam bissawab

  4. Selain tak putus bagi nasihat, TT sbg suami dan ayah boleh juga cuba usaha sediakan barang2 untuk mereka. Dorang nak guna ke tak terpulang, sekurang2 nya TT dah usaha sediakan. Macam saya dulu, saya beli botol2 kecil kosong dlm size 6x4cm, biasanya digunakan untuk travel. Saya tranfer cecair makeup remover dan pencuci muka ke dalam botol2 tu. Lepas tu bawak lah 5-10 keping kapas, atau nak senang beli tisu makeup remover. Sekarang macam2 produk bersaiz mini/travel ada nak mudahkan bila travel. Nak taknak saja. Pastu beli tuala muka size 20x20cm cmtu untuk lap2 muka lepas wuduk..Beli juga pantyliner so boleh pakai bila nak ke luar. Jadi sblum solat tu lpas buang air kecil , just buang je pantyliner untuk elakkan seluar dalam ada najis (kencing atau keputihan). Lepas tu beli telekung travel (warna gelap2) sebab dia tak berat sngt.Pastu beli juga stokin kot2 nak guna. Semua barang2 ni saya boleh sumbat dalam handbag saiz 30x30x10 cm cmtu.. Handbag tu beli design yg kena dengan citarasa dorang untuk dorang rasa cantik nak bawak di luar..

    Islam tu mudah, boleh je solat di mana2. Jangan lah sebab nak jaga makeup kita lambat2 kan kewajipan.. Percayalah bila dah solat kat luar tu akn rasa lega sangat, TT pun taklah terkejar-kejar drive balik sbb nak kejar kan waktu solat yg nak habis.. risau juga dgn keselamatan TT kalau dah terkejar-kejar balik. Isteri dan anak2 tak kesian ke kt si suami/ayah… Dorang rasa leceh bawak beg? TT tolong bawakkan. Dorang taknak TT tunggu dorang lambat sgt nak selesai di surau? Eh takde masalah, henpon ada nak habiskan masa menunggu. They can take their sweet time makeup2 bersiap siap lepas solat.

    Sebagai ketua keluarga harus bertegas dalam berlembut.. Kalau bercuti/balik kg halaman, kalau jarak dah dikira bermufasir, boleh ajak buat jamak+qasar sama2.. Islam tu mudah..

    Banyak2 kan juga doa kt Allah mohon lembutkan hati isteri dan anak2..

    • Sy pun jenis x suka solat di surau kat shopping mall. Jadi sy akan pastikan sy keluar rmh lps waktu solat dan balik rmh sblm hbs waktu solat seterusnya. Cth kuar kul 2ptg. Balik sblm kul 6. Walaupun solatnya bukan di awal waktu…huhu.. tp itulah setakat ni yg sy buat utk pastikan sy x tggl solat. Kalau keluar mlm, lps mgrb. Senang.. balik la pukul brp pun. Masa isyak pnjg.

      Itu la cdgn sy utk TT. Susun masa, biar strategik dfn waktu solat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *