Aku lelaki. Aku gelar diri aku L, 24 tahun. Sepanjang hidup aku, aku simpan semuanya dalam hati. Tapi tahun ini, aku rasa paling berat. Aku dah tak mampu lagi menanggung semua ini sendirian. Aku rasa depressed kot sebab tak tahu nk start dari mana dah kehidupan aku
Sejak kecil, aku dah terbiasa dengan rasa diketepikan. Aku sedar, ibu bapa aku mungkin bersikap bias dan narsistik. Tapi sebagai budak, mana aku faham semua tu? Aku hanya tahu yang aku selalu kurang dibandingkan dengan adik-beradik aku.
Aku ingat lagi masa sekolah rendah, aku pernah minta jam tangan dekat mak aku. Aku minta berkali-kali, tapi tak pernah dapat sampai sekrang pon sama jer tak suka meminta lebih suka beli sendiri dan buat sendiri apa yang aku nak. Padahal aku cuma nak jam biasa yang dijual kat pasar.
Masa tu, pasar meriah dengan jam Spiderman, Ice Watch fake dalam RM20-50 kot satu. Tapi bila adik aku mintak, dia terus dapat.
Ya aku terasa tapi biarlah dah biasa kan. Sedih tak pa dah biasa. Tapi aku diam. Malam tu, aku menangis sorang-sorang dalam bilik. Bila orang tanya kenapa, aku jawab “tak ada apa.”
Sampai sekolah menengah pun sama. Aku pernah minta beli makanan, mak aku cakap “ya,” tapi janji itu tak pernah ditepati. Tapi bila adik-beradik aku minta, terus dapat. Kadang-kadang dia siap sorok makanan dari aku. Aku buat tak tahu, aku pendam.
Tapi makin lama, makin banyak benda yang aku simpan sendiri. Baru jer sebelum puasa sorok dari aku makanan tapi aku time beli jer untuk semua.
Ayah aku? Macam orang asing. Aku tak pernah rasa aku ada ayah sebab dia jarang bercakap dengan aku. Tapi kalau dengan anak perempuan dan anak bongsu lelaki dia, lain. Dia sayang mereka lebih. Aku?
Aku hanya ada nama dalam keluarga ini, tapi tak pernah ada tempat dalam hati mereka. Sedih tak tengak dekak tiktok, status ibu bapa diorang layan macam kawan2 dengan anak diorang tapi tak utk aku.
Masa sekolah menengah, tiap kali balik sekolah atau asrama, aku rasa sedih gila. Tak ada orang peduli nak ambil aku. Pernah sekali, aku tunggu di sekolah sampai pukul 7 malam sebab tak ada siapa datang ambil. Tak ada bas, tak ada teksi. Aku sekolah luar bandar di Terengganu.
Tapi bila giliran adik aku, mak ayah aku keluar pejabat awal sebab nak ambil mereka. Aku nampak semua ni, aku perhati je. Aku mintk nak pindah sekolah dekat tak bagi. Tak tahu la makang sungguh nasib aku.
Bila aku masuk universiti pun sama. Aku tak reti nak luah dekat siapa sebab dari kecil aku dah terbiasa memendam. Dalam rumah, aku yang paling banyak kena marah. Aku yang paling banyak disalahkan. Aku tak tahu kenapa, tapi aku selalu jadi sasaran.
Aku yang dituduh anak derhaka, aku yang dimaki. Padahal, salah aku tak sebesar mana pun. Cakap dengan omadib beradik lain elok je senyum2 time aku. Mungkin aku banyak buat salah dengan diorang tapi aku tak tahu. Takpala
Sampai sekarang, layanan tetap sama. Aku dah terbiasa mengurung diri dalam bilik, buat hal sendiri. Bila ada mak ayah, aku jadi kaku, aku tak selesa. Aku lebih suka keluar dengan kawan-kawan sebab dengan mereka, aku rasa diri aku wujud.
Aku habis diploma, sambung universiti yang sama. Tapi aku akhirnya dropout sebab aku tak selesa (UiTM penerapan). Aku dapat biasiswa MyBrainSc dalam bidang kimia. Alhamdulillah, duit tu lah yang banyak bantu aku survive kat universiti. Btw aku pindah Uni lain
Tapi dari dulu sampai sekarang, tak pernah sekali pun mak ayah aku bangga dengan aku. Rendah ke tinggi pun result aku, mereka tak peduli.
Baru-baru ni aku dapat 3.93 GPA, aku tunjuk kat mak aku. Tapi dia buat dek je. Dia cuma cakap, “Adik kau top 2 dekat IPG.” Hati aku hancur. Aku tahu aku tak sempurna, tapi aku pun anak dia. Kenapa aku tak pernah cukup?
Aku tak tahu nak luahkan semua yang aku rasa. Banyak lagi yang aku lalui, tapi aku tak reti nak bercerita. Aku cuma nak seseorang doakan aku kuat.
Doakan aku dapat kerja lepas habis belajar. Cita-cita aku nak jadi consultant dan claim gelaran ChM Ts suatu hari nanti. Aku nak migrates ke EU atau singapore nak cari kerja sana kalau ade rezeki. sebab bidang sains kat sini susah dapat kerja.
Hidup aku? Aku dah terbiasa sendiri. Semua yang aku buat, aku buat seorang. Aku tak tahu nak minta doa daripada siapa lagi. Ya, aku sedar aku bukan anak yang baik. Tapi aku tak pernah minta untuk lahir dalam dunia ini. Ya aku banyak buat silap. Tapi maafkah la aku.
Hari raya bagi aku? Hanya hari biasa. Tak ada yang istimewa selain baju baru.
*saya tak pandai nak bercerita cerita ni hanya surface saja apa yang aku lalui banyak lagi kisah2 pahit dalam hidup aku biarlah aku pendam dan laluinya sendiri.
Sekian,
– L (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tak pelah dik, sekarang awk dah dewasa, n tahu bawa diri.., hal mk ayah awk tu, serahkan je kpd Allah.. mngkin mereka ada sbb yg awk sendiri xtahu.. yg penting skrg, awk tumpu kpd pelajaran atau kerjaya awk, ikhlaskan hati menuntut ilmu dan berbakti kpd orgramai/ negara kerana Allah, insha Allah hidup awk akn berkat.. serahkan ‘diri’ awk utk Allah SWT.. Dia shj yg tahu perjalanan hidup awak, hidup di dunia ini pon bkn nya lama mana pon.. dan seandainya awk mempunyai kluarga sendiri nt, awk berazam jgn lakukan apa yg awk dah lalui kpd anak2 awk nt.., insha Allah mrk akn dpt seorang ayah yg terbaik.., mngkin itu lah hikmah nya kerana awk sedar apa yg brlaku dan xkan berlaku kpd org lain (ank2 awk) pula.. berusaha n berdoa lah, semoga ibu ayah awk akn ‘sedar’ juga suatu hari nt, siapa ‘permata’ dlm kluarga sbenarnya.., klaw mrk x sedar pon, xpe.. kerana awak masih punya Allah SWT yg menilai & membalas segala2nya.. wallahu a’lam
semoga awak terus tabah hadapi hari hari akan datang . fighting !
Tak apa Adik. Doa bnyk2 pada Allah supaya Allah beri jodoh dan keluarga mertua yang baik². Yang anggap awak sbg ahli keluarga. Belajar baik-baik dan bersungguh-sungguh capai cita2. Apapun tahniah sebab dapat result hebat. Bidang Chemistry plak tu. Alhamdulillah. Ganbatte kudasai.