Tak Nak Raya

Assalamualaikum. Nama aku Erfina. Umur aku 30 tahun.

Macam tajuk yang korang baca, ya, aku tak nak raya. Aku tak suka majlis yang ada pengumpulan sanak saudara.

Kulit aku gelap, badan aku besar. Aku gemuk.

Sejak berkahwin, aku mengandung menyusu anak. Memang tak sempat aku nak kurus.

Lepas tu makcik-makcik kecam aku, makan sikit tapi gemuk. Sekarang dah gemuk ya? Aku terasa. Sungguh.

Bukan makcik-makcik je, kawan-kawan pun sama.

Aku bekerja di pejabat yang majoritinya adalah kaum hawa. Aku jarang ikut serta dalam swafoto. Mungkin aku akan burukkan gambar. Sungguh aku terasa.

Berdosa sungguh rasanya lahir berkulit gelap. Dapat ayah bonda pun ikut sama mengata. Terasa lagi aku. Aku tak mintak lahir macam ni.

Ya. Aku usaha nak kurus. Aku tak kongsi dekat media sosial penurunan berat semua tu. Yang orang sekeliling tahu, gemuknya Fina! Bulatnya Fina! Sedih..

– Erfina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Bila dihina, doa dalam hati. Tolong bela aku ya Allah. Dan dalam masa sama, fokus untuk jaga berat badan. Semua tu untuk jaga kesihatan kerana Allah.

  2. Jangan lah ‘bersedih’ hanya sebab ‘fizikal’ awk.. habis2 pon, awk ingatlah; bhw Allah swt xpernah menilai seseorang berdasarkan rupa paras atau pon fizikal nya.. yg penting ialah ketaqwaan seseorang tu.. kalau awk ‘terkesan’ sgt pon, ambil lah tindakan perlahan2.. cthnya, macam bln puasa tu, awk boleh kurangkn mkn or ‘puasa sunat’, jgn mkn or minum yg manis2, jaga kesihatan supaya awk lbh sihat & ceria.. skrg ni pon bnyak produk sihat yg mngkin bole ‘membantu’, tp kna pilih yg betul2 berkhasiat n diluluskan KKM, insha Allah dgn usaha yg berterusan, sedikit demi sedikit awk akn dpt keyakinan diri dan bole berdepan dgn semua org, xkira lah waktu raya or krja.. saya doakan awk terus tabah n berusaha ke arah kehidupan yg lbh baik.. wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *